Minda Anak Muda

Minda Anak Muda Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Minda Anak Muda, Political organisation, Zimbabwe.

30/12/2020

Anwar Ibrahim membidas pemimpin Pakatan Harapan hanya lantang mengkritik pentadbiran Barisan Nasional berhubung isu 1MDB dan rasuah membabitkan pemimpin UMNO, tetapi berlembut apabila melibatkan pemimpin gabungan itu.

Pengerusi PH itu turut mengakui gabungan terbabit gagal menunjukkan ia mampu membanteras rasuah sepanjang 22 bulan mentadbir Putrajaya di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.

“Pada 2018, kita berjaya (bentuk kerajaan), tetapi kita kurang berjaya membawa perubahan. PH tidak mampu mempamerkan kepada rakyat bahawa kita sebenarnya mewakili kelompok yang mahu dan inginkan pembaharuan, termasuk membanteras rasuah.

“Ya, kita keras dalam isu rasuah, isu 1MDB, rasuah dalam kalangan pemimpin UMNO, tapi kita banyak tolak ansur dengan rasuah dalam kalangan puak-puak kita, di antaranya menjadi pengkhianat besar. Ini yang menyebabkan saya katakan kita hilang paksi perjuangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku 100 Esei Seni dan Sastera Era Reformasi 2008.

Anwar berkata, perubahan perlu dilakukan secara besar-besaran bagi meyakinkan rakyat yang PH mampu mentadbir lebih baik berbanding pentadbiran sebelumnya.

“Kadang-kadang bincang soal reformasi dan perubahan, (kita) sibuk untuk mengambil alih kuasa, tetapi tidak mewakili pandangan baharu dari segi perubahan.

“Ketika kita menjadi kerajaan, maka harus diperlihat satu sikap berbeza. Kalau program kita semua hampir sama (dengan pentadbiran terdahulu), cuma baik sikit, kalau rasuah kurang sikit berlaku, kalau tolong rakyat lebih sikit, ini bukan reformasi.

“Sepatutnya kita letakkan satu asas lebih baik, tapi ini tidak langsung memperlihatkan semangat dan keupayaan reformasi, ini yang menyebabkan rakyat kecewa.”

29/12/2020

Usin Ceroi

Waktu BN kerajaan yg ditunjangi oleh parti Melayu Islam iaitu Amno dulu, parti tok bantah keras apabila kerajaan BN benarkan cabutan no ekor sebanyak 22 kali. Parti tok kata terang2 lawan hukum Islam.

Kemudian, bila PH perintah, kerajaan PH yg ada Dap itu kurangkang cabutan hanya kepada 11 kali, yakni separuh hapuskan. Parti tok terus bantah kerana kerajaan bawah PH yg ada Dap itu masih juga mahu kurangkan cabutan no ekor, haram tetap haram, kata lebai2 tok yg zuhud itu. Akhirnya, kerajaan PH yg ada Dap itu kurangkan lagi kepada hanya lapan cabutan saja.

Lebai2 tok masih marah walaupun dah dikurangkan kepada lapan cabutan saja. Lebai2 tok kata, walaupun lapan kali ianya tetap sama. Apa beza berjimak 22 kali dengan lapan kali?, Soal guru tok. Jimak tetap jimak, tambahnya lagi.

Tiba2 kerajaan tebuk atap yang ditunjangi oleh parti melayu dan parti Isle guru tok jadi kerajaan sekarang membuat keputusan bahawa cabutan no ekor balik kepada asal di zaman BN iaitu sebanyak 22 kali.

Tok pun bertemu dengan guru tok bertanyakan tentang hukumnya.
Guru tok sambil sambil menggoyang2kan lutut dan jari jemarinya pun berkata, " Takdop masalah berape kali cabut pung. Waktu dharurat PKP ini diharuskan cabut banyok kali. Umpama kite berjimak dengan bini tua kite 10 kali, kemudiang dengang bini mude kite 12 kali, jumloh berjimak 22 kali. Itu lebih baik dari kite berjimak lapang kali tapi dok klimek". kata guru tok.

Baru la tok faham mengapa kerajaan tebuk atap sekarang terpaksa buat cabutan no ekor sebanyak 22 kali.

*Seludup wagyu dalam kontena babi*BANGI - Menyeludup daging wagyu yang tidak mempunyai sijil halal bersama kontena yang ...
28/12/2020

*Seludup wagyu dalam kontena babi*

BANGI - Menyeludup daging wagyu yang tidak mempunyai sijil halal bersama kontena yang diisytiharkan mengandungi daging babi antara taktik dipercayai turut digunakan kartel daging import di Malaysia.

Tindakan itu bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa untuk membawa masuk daging haram ke Malaysia sebelum membungkus semula serta meletakkan logo halal yang tidak sah.

