Rektor UiTM Sarawak

Rektor UiTM Sarawak This space is dedicated to fostering meaningful engagement with students and members of the community, industry, alumni, and other stakeholders.

𝐑𝐄𝐂𝐓𝐎𝐑'𝐒 𝐌𝐄𝐒𝐒𝐀𝐆𝐄

Charting a Path Towards Excellence and Transformation at UiTM Sarawak

As we stand at the threshold of an exciting era, I extend this message to the entire UiTM Sarawak community, emphasising our transformative theme for 2025: “Continuing the Excellence of UiTM Sarawak.” This theme reflects our commitment to elevate our standards within the university and extend our reach on sta

te, national, and international levels, fostering an ecosystem that nurtures excellence among our academics, administrators, support staff, students, and alumni. In this journey towards excellence, we aim to transform our institution into a leader in research, publications, and consulting while preparing our students holistically to possess a global mindset. It is imperative that our students graduate not only with knowledge but also with the skills and experiences necessary to navigate the complexities of the global landscape. Our goal is to achieve international recognition for our contributions and achievements, marking UiTM Sarawak as a distinguished name in higher education. Essential to this vision is the Quintuple Helix engagement model, which embodies our strategy of smart partnerships with Academia, Government, Industry, Community, and the Environment. These partnerships will enrich our academic programs and research initiatives, promoting collaborative ventures that stimulate innovative solutions to societal challenges. The future of higher education also increasingly leans towards hybrid and online modalities, allowing us to adapt to changing educational landscapes. We must embrace these methodologies to expand our reach and enhance learning opportunities. By 2028, we aim to increase the proportion of PhD holders within our academic community to 50%. This increase will empower our faculty to engage more deeply in research and teaching excellence. Moreover, we target an enrollment of 12,000 students, focusing on developing robust undergraduate and postgraduate programs while promoting lifelong learning and executive education. Flexible pathways such as credit transfers and inbound/outbound attachment programs with top-ranked universities and companies will create invaluable opportunities for our students, enhancing their educational experience and employability. To further bolster the quality of our educational offerings, we will enhance our Centre of Professional & Executive Education. This centre will provide enhanced executive education and short courses, leading to certification from industries, professional bodies, and international universities. We will also take significant steps to co-organise reputable international conferences with strategic partners, facilitating knowledge exchange among top-tier institutions and professional entities. Encouraging entrepreneurship among our students and graduates is a key focus area. By bolstering the role of our Career Development Centre and Entrepreneurship Centre, we aim to create an environment where aspiring entrepreneurs can flourish. This initiative is essential for individual success and the economic vitality of our state and nation. Improving our MyRA rating is another critical goal. Elevating our research profile will contribute significantly to our strategic positioning. We will engage more proactively with industries through our campus-based initiatives, alumni networks, government collaborations, and community projects, creating a dynamic environment ripe for innovation and growth. Enhancing our financial sustainability is paramount for realising our vision. We will actively explore avenues such as endowment funds, wakaf, zakat, and infaq to engage various stakeholders in supporting our initiatives. Additionally, introducing a comprehensive ecosystem of grants, incentives, and rewards for research and publications will incentivise excellence across all levels of the institution. We will intensify our collaborative teaching efforts, engaging industry experts and professionals from national and international arenas through blended and hybrid learning approaches. This strategy will ensure our students benefit from real-world insights and practices, further enriching their educational journeys. Finally, our ambition to achieve global prominence in higher education will be realised by empowering and strengthening our internationalisation activities. This will position UiTM Sarawak as an attractive institution for local and international students, fostering a vibrant academic community embodying diversity and inclusivity. Together, let us embrace the transformative journey towards 2025, fostering an environment of excellence that meets the evolving demands of our society, industry, and global community. I invite each member of the UiTM Sarawak family to contribute actively to this vision as we strive to create a legacy of pride, achievement, and transformative change. Let us move forward with clarity, purpose, and determination, fully confident that the future we build at UiTM Sarawak will inspire future generations.

30/05/2026

Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan menziarahi keluarga mendiang Koperal/PB Nobess anak Rimok di Hospital Umum Sarawak bagi menzahirkan rasa dukacita dan simpati atas pemergian beliau yang amat dirasai oleh seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak.

