08/01/2024
MAJLIS RAMAH MESRA ANGGOTA DAKWAH HALAQAT 2024
Selesai sudah program pertama Halaqat KUALA KRAI pada tahun ini. Majlis Ramah Mesra pada hari ini bermula dengan pertemuan Pegawai Dakwah Halaqat bersama YDP Kawasan Kuala Krai Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (Ahli Parlimen Kuala Krai).
Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Mantan Pengelola Halaqat محسن يعقوب , beliau telah berkhidmat selama 6 tahun sebagai pengelola. Penyampaian tersebut disempurnakan oleh Ustaz Latiff.
Seterusnya pihak Halaqat Kuala Krai juga turut menyampaikan cenderahati kenang-kenangan, tanda menghargai usaha Mantan Pengelola selama khidmat beliau. Penyampaian cenderahati tersebut disempurnakan oleh Pengelola Halaqat 2024 Ustaz Abdul Kadir Yasim Aqyas An-Nali .
Selesai sahaja penyampaian sijil & cenderahati, majlis diteruskan dengan Sesi Ramah Mesra di antara Mantan Pengelola, Pengelola yang baru dilantik bersama Pegawai & Pembantu Halaqat Kuala Krai tahun 2024.
Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan baik & bersurai dengan sesi bergambar & jamuan.
Kami mengucapkan terima kasih kepada mantan pengelola di atas khidmat yang diberikan. Buat pengelola baru, semoga dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin.
Semoga program ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah antara warga Halaqat Kuala Krai. Inn shaa Allah