14/07/2026
MATRADE Dubai extends its heartfelt congratulations to YBhg. Dato’ Abu Bakar Yusof, Chief Executive Officer of MATRADE, on being conferred the title of Dato’.
A well-deserved recognition of your exemplary leadership, dedication and service. Wishing you continued success and many more achievements ahead.
MATRADE merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ Abu Bakar Yusof, atas pengurniaan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) yang membawa gelaran Dato’, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kepimpinan, dedikasi serta sumbangan beliau dalam memperkukuh pembangunan perdagangan antarabangsa Malaysia dan memacu kecemerlangan MATRADE.
Semoga YBhg. Dato’ Abu Bakar Yusof terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang menerajui MATRADE ke arah kejayaan yang lebih gemilang.