Turut mengiringi saya ialah En. Mohamad Hasimi Abdullah, Timbalan Pendaftar Kanan; En. Mohamad Farizan Jamil, Presiden Kelab Kakitangan UiTM Sarawak (KEKiTA), Insp. PB Mohamad Shalihin Salleh, Pegawai Keselamatan UiTMCS Kampus Samarahan 2 merangkap Ketua Biro Kebajikan KEKiTA serta beberapa orang anggota Polis Bantuan dan kakitangan UiTMCS.

Mendiang yang masih bujang telah menabur bakti selama 18 tahun bersama Unit Polis Bantuan UiTMCS dan kini bertugas di Kampus Samarahan 2. Anak kelima daripada lapan beradik itu dikenali sebagai seorang yang berbudi pekerti tinggi, komited dalam tugas serta sentiasa menunjukkan dedikasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat handai dan seluruh warga universiti. Mendiang ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Desa Ilmu setelah rakan sekerja menyedari beliau yang merupakan Ketua Syif pagi tadi tidak hadir bertugas seperti kebiasaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak berkuasa.

Bagi pihak UiTMCS, saya telah menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang serta menyerahkan bantuan awal Khairat Kematian Staf UiTM dan bantuan awal pengurusan jenazah bagi meringankan beban keluarga yang sedang berduka.

Difahamkan, mendiang akan dibawa pulang ke kampung halamannya dan disemadikan di Taman Perkuburan BEM, Bengoh pada 1 Jun 2026.
Sesungguhnya jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh mendiang sepanjang berkhidmat di UiTM Cawangan Sarawak akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini.

29/05/2026

Selamat Hari Gawai Dayak 2026 diucapkan kepada seluruh rakyat Sarawak yang meraikannya. 🌾

Semoga sambutan Gawai pada tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua, di samping terus memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian serta warisan budaya yang menjadi kebanggaan negeri Sarawak.

Bagi pihak seluruh warga Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, saya ingin mengucapkan:

“Gayu Guru Gerai Nyamai”
Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam keadaan baik serta sejahtera.

Oromis Gawai, Oromis Tahun Baru Dayak! 🌿

29/05/2026

🐄 Program Korban UiTMCS 2026 | Semangat Ukhuwah & Kebersamaan

Alhamdulillah, berkesempatan menyertai Program Korban Peringkat UiTM Cawangan Sarawak 2026 di Masjid Al-Qurawiyyin, UiTMCS Kampus Samarahan. Program ini bukan sahaja menyuburkan semangat gotong-royong dan kebersamaan, malah menjadi platform mengeratkan ukhuwah antara warga kampus dan komuniti setempat.

Turut berlangsung sesi pengagihan daging korban kepada golongan asnaf di Surau Darul Iman, Taman Samarindah sebagai usaha berkongsi rezeki sempena Aidiladha.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program penuh bermakna ini. Semoga segala amal dan pengorbanan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. 🤍

Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan menyertai Program Korban Peringkat UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) 2026 yang ...
28/05/2026

Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan menyertai Program Korban Peringkat UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) 2026 yang berlangsung di perkarangan Masjid Al-Qurawiyyin, UiTMCS Kampus Samarahan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan ke program yang penuh bermakna ini.

Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTMCS dengan kerjasama Kelab Kakitangan UiTM Sarawak (KEKiTA) serta Persatuan Wanita UiTM Sarawak (PEWANI) itu berjaya menghimpunkan warga kampus, pelajar dan komuniti setempat dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat gotong-royong sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Turut hadir memeriahkan program ialah Ketua UHEI UiTMCS, Ustaz Muhammad Ilyas bin Muhd Saleh, Presiden KEKiTA, Encik Mohamad Farizan bin Jamil serta Presiden PEWANI, Puan Siti Nur Aishah Jaafar.

Atur cara dimulakan dengan sesi taklimat dan pembahagian tugas sebelum diteruskan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Haji Muhammad Ilyas bin Muhd Saleh. Program kemudiannya diteruskan dengan aktiviti korban melibatkan enam ekor lembu yang dilaksanakan secara bergotong-royong oleh warga UiTMCS bersama komuniti luar.

Saya amat teruja melihat semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat, bermula daripada proses menumbangkan lembu, melapah, memotong dan menimbang daging sehinggalah kepada pengagihan serta penyediaan juadah sup untuk dinikmati bersama. Jelas sekali, kejayaan pelaksanaan ibadah korban ini memerlukan kerjasama, komitmen dan semangat kebersamaan yang tinggi daripada semua pihak.

