Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau

  • Home
  • Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau, Political organisation, .

01/06/2026

Kenyataan Media
Perikatan Nasional

Perikatan Nasional Sedia Masuk Gelanggang PRN Johor

Perikatan Nasional (PN) mengambil maklum pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

Pilihan raya bukan sekadar pertandingan politik, tetapi medan untuk menawarkan penyelesaian yang lebih baik kepada rakyat khususnya dalam isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan ekonomi negeri, integriti pentadbiran dan masa depan negara.

Sehubungan itu, saya menyeru seluruh kepimpinan, jentera dan ahli-ahli parti komponen Perikatan Nasional agar memberikan fokus sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi pilihan raya ini dengan semangat kebersamaan, disiplin serta kesatuan tindakan.

Perikatan Nasional akan memasuki gelanggang pilihan raya ini dengan penuh tanggungjawab, matang dan profesional serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Saya juga berharap seluruh jentera dapat mengelakkan sebarang bentuk provokasi melampau, politik kebencian dan perpecahan, sebaliknya menampilkan politik yang lebih tenang, berfakta dan berorientasikan solusi.

Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak serta sokongan rakyat, Perikatan Nasional akan terus membawa agenda pentadbiran yang stabil, bersih dan prihatin demi masa depan Johor dan Malaysia yang lebih baik.

YAB Datoโ€™ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi
Perikatan Nasional
1 Jun 2026

DIRGAHAYU TUANKU
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Patik sekalian menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih atas kepimpinan, kebijaksanaan serta jasa Tuanku dalam memayungi rakyat dan memelihara kesejahteraan negara.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, kesejahteraan, keberkatan usia dan kekuatan kepada Tuanku untuk terus memimpin negara dengan penuh hikmah dan adil.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.



31/05/2026

๐Š๐‹ ๐“๐€๐Š ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐‡๐”๐ ๐‡๐ˆ๐๐”๐‘๐€๐

Kuala Lumpur tidak perlu dijadikan โ€œhub hiburanโ€ semata-mata untuk menarik pelancong kerana kekuatan sebenar Malaysia terletak pada identiti budaya, kepelbagaian masyarakat, nilai ketimuran serta keunikan warisan yang tidak dimiliki negara lain. Pelancong hari ini bukan hanya mencari hiburan malam atau pusat pesta, tetapi mereka juga mencari pengalaman autentik, keamanan, makanan tradisi, seni budaya, sejarah, alam semula jadi dan kehidupan masyarakat tempatan.

Kuala Lumpur sendiri sudah mempunyai daya tarikan tersendiri seperti Menara Berkembar Petronas, Masjid Negara dan kepelbagaian budaya yang hidup dalam masyarakat majmuk negara ini.

Selain itu, pembangunan sektor pelancongan yang terlalu bergantung kepada industri hiburan boleh memberi kesan sosial dan moral kepada masyarakat setempat. Sesebuah negara maju bukan diukur melalui banyaknya pusat hiburan, tetapi bagaimana ia mampu membina bandar yang selamat, bersih, mesra keluarga dan mempunyai nilai kehidupan yang seimbang.

Kuala Lumpur boleh menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia melalui pelancongan ilmu, pelancongan kesihatan, pelancongan Islamik, makanan halal, ekopelancongan dan program kebudayaan yang memperkenalkan identiti Malaysia kepada dunia.

Malah, ramai pelancong luar datang ke Malaysia kerana suasana harmoni dan sederhana yang ada pada negara ini. Mereka mahu melihat budaya Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain hidup bersama dalam aman. Inilah kekuatan sebenar Kuala Lumpur. Bandar raya ini perlu dibangunkan sebagai pusat ekonomi, ilmu, teknologi dan budaya, bukannya dikenali hanya sebagai pusat hiburan.

Pelancongan yang berteraskan nilai dan identiti akan lebih lestari, dihormati dan memberi manfaat jangka panjang kepada negara serta generasi akan datang.

๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐๐š๐ก ๐›๐ญ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
30 Mei 2026 bersamaan 13 Zulhijjah 1447H

Salam Aidiladha
26/05/2026

Salam Aidiladha

SALAM AIDILADHA 1447H / 2026

Aidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan, tetapi tentang keikhlasan hati dalam mentaati perintah Ilahi.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan buat diri, keluarga serta masyarakat.

