MIPP KEDAH

MIPP KEDAH MALAYSIAN INDIAN PEOPLE PARTY

*KENYATAAN MEDIA**ISU: MENGECAM TINDAKAN PENGHINAAN TERHADAP SIMBOL DAN KESUCIAN AGAMA* Parti Rakyat India Malaysia (MIP...
11/03/2026

*KENYATAAN MEDIA*
*ISU: MENGECAM TINDAKAN PENGHINAAN TERHADAP SIMBOL DAN KESUCIAN AGAMA*

Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) Negeri Kedah memandang serius dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang tindakan penghinaan terhadap simbol-simbol keagamaan yang berlaku baru-baru ini. Tindakan individu memijak Trisulam di Langkawi adalah tidak bertanggungjawab dan malah merupakan satu provokasi melampau yang boleh menggugat perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.
Sebagai Pengerusi MIPP Negeri Kedah, saya ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

1. *Hormati Perlembagaan:* Agama adalah perkara yang sangat sensitif bagi setiap rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama, dan ini bermakna setiap penganut agama wajib menghormati kesucian agama lain demi menjaga ketenteraman awam.

2. *Tindakan Tegas Pihak Berkuasa:* Kami mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang paling tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang sengaja mencetuskan kebencian agama.

3. *Jangan Ambil Tindakan Sendiri:* Saya menyeru kepada seluruh ahli MIPP dan masyarakat India di Kedah agar kekal bertenang dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Jangan sesekali mengambil tindakan di luar batasan undang-undang.

4. *Keharmonian Kedah:* Negeri Kedah dikenali dengan semangat perpaduan yang tinggi. Jangan biarkan nila setitik merosakkan susu sebelanga. Kita tidak akan membenarkan mana-mana pihak memecahbelahkan keharmonian yang telah kita bina sekian lama.

5. MIPP Negeri Kedah akan terus menjadi benteng dalam memastikan hak dan maruah masyarakat India serta kesucian agama sentiasa terpelihara selaras dengan prinsip Rukun Negara.

*"KEDAH SEJAHTERA, PERPADUAN DIUTAMAKAN"*

*VIMALAN THIAGARAJAN*
*PENGERUSI PARTI RAKYAT INDIA MALAYSIA*
*NEGERI KEDAH (MIPP)*

*Tarikh: 11 Mac 2026*

*MIPP KEDAH PERKUKUH SOLIDARITI BERSAMA BERSATU NEGERI KEDAH*Sabtu, 13 Februari 2026Hari ini, Malaysian Indian People’s ...
14/02/2026

*MIPP KEDAH PERKUKUH SOLIDARITI BERSAMA BERSATU NEGERI KEDAH*

Sabtu, 13 Februari 2026

Hari ini, Malaysian Indian People’s Party (MIPP) Negeri Kedah telah mengadakan pertemuan strategik bersama kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Kedah. Pertemuan ini adalah langkah penting bagi memperkukuh gabungan antara parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) di bumi Jelapang Padi.

Pihak kami amat berbesar hati dengan sambutan luar biasa dan layanan mesra daripada pimpinan tertinggi BERSATU Kedah. Ucapan penghargaan khusus kepada:

YB Dato' Mohd Suhaimi Abdullah (Pengerusi BERSATU Kedah / Ahli Parlimen Langkawi) atas kesudian menerima kunjungan dan menyediakan jamuan yang cukup istimewa.

YB Mohd Taufik Yaacob (Timbalan Pengerusi BERSATU Kedah / ADUN Bayu).

YB Mohd Nazri Abu Hassan (Setiausaha BERSATU Kedah / Ahli Parlimen Merbok).

Tuan Nik Fazli ( Penyeleras Dun Sidam)

Serta seluruh barisan pimpinan BERSATU Negeri Kedah yang turut hadir.

Dalam perbincangan ini, kami telah menetapkan hala tuju bersama bagi memperkasa Perikatan Nasional di peringkat negeri.

MIPP juga telah membentangkan pelbagai isu kritikal masyarakat India di Kedah untuk tindakan kolektif demi pembangunan yang lebih inklusif dan adil.

Solidariti ini adalah kunci untuk memastikan Perikatan Nasional terus kekal teguh di Kedah dan bersedia untuk mandat yang lebih besar di masa hadapan.

The Greatest Kedah!
The Greatest MIPP Kedah!

Vimalan Thiagarajan
Pengurusi MIPP Negeri Kedah

Perjumpaan Dengan Ketua-Ketua Bahagian MIPP Negeri KEDAH.
01/12/2025

Perjumpaan Dengan Ketua-Ketua Bahagian MIPP Negeri KEDAH.

22/11/2025

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 22 November 2025 bersamaan 1 Jamadilakhir 1447H.

Daulat Tuanku!

MIPP Deepavali open house Function
03/11/2025

MIPP Deepavali open house Function

03/11/2025

Deepavali open house 2025

MIPP Deepavali Open House 2025
03/11/2025

MIPP Deepavali Open House 2025

01/11/2025

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MIPP KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share