19/01/2025
KEPALA BATAS, KEDAH, 20 Mac 24: Pasukan 30 Kompeni KPD telah mengadakan Program Jiwa Murni bertempat di Tabika Kemas Kampung Naga. Seramai seorang Pegawai dan 22 orang anggota Lain-lain Pangkat serta 17 orang anggota Awam MINDEF telah menyertai Program tersebut. Aktiviti dilaksanakan sepanjang program ini adalah gotong-royong membersihkan kawasan dan menceriakan landskap. Pelaksanaan program ini dapat membantu menceriakan kawasan Tabika Kemas dalam mereka menjalani kehidupan seharian bagi melahirkan nilai-nilai kerjasama dan mengeratkan hubungan silatulrahim antara warga “Teguh Berkhidmat “ dengan komuniti awam.