Di hari penuh kemuliaan ini, marilah kita menghayati erti sabar, redha dan kasih sayang sesama insan.

Semoga ukhuwah terus diperkukuhkan dan kehidupan sentiasa dirahmati.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin

ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’

Ikhlas daripada ;
Ustaz Khirul Muntanazar Ismail
YDP PAS Kawasan Tebrau

26/05/2026

โœจ KEUTAMAAN PUASA ARAFAH โœจ

Jangan lepaskan peluang berpuasa pada 9 Zulhijjah ๐Ÿค

Satu hari yang penuh keberkatan, pengampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:
โ€œPuasa Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€
(HR. Muslim)

๐ŸŒ™ Antara keistimewaan Puasa Arafah:
๐Ÿคฒ Menghapus dosa-dosa kecil
๐Ÿ“– Menambah pahala dan keberkatan hidup
๐Ÿ•Š๏ธ Mendekatkan diri kepada Allah SWT
โค๏ธ Melatih keikhlasan dan kesabaran
๐Ÿ•‹ Mencontohi amalan para jemaah haji di Padang Arafah

Jom rebut ganjaran besar ini dengan:
๐Ÿ“ฟ Perbanyakkan zikir
๐Ÿคฒ Perbanyakkan doa
๐Ÿ“– Membaca Al-Quran
๐Ÿ’ Bersedekah dan berbuat kebaikan

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan dunia serta akhirat.
Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin ๐Ÿค๐Ÿ’š



19/05/2026

PAS Johor Lancar Kempen โ€œPAS Pilihankuโ€, Sasar 5,000 Ahli Baharu

JOHOR BAHRU, 14 Mei โ€” PAS Johor bakal melancarkan Kempen Penambahan Keahlian โ€œPAS Pilihankuโ€ sebagai usaha memperkukuhkan organisasi parti serta meningkatkan jumlah keahlian baharu di seluruh negeri Johor sepanjang tahun 2026.

Kempen yang membawa tema โ€œBerkat, Prihatin, Sejahteraโ€ itu dijadualkan dilancarkan pada 24 Mei 2026 di Pejabat PAS Johor, Bandar Baru UDA selepas Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Johor.

Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kempen berkenaan merupakan kesinambungan kepada gerakan penambahan keahlian yang diperkenalkan oleh PAS Pusat sejak tahun 2017.

Menurut beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, PAS telah berjaya mencapai sasaran sejuta ahli pada tahun 2022 dan pencapaian itu menjadi pemangkin untuk terus memperluaskan gerak kerja parti termasuk di negeri Johor.

โ€œPAS Johor turut melaksanakan kempen ini secara berterusan dan kali terakhir pelancarannya diadakan pada tahun 2022 di Parit Tarom, Muar,โ€ katanya.

Penambahan seramai 3,513 ahli baharu sepanjang tempoh 2021 hingga 2025 menjadi pemangkin kepada PAS Johor untuk memperkukuhkan lagi gerak kerja penambahan keahlian menerusi kempen yang lebih tersusun dan menyeluruh.

Sehubungan itu, PAS Johor menetapkan sasaran baharu iaitu menambah 5,000 ahli baharu termasuk Ahli PAS dan Ahli Bersekutu PAS bagi tempoh Jun hingga Disember 2026.

Antara objektif utama kempen tersebut ialah menggiatkan usaha penambahan ahli di semua peringkat organisasi, memperkukuhkan gerak kerja parti di peringkat akar umbi serta memperbanyak program mendekati dan menyantuni masyarakat.

Selain itu, kempen berkenaan turut bertujuan mewujudkan persaingan sihat antara PAS Kawasan dalam usaha memperluaskan keahlian serta menggalakkan penglibatan seluruh ahli keluarga bersama PAS.

Bagi memastikan kempen berjalan aktif dan tersusun, pelancaran di peringkat PAS Kawasan akan dilaksanakan bermula Jun 2026 manakala pertandingan penambahan keahlian terbanyak antara PAS Kawasan turut dicadangkan berlangsung dari Jun hingga Ogos 2026.

