Diary DS

Diary DS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Diary DS, Kampung Sungai Tong.

Ybhg Dato hadir bersama ke Mesyuarat Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Pengkalan Merbau bagi. menyuntik semangat ahli um...
26/04/2026

Ybhg Dato hadir bersama ke Mesyuarat Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Pengkalan Merbau bagi. menyuntik semangat ahli umno di akar umbi agar terus kekal bersemangat.

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Sri Rahmat dan Kg Rahmat merupakan acara tahunan yang amat signifikan dalam kalangan a...
25/04/2026

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Sri Rahmat dan Kg Rahmat merupakan acara tahunan yang amat signifikan dalam kalangan ahli, sebagai platform untuk membincangkan pelbagai isu semasa, merancang gerak kerja, serta memperkukuh hala tuju perjuangan parti di peringkat cawangan.

Alhamdulillah Ybhg Dato hadir memenuhi tanggungjawab sebagai ahli UMNO serta menyantuni masyarakat yang hadir pada hari ini. Turut hadir bersama Tn Hj Iskandar Bin Jaafar merupakan NKB, Tn Hj Kauzi serta barisan kepimpinan UMNO dalam Dun Langkap.

Ybhg Dato hadir memenuhi undangan untuk bersantai bersama dengan masyarakat dalam Program Brisk Walk "Santai Janji Sampa...
25/04/2026

Ybhg Dato hadir memenuhi undangan untuk bersantai bersama dengan masyarakat dalam Program Brisk Walk "Santai Janji Sampai" yang berlangsung dalam suasana santai namun penuh semangat kebersamaan serta dapat menghimpunkan masyarakat setempat untuk mengamalkan gaya hidup sihat sambil mengeratkan hubungan silaturahim.

Program ini di anjurkan oleh puteri bahagian dengan kerjasama pemuda bahagian setiu. Turut bersama Tn Hj Kauzi bersama barisan kepimpinan dalam dalam daerah setiu serta Kemas Daerah Setiu.

Ybhg Dato’ hadir bagi merasmikan Mesyuarat Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kampung Langkap dalam suasana yang penuh se...
24/04/2026

Ybhg Dato’ hadir bagi merasmikan Mesyuarat Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kampung Langkap dalam suasana yang penuh semangat dan kebersamaan. Turut mengiringi beliau ialah Tn. Hj. Kauzi selaku Pengerusi Penyelaras bersama barisan kepimpinan UMNO DUN Langkap, sekali gus mencerminkan kesatuan dan komitmen padu dalam memperkukuh perjuangan parti di peringkat akar umbi.

Ybhg Dato' turut hadir bersama ke Mesyuarat Perwakilan Vateran UMNO Bahagian Setiu di mana dapat menghimpunkan ahli-ahli...
23/04/2026

Ybhg Dato' turut hadir bersama ke Mesyuarat Perwakilan Vateran UMNO Bahagian Setiu di mana dapat menghimpunkan ahli-ahli vateran sebagai platform memperkukuhkan silaturahim serta memperkasakan peranan vateran di dalam parti. Mesyuarat ini telah di sempurnakan oleh Ybhg Dato' Othman Bin Desa, Pengerusi Vateran UMNO Malaysia.

Ybhg Dato’ telah memenuhi undangan ke Majlis Persaraan yang diadakan di SK Sungai Las bagi meraikan Encik Khalid bin Sha...
23/04/2026

Ybhg Dato’ telah memenuhi undangan ke Majlis Persaraan yang diadakan di SK Sungai Las bagi meraikan Encik Khalid bin Sha’ban yang telah menabur bakti selama 34 tahun. Majlis penuh bermakna ini diadakan sebagai tanda penghargaan di atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan beliau dalam menyumbang kepada pembangunan sekolah dan masyarakat setempat.

Petang yang santai ini menjadi lebih bermakna apabila YBhg Dato’ berkesempatan meluangkan masa bersama anak-anak muda di...
22/04/2026

Petang yang santai ini menjadi lebih bermakna apabila YBhg Dato’ berkesempatan meluangkan masa bersama anak-anak muda di Kg Rhu 10. Peluang seperti ini jarang berlaku, namun cukup bernilai untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan mengeratkan hubungan antara generasi muda.

UMNO Sebuah Perjuangan dan dengan penuh semangat Ybhg Dato hadir ke Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMN...
21/04/2026

UMNO Sebuah Perjuangan dan dengan penuh semangat Ybhg Dato hadir ke Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Dun Permaisuri. Alhamdulillah semangat akar umbi umno tidak pernah padam dan sentiasa bersemangat meneruskan perjuangan.

Alhamdulillah semalam berkesempatan bersama masyarakat menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Dun Langkap, sebuah majlis A...
19/04/2026

Alhamdulillah semalam berkesempatan bersama masyarakat menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Dun Langkap, sebuah majlis Aidilfitri yang sememangnya dinanti-nantikan oleh masyarakat. Suasana yang terhasil amat meriah dan penuh dengan kemesraan.

Pelbagai juadah istimewa telah disediakan oleh Barisan Kepimpinan UMNO DUN Langkap yang di pengerusikan oleh Tuan Haji Kauzi. Diharapkan amalan murni seperti ini dapat diteruskan, sekali gus mencerminkan keharmonian masyarakat Malaysia yang hidup saling menghormati dan bersatu padu.

Ybhg Dato' hadir memenuhi undangan serta memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampung Bukit Mundok. Walaupun...
17/04/2026

Ybhg Dato' hadir memenuhi undangan serta memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampung Bukit Mundok. Walaupun berada di penghujung syawal tetapi kemeriahannya tetap di rasai dan kelihatan masyarakat di kawasan berkenaan begitu gembira dengan majlis tersebut.

Akar Umbi Menjadi Tunjang Kekuatan UMNO Serta Keikhlasan Membawa Kepada Sebuah Perjuangan.Ybhg Dato dengan penuh bersema...
17/04/2026

Akar Umbi Menjadi Tunjang Kekuatan UMNO Serta Keikhlasan Membawa Kepada Sebuah Perjuangan.

Ybhg Dato dengan penuh bersemangat hadir ke Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Dun Langkap 2026. persidangan Tahunan ini bukan sekadar rutin tahunan tetapi merupakan medan paling penting untuk kita menyusun semula kekuatan, memperkukuhkan saf serta memartabatkan kembali perjuangan UMNO.

Address

Kampung Sungai Tong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diary DS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Diary DS:

Share