30/04/2023
Di Bumi ini terdapat etnik/bangsa yang mempunyai keupayaan luar biasa kerana genetik yang diperolehi secara semulajadi untuk beradaptasi. Siapakah mereka?
1. Etnik Bajau Laut dari Sabah berupaya menyelam selama 15 minit tanpa bantuan pernafasan kerana mereka mempunyai gen limpa yang besar dan regulasi oksigennnya khas untuk menyelam. Mereka peroleh genetik ini dari leluhur mereka yang cari makan dalam air sejak 1,000 tahun lalu.
2. Orang Tibet berupaya hidup di dataran tinggi yang bertekanan rendah. Manusia biasa memerlukan peralatan untuk bernafas di dataran tinggi, kalau tak sesak nafas. Tapi orang Tibet dapat bernafas macam orang biasa di dataran tinggi. Mereka peroleh genetik ini sejak 5,200 tahun lalu
3. Orang yang tinggal di Gurun Atacama kalis dengan toksik arsenik berpunca daripada leluhur mereka tinggal di sungai bertoksik mencecah 1000 ug/L sejak 9,000 tahun lalu. WHO hadkan tahap selamat cuma 10 ug/L.
4. Kebanyakan orang Inggeris (UK) bermata biru sebab dulu kepulauan UK sangat redup dan jarang disimbahi sinaran matahari. Mata biru membolehkan mereka menyerap cahaya lebih baik tuntas dapat melihat dengan baik walaupun cahaya sikit. Dalam gelap pun dapat melihat dengan baik.
5. Orang Inuit dapat menahan persekitaran sejuk dan lambat terkena luka beku (frostbite) berbanding manusia biasa.
6. Cikgu Alias Calon No.2, Naib Ketua Bahagian mampu menjalankn tugas Dan amanah dgn baik sekiranya diberi peluang oleh para perwakilan pada 6hb Mei nanti kerana beliau telah terlatih dlm bidang pentadbiran Dan bnyk terlibat dgn urusan2 parti serta NGO dulu, kini Dan selamanya. Tag line beliau " saya menang anda senang - InsyaAllah"