Perkara itu turut diakui seorang usahawan daging import, Mohd Hafis Khairulah yang terlibat dalam industri pengedaran daging halal wagyu dari Jepun sejak hampir empat tahun lalu.

“Ada sindiket yang sama seperti kartel. Mereka membawa masuk daging tanpa melalui proses pensijilan halal dan (kebenaran) kastam.

“Modus operandi mereka ialah mengisytiharkan kontena yang dibawa. Contohnya mereka membawa daging itu dengan daging babi.

“(Kalau) Satu kontena itu boleh muat daging sehingga 15 tan, jadi lima tan mereka akan bawa (daging wagyu) yang seludup.

“Kita tidak kata kastam tidak buat kerja tapi s**ar untuk mereka periksa nombor kontena yang dibawa itu (apabila isytihar daging babi tetapi di dalamnya turut mengandungi daging wagyu),” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Ahad.

Menurutnya, siasatan yang dilakukan sendiri ke atas pembekal daging wagyu yang menjual secara dalam talian juga mendapati kebanyakan penjual tidak mempunyai sijil halal.

Mohd Hafis berkata, perkembangan itu jelas menunjukkan daging wagyu yang dibawa masuk itu tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan oleh kerajaan atau dalam bahasa mudahnya, seludup.

“Ada pembekal dalam talian yang memang tidak ada sijil halal yang kita dah dapat buktikan. Bila kita tanya ada sijil halal atau tidak, dia jawab tidak ada.

“Ada individu yang kita tanya mengakui ada (sijil halal). Kononnya dia ambil (stok daging) dari rumah sembelihan di Jepun yang ada sijil halal tetapi kita tidak tahu dia bawa masuk macam sama ada dengan daging babi atau bagaimana,” katanya.

Jelasnya, situasi itu mencetuskan kebimbangan besar kepada syarikat yang diusahakannya kerana ia boleh menghakis keyakinan orang ramai khususnya orang Islam.

Sijil halal ditiru

Jelas Mohd Hafis, selaku satu-satunya syarikat pengimport daging wagyu di Malaysia yang mempunyai sijil halal loji pemprosesan produk campuran daripada Muslim Professional Japan Association (MPJA) yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), aspek halal dan haram produk yang di bawa masuk ialah sangat penting.

Katanya, syarikatnya turut berdepan dengan isu sijil halal yang ditiru secara tidak sah oleh pengedar yang tidak bertanggungjawab.

“Ada pembekal yang tidak bertanggungjawab meniru sijil halal dan memanipulasi sijil halal yang kita peroleh semata-mata untuk mengaut keuntungan.

“Jadi, kita harap pihak berkuasa khususnya kerajaan memandang serius isu daging seludup itu kerana ia bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada orang Islam tetapi turut menjejaskan perniagaan pembekal daging import halal dan sah yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Hafis mengingatkan orang ramai khususnya umat Islam supaya tidak membeli daging import termasuk wagyu yang dijual dengan harga yang begitu rendah di pasaran.

Katanya, ia berkemungkinan daging yang dijual itu diseludup dan tidak mendapat pengiktirafan halal.

“Bagi daging wagyu, kita sedia maklum harganya mahal iaitu antara RM800 sehingga RM2,000 sekilo mengikut jenis. Jadi kalu ia dijual dengan harga terlalu murah, sangat tidak masuk akal,” katanya.

Selain itu, katanya, daging wagyu halal dan sah ada disertakan dengan sijil keaslian oleh MPJA kepada pembekal yang membelinya di pusat sembelihan yang diiktiraf.

Tiga cadangan elak insiden daging seludup berulang:

Syarikat harus 100 peratus bumiputera.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (kastam) perlu mempunyai unit pemantau halal khusus untuk memeriksa makanan di pintu masuk negara.

Kerajaan perlu fokus tingkatkan industri perladangan lembu bagi mengelak daripada terlalu bergantung kepada daging import.
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/116526

========================😎

BANGI - Menyeludup daging wagyu yang tidak mempunyai sijil halal bersama kontena yang diisytiharkan mengandungi daging babi antara taktik dipercayai turut digunakan kartel daging import di Malaysia.

TUN M DENGAN BANGGANYA SDIRI MENGAKU DIA MENZALIMI ANWAR IBRAHIM! TAPI MSH ADA PEMIMPIN YANG BUTA!Aha! Memang dah habak!...
27/12/2020

TUN M DENGAN BANGGANYA SDIRI MENGAKU DIA MENZALIMI ANWAR IBRAHIM! TAPI MSH ADA PEMIMPIN YANG BUTA!

