DR AZAM AHMAD

  • Home
  • DR AZAM AHMAD

DR AZAM AHMAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
(1)

6 Jun 2026 | PutrajayaBerkesempatan menghadiri Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang telah disempurnakan perasmiannya oleh...
06/06/2026

6 Jun 2026 | Putrajaya

Berkesempatan menghadiri Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

TVET merupakan pemangkin utama dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri masa hadapan. Selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035, pengukuhan TVET akan terus diperkasa bagi memastikan lebih ramai generasi muda memperoleh laluan pendidikan yang relevan, berkualiti dan berimpak tinggi.

Semoga TVET terus menjadi pilihan utama dalam membina bakat negara dan memacu kemajuan Malaysia MADANI.







Menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menc...
04/06/2026

Menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026.

Menerima kunjungan hormat daripada delegasi Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) yang diketuai oleh Pre...
03/06/2026

Menerima kunjungan hormat daripada delegasi Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Zainal Abidin bin Borhan bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan GAPENA terus diperkukuh demi memartabatkan Bahasa Melayu serta memperkaya khazanah ilmu untuk generasi masa hadapan.






DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha MuliaSeri Paduka Baginda Yang di-Per...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Sultan Ibrahim

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Tuanku

pada

1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

30/05/2026
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh warga pendidikan dan masyarakat Sabah dan Sarawak yang me...
30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh warga pendidikan dan masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikan.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai.

29 Mei 2026 | WTC Kuala LumpurHadir bersama YBhg Dato’ KSU dan Pengurusan Tertinggi KPM ke Majlis Perasmian Pesta Buku A...
29/05/2026

29 Mei 2026 | WTC Kuala Lumpur

Hadir bersama YBhg Dato’ KSU dan Pengurusan Tertinggi KPM ke Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri hari ini.

PBAKL terus menjadi medan penting dalam membudayakan ilmu dan memperkukuh amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

Alhamdulillah, suasana cukup meriah dengan kehadiran pengunjung dari pelbagai lapisan umur yang membanjiri reruai-reruai pameran buku. Semangat cintakan ilmu ini pastinya selari dengan aspirasi melahirkan generasi Malaysia MADANI yang berpengetahuan dan berdaya saing.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan PBAKL 2026. Jom luangkan masa bersama keluarga kunjungi PBAKL 2026.






27 Mei 2026 | Presint 8 PutrajayaSelesai Solat Sunat Aidiladha pagi tadi, saya berkesempatan mengiringi YB Menteri Pendi...
27/05/2026

27 Mei 2026 | Presint 8 Putrajaya

Selesai Solat Sunat Aidiladha pagi tadi, saya berkesempatan mengiringi YB Menteri Pendidikan ke Program Korban MADANI KPM di Surau Putra Al-Amin, Presint 8, Putrajaya.

Semoga ibadah korban ini terus menyemai nilai keikhlasan, ihsan dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga pendidikan serta masyarakat.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga segala amal ibadah kita diterima dan diredhai Allah SWT.







Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DR AZAM AHMAD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share