Sejurus selesai menunaikan solat Zuhur, saya turut menyertai sesi penyerahan sumbangan daging korban di Surau Darul Iman, Taman Samarindah. Sebanyak 24 bungkus daging korban telah diagihkan kepada golongan asnaf di kawasan berkenaan sebagai usaha berkongsi rezeki dan mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti setempat.

Ketibaan kami telah disambut oleh Pegawai Masjid (Imam), Ustaz Abang Mohd Sharifuddin bin Raduan bersama ahli jawatankuasa surau yang lain. Turut hadir dalam sesi penyerahan tersebut ialah Ustaz Muhammad Ilyas bin Muhd Saleh, Encik Mohamad Farizan bin Jamil dan Puan Siti Nur Aishah Jaafar.
Insya-Allah, semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan memperluaskan lagi pengagihan sumbangan kepada lebih ramai golongan yang memerlukan, sekali gus memperkukuh hubungan erat antara UiTMCS dan komuniti setempat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Program Korban UiTMCS 2026 kali ini. Semoga setiap usaha, sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat keberkatan serta ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT. Insya-Allah.

Alhamdulillah.Selesai menunaikan Solat Sunat Aidiladha pagi tadi bersama para pelajar, kakitangan UiTM, dan komuniti set...
27/05/2026

Alhamdulillah.

Selesai menunaikan Solat Sunat Aidiladha pagi tadi bersama para pelajar, kakitangan UiTM, dan komuniti setempat di Masjid Al-Qurawiyyin, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan. Seronok melihat suasana masjid yang penuh dengan jemaah.

Selesai solat, pihak kami telah mengagihkan makanan kepada para pelajar yang masih berada di kampus dan menyambut Aidiladha di sini. Saya bersama beberapa orang kakitangan juga sempat singgah menziarahi enam ekor sapi yang akan dikorbankan esok.

Insya-Allah, proses ibadah korban esok akan dijayakan bersama secara bergotong-royong oleh kakitangan UiTM dan sukarelawan pelajar demi melancarkan proses pengagihan daging korban.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan muslimat.




27/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sempena menyambut Aidiladha, marilah kita menghayati erti pengorbanan dan keikhlasan dalam kehidupan.

Semoga warga UiTM Cawangan Sarawak serta seluruh umat Islam diberkati dengan kebahagiaan, kesihatan, dan keberkatan yang berpanjangan.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.
Ikhlas daripada saya dan seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak.

“Aidiladha: Pengorbanan, Keikhlasan, dan Persaudaraan.”



Alhamdulillah, petang semalam saya berkesempatan menghadiri sesi sidang media sempena penganjuran The International Plat...
26/05/2026

Alhamdulillah, petang semalam saya berkesempatan menghadiri sesi sidang media sempena penganjuran The International Platinum Charity Effort Run (i.PACE Run 2026) yang telah diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Program larian amal antarabangsa tersebut dijadual berlangsung pada 27 Jun 2026 (Sabtu) bermula jam 6.30 pagi di UiTMCS.

Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) UiTMCS atas jemputan ke sesi sidang media ini. Turut hadir ialah Dr. Nurul Lizzan Kamarudin selaku Ketua Pusat Pengajian FPP, Pn. Nurfazlina Haris, Pengarah Projek, Pn. Siti Nur Aishah Jaafar, Presiden Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (PEWANI) UiTMCS, En. Mohd Farizan Jamil, Presiden Kelab Kakitangan UiTM Sarawak (Kelab KEKITA), En. Tom Filler, Pengurus Seoul Garden Group, Pn. Elizabeth Wong, Presiden City Jogger’s Club (CJC) Kuching serta tetamu lain.

Acara larian santai (fun run) sejauh 5 kilometer ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai rakan strategik termasuk KEKITA, PEWANI, PERASA, Swinburne University dan City Jogger’s Club, manakala Seoul Garden tampil sebagai antara penaja larian berkenaan.

Penganjuran i.PACE Run 2026 amat signifikan kerana ia diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan FPP dengan tema “70 Years of Legacy, United Again” yang membawa aspirasi untuk menghimpunkan kembali alumni daripada pelbagai generasi agar terus memperkukuh hubungan silaturahim serta menyumbang semula kepada universiti tercinta.

Selain mempromosikan gaya hidup sihat, program ini turut menjadi platform terbaik dalam mempererat jaringan hubungan antara alumni, warga fakulti, pelajar tempatan dan antarabangsa serta komuniti setempat. Pada masa yang sama, acara ini juga menjadi medan promosi bagi Majlis Makan Malam Perdana Alumni FBM yang dijadualkan berlangsung pada Oktober nanti.

