Consulate General of Malaysia Melbourne

Consulate General of Malaysia Melbourne The Malaysian Consulate in Melbourne renders services and supports more than 50000 Malaysians in VIC

04/09/2026
31/08/2026



Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Hari penuh bermakna ini mengingatkan kita kepada perjuangan, pengorbanan, dan tekad para pejuang tanah air yang telah memerdekakan negara tercintaβ€”Malaysia!

Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Wisma Putra dan pejabat Perwakilan di luar negara merakamkan salam kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat terus memperteguh nilai perpaduan, kecintaan, dan kesetiaan kita terhadap negara.

Hayati erti kemerdekaan, raikan kebersamaan, dan kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga! πŸ”΄βšͺπŸ”΅πŸŸ‘

27/08/2026
21/08/2026
21/08/2026

Here are the top suburbs and localities for people born in Malaysia in each state and territory. Robinvale takes the top spot with 12.2% of its residents born in Malaysia!

11 August was Census night. If you still need to complete your form go to census.abs.gov.au/help

21/08/2026

π— π—”π—žπ—Ÿπ—¨π— π—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—¨π—§π—¨π—£π—”π—‘ π—¦π—˜π— π—˜π—‘π—§π—”π—₯𝗔 π—žπ—”π—¨π—‘π—§π—˜π—₯ 𝗣𝗔𝗦𝗣𝗒π—₯𝗧

Fasa 9 penutupan sementara kaunter perkhidmatan pasport akan dilaksanakan mulai 22 Ogos 2026 hingga 24 Ogos 2026, melibatkan Pejabat Atase Imigresen di Melbourne, London dan New York bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan.

Sepanjang tempoh tersebut, urusan permohonan pasport di kaunter dan MyOnline Pasport serta percetakan pasport di Pejabat Atase Imigresen yang terlibat tidak dapat dilaksanakan.

Orang ramai dinasihatkan untuk merancang urusan pasport lebih awal dan merujuk saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk maklumat lanjut.

Kerjasama dan perhatian anda amat dihargai.

12/08/2026

ππŒπ€ 𝟏𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πƒπˆπ“π„π‘π”π’πŠπ€π

Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi tempoh 10 tahun kekal diteruskan dan ditawarkan seperti biasa. Penyeragaman yang dilaksanakan hanya melibatkan tempoh sah laku PMA yang melebihi tempoh 10 tahun.

βœ… PMA 5 TAHUN β€” KEKAL
βœ… PMA 10 TAHUN β€” KEKAL
❌ PMA dengan tempoh sah laku MELEBIHI 10 TAHUN β€” DIHENTIKAN

Pemegang PMA sedia ada yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun akan diberikan penggantian pasport secara PERCUMA dengan tempoh sah laku maksimum 10 tahun serta diberikan keutamaan dalam urusan penggantian pasport.

JIM turut bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi membantu pengembara warga Malaysia yang terjejas di luar negara.

Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi JIM bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.




08/08/2026

[Eng available below]

Perjalanan 59 tahun integrasi serantau ASEAN membuktikan bahawa kekuatan perpaduan bermula apabila lima negara memilih wadah kerjasama yang dipelopori pemimpin-pemimpin pengasas termasuk Tun Abdul Razak dari Malaysia. Kerjasama ini terus menguatkan Kepusatan ASEAN (ASEAN Centrality) serta memperkukuh kerangka perundangannya menerusi Piagam ASEAN. Asas bersejarah yang terbina melalui pemeteraian Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) serta penganjuran Sidang Kemuncak Asia Timur julung kalinya sewaktu Kepengerusian ASEAN Malaysia pada tahun 2005.

Malaysia kekal komited memacu agenda masa depan menerusi hala tuju strategik Visi Komuniti ASEAN 2045 dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau, integrasi ekonomi, dan kerjasama sosio-budaya. Selamat Hari ASEAN ke-59, bersama-sama kita terus mengemudi masa hadapan!

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

Marking 59 years of regional integration, ASEAN's journey began when five nations chose cooperation, anchored by founding leaders like Malaysia's Tun Abdul Razak. Through pivotal milestones, from establishing landmark agreements such as the Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia (TAC) to hosting the inaugural East Asia Summit during Malaysia's Chairmanship 2005, the region continuously elevated ASEAN Centrality while laying strong legal foundations via the ASEAN Charter.

Malaysia continues driving a forward-looking agenda under the ASEAN Community Vision 2045 in maintaining regional peace and stability, economic integration and socio-cultural cooperation. Happy 59th ASEAN Day as we continue navigating our future, together!

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒ

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Luka Nis Man

Address

16 Claremont Street
South Yarra, VIC
3141

Opening Hours

Monday 9:30am - 12pm
2:30pm - 3:30pm
Tuesday 9:30am - 12pm
2:30pm - 3:30pm
Wednesday 9:30am - 12pm
2:30pm - 3:30pm
Thursday 9:30am - 12pm
2:30pm - 3:30pm
Friday 9:30am - 12pm
2:30pm - 3:30pm

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Consulate General of Malaysia Melbourne posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share