Aha! Memang dah habak!
Tapi masih ada pemimpin2 yang buta 🤷‍♀️

Mohon Subscribers , like n share YouTube Channel and Fb Page Suara kita 2020. Terima kasih.

PENYALAHGUNAANKUASA SECARA TERANG-TERANGAN ! SAMPAI BILA-BILA NEGARA KITA TIDAK AKAN MAJU SELAGI ADA TUN M DAN ORANG2 SEPERTI MEREKA DALAM POLITIK NEGARA. Mo...

27/12/2020

.

(ULANGSIAR 1000 x pun takpa sampai mereka ini faham dan sedar drama ini)

Sekadar ingatan SEKALI LAGI kepada yang sudah lupa atau . Hakikatnya, inilah ' ' yang sebenar di belakang tabir. Ini adalah perjumpaan-perjumpaan untuk menjatuhkan PH.KP

Perjumpaan-perjumpaan ini bukan sekali, tapi banyak kali sebelum .

Ia dan ia adalah fakta. Orang ini mastermind menjatuhkan PH, dan berdrama politik kononnya dikhianati. Tanya Zahid Mat Arip Setpol Tun M.

Dengar rakaman mesyuarat PPBM sebelum Langkah Sheraton.

2 perkara. Perkara #1 kena ingat sampai kiamat.

#1. Rancangan Terperinci Jatuhkan PH/Halang Anwar jadi PM, semua mereka ini SEPAKAT, SEPAKAT, DAN SEPAKAT.

#2. Kemudian barulah konon-kononnya bergaduh sebab jawatan PM8 disailang saat-saat akhir oleh orang lain.

Yang Pejuang tunjuk lawan PN di media itu adalah kerana faktor #2.

Agaknya kerajaan pusat tidak mahu lihat P.Pinang lebih maju kemodenan nya.Tidak mahu P.P atasi masaalah kepadatan kender...
27/12/2020

Agaknya kerajaan pusat tidak mahu lihat P.Pinang lebih maju kemodenan nya.
Tidak mahu P.P atasi masaalah kepadatan kenderaan di jalan.
Tidak s**a P.P di kunjungi lebih ramai pelancong.
Tidak gemar P.P ada perkhidmatan feri sebagai satu legasi beratus tahun yang cuma ada di beberala negara sahaja.

Atau ada kepentingan lain....

Jambatan hari hari sesak dengan kenderaan tidak di atasi sebalik nya perkhidmatan feri di tamat kan.

Ini kah jenama2 daging import yang kontroversi masa kini?
26/12/2020

Ini kah jenama2 daging import yang kontroversi masa kini?

26/12/2020

JAWAPAN UNTUK KHALID SAMAD

Khalid samad kata, mereka yg tolak 'Grand Coalition" kena buktikan jumlah 92 MP lebih kuat dari 108.

Jawapannya, 92 itu lebih berkualiti dan diyakini berbanding dengan 108 kerana dlm 108 itu ada puak yang bawa 'virus khianat".

Khalid kata lagi, Mahathir memang nak bunuh Umno. Betul, saya setuju mmg Mahathir mahu bunuh Umno bahkan mahu bunuh PH juga. Beliau mahu jadi PM tanpa parti yg dinamakan kerajaan perpaduan.

Itu jawapan untuk Khalid. Jangan kita keliru dengan pemuja Mahathir.

WFAUZDIN NS

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/26/anwar-gesa-heret-dalang-kartel-seludup-daging-ke-m...
26/12/2020

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/26/anwar-gesa-heret-dalang-kartel-seludup-daging-ke-mahkamah/

Anwar gesa heret dalang kartel seludup daging ke mahkamah

FMT Reporters - December 26, 2020

PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggesa kerajaan segera menjalankan siasatan dan mengheret dalang di sebalik aktiviti penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk yang diragui status halal dan kualitinya.

Beliau berkata, kakitangan agensi kerajaan yang terlibat juga perlu diheret ke muka pengadilan.

“Ini ternyata satu kegiatan yang tidak bermoral tatkala kita harus pertingkatkan segala usaha dan upaya kita dalam memerangi rasuah dan kebobrokan.

“Kakitangan kerajaan ini mudah dibeli sekali gus mengabaikan tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat.

“Skandal ini ternyata telah merobek reputasi dan imej institusi itu yang diamanahkan untuk memulia dan meningkatkan darjat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat ulasan dan pandangan berkaitan isu daging seludup kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kredibiliti kes.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Abdul Aziz Jusoh berkata, kes masih dalam siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan semua pihak diminta menghormati tindakan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Media sebelum ini melaporkan kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil, dan Argentina sebelum membungkusnya semula dengan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Kakitangan agensi kerajaan yang terlibat juga perlu diheret ke muka pengadilan.

Address

Zimbabwe

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Minda Anak Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share