Dianggarkan seramai 250 peserta melibatkan alumni, pelajar, komuniti setempat serta peserta antarabangsa akan menyertai acara larian ini. Malah pelbagai pengisian menarik turut disediakan termasuk gerai jualan dan aktiviti komuniti hasil kolaborasi strategik bersama rakan-rakan penganjur.

Yuran penyertaan ditawarkan pada kadar RM50 bagi individu, RM200 untuk kumpulan lima orang dan RM380 bagi kumpulan 10 orang. Pendaftaran kini telah dibuka.

Ayuh warga alumni, pelajar, komuniti dan pencinta sukan larian, marilah sama-sama memeriahkan i.PACE Run 2026 dan menjadi sebahagian daripada sambutan 70 tahun legasi FPP!

CJC Kuching
Swinburne University of Technology Sarawak
Seoul Garden Malaysia




Alhamdulillah, saya berkesempatan menyempurnakan penyerahan surat pelantikan kepada barisan pengurusan baharu Unit Komun...
25/05/2026

Alhamdulillah, saya berkesempatan menyempurnakan penyerahan surat pelantikan kepada barisan pengurusan baharu Unit Komunikasi Korporat (UKK) UiTMCS yang berlangsung di Bilik Perdana, UiTMCS Kampus Samarahan.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Dr. Azra Tilai, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan yang dilantik sebagai Koordinator UKK UiTMCS serta En. Ahmad Noor Syahir bin Sazali dari Fakulti Pengurusan Pelancongan dan Pn. Nur Farhani binti Samasu dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi yang masing-masing dilantik sebagai Penyelaras UKK bagi tempoh dua tahun bermula 1 Mei 2026 hingga 30 April 2028.

Semestinya pelantikan mereka ini dibuat berdasarkan kualiti, dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh mereka sepanjang perkhidmatan. Saya percaya barisan pengurusan baharu ini mampu menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh UKK sebagai unit korporat yang lebih disegani dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan ketampakan UiTMCS di mata para pemegang taruh.

Pada masa yang sama, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Yaziz Kasim, mantan Koordinator UKK, atas segala jasa, amanah dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang menerajui unit ini. Pengalaman dan kepakaran beliau masih amat diperlukan bagi membantu memastikan proses peralihan pengurusan berjalan lancar.

Saya percaya UKK UiTMCS akan terus berkembang maju dan pada masa yang sama terus memperkukuh jaringan komunikasi strategik universiti serta meningkatkan lagi impak, pengaruh serta ketampakan UiTMCS melalui pelbagai platform media terutama media sosial dan komunikasi korporat.

Alhamdulillah, malam tadi ini saya ditemani isteri, Pn. Siti Nur Aishah Jaafar berkesempatan menghadiri persembahan isti...
25/05/2026

Alhamdulillah, malam tadi ini saya ditemani isteri, Pn. Siti Nur Aishah Jaafar berkesempatan menghadiri persembahan istimewa drama muzikal “Belawan Burieng – Hercules of the Keliman River” yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak (SCV). Persembahan drama muzikal ini adalah bersempena penganjuran festival yang sangat ikonik iaitu Sarawak Harvest & Folklore Festival 2026 yang berlangsung pada 23-24 Mei di SCV.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak pengurusan SCV yang sudi mengundang saya serta isteri ke persembahan muzikal berkenaan yang turut dihadiri YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), YBhg Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) serta tetamu lain.

Festival berprestij ini mengetengahkan pelbagai elemen kebudayaan dan warisan masyarakat Sarawak. Pada edisi kali ini, ia menampilkan persembahan drama muzikal “Belawan Burieng – Hercules of the Keliman River” yang diinspirasikan daripada cerita rakyat masyarakat Kayan.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur atas usaha berterusan dalam memartabatkan seni, budaya dan warisan rakyat Sarawak melalui penganjuran program bertaraf antarabangsa seperti ini. Semoga festival ini terus menjadi platform penting dalam memperkenalkan keunikan budaya negeri Sarawak kepada masyarakat tempatan dan pelancong dari seluruh dunia.

Address

Universiti Teknologi MARA, Sarawak Branch, Samarahan Campus, Jalan Meranek
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

082-677200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rektor UiTM Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rektor UiTM Sarawak:

Share