Khairul Faizi berkata, kempen tersebut amat penting dalam suasana rakyat semakin memberi perhatian kepada pendekatan PAS yang menekankan aspek kebajikan, keprihatinan masyarakat serta pengukuhan nilai dan kesejahteraan bersama.

Beliau berharap seluruh jentera parti di semua peringkat dapat memainkan peranan aktif dalam menjayakan kempen tersebut demi memperkukuhkan organisasi serta memperluaskan agenda khidmat masyarakat di negeri Johor.

โ€œSemoga Allah mempermudahkan segala urusan bagi mencapai hasrat yang telah digariskan bersama-sama,โ€ katanya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Selamat Hari Guru 2026 Dewan Muslimat PAS Tebrau merakamkan setinggi-tinggi p...
16/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat Hari Guru 2026

Dewan Muslimat PAS Tebrau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik khususnya guru-guru di Tebrau dan amnya di seluruh Malaysia atas segala jasa, pengorbanan dan kesungguhan dalam mendidik anak bangsa serta membina generasi ummah.

Sabda Rasulullah SAW:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูˆูŽู…ูŽู„ูŽุงุฆููƒุชูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุฃูŽุฑู’ุถู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽู…ู’ู„ูŽุฉูŽ ูููŠู’ ุฌูุญู’ุฑูู‡ูŽุง ูˆูŽุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุงู„ุญููˆู’ุชูŽ ู„ูŽูŠูุตูŽู„ู‘ููˆู’ู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุนูŽู„ู‘ูู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุงู„ุฎูŽูŠู’ุฑูŽ

Maksudnya:
โ€œSesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan di lautan pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.โ€
[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

Betapa mulia dan tingginya darjat seorang guru di sisi Allah SWT.

Semoga semua guru terus diberikan kekuatan, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik anak-anak dengan ilmu, iman dan akhlak.

Teruslah istiqamah menjadi penyuluh generasi dan haraki pemangkin kekuatan ummah.

โ€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaahโ€

Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar pendidik.

15/05/2026

SAMBUTAN HARI BELIA 2026

Belia hari ini adalah pemimpin masa hadapan !
Ayuh bersama kita raikan semangat anak muda yang berdaya, progresif dan penuh inspirasi!

Terima kasih kepada semua belia yang telah bersama-sama memeriahkan program dan aktiviti Ameerah Johor serta menunjukkan semangat ukhwah, kerjasama dan kasih sayang sesama belia.

Semoga generasi muda terus dipelihara dengan iman yang teguh, akhlak yang mulia dan menjadi pelapis pemimpin yang membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

โ€œBersatu Hati, Berkarya Bersama, Membina Masa Depan Gemilang!โ€ โœจ


Besarnya jasa para jururawat semua
12/05/2026

Besarnya jasa para jururawat semua

SELAMAT HARI JURURAWAT
12 Mei 2026

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jururawat yang telah mencurahkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi, sabar dan ihsan dalam menjaga kebajikan serta kesihatan masyarakat.

Sesungguhnya, para jururawat merupakan front liner yang sentiasa teguh di barisan hadapan, hadir membantu tanpa mengira masa, penat lelah dan cabaran yang dihadapi.

Jasa dan pengorbanan kalian amat besar nilainya, menjadi nadi penting dalam sistem penjagaan kesihatan negara.

Kecekalan, kelembutan layanan dan semangat berkhidmat yang ditunjukkan mencerminkan nilai kemanusiaan yang tinggi serta menjadi inspirasi kepada masyarakat.

Semoga setiap keringat yang dicurahkan menjadi amal kebajikan yang diberkati Allah SWT, dikurniakan kekuatan, kesihatan yang baik serta ganjaran pahala atas setiap jasa yang dihulurkan.

Selamat Menyambut Hari Jururawat

โ€œJururawat Disanjung, Jasamu Dikenang, Khidmatmu Dihargai.โ€

Ikhlas daripada,
Dewan Muslimat PAS Negeri Johor

DHPP
10/05/2026

DHPP

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share