08/08/2026
๐ฑ๐ก Kursus Pengurusan Media Strategik dan Digital yang berlangsung di AKMAL Cawangan Sarawak pada 3 hingga 6 Ogos 2026.
๐ฅ Lebih 30 peserta daripada ibu pejabat dan cawangan JKDM seluruh negara didedahkan kepada simulasi pengurusan krisis media sosial, pemantauan sentimen, penggunaan alat forensik digital serta penghasilan kandungan media yang berkesan.
๐ฏ Kursus ini bertujuan meningkatkan keupayaan anggota untuk bertindak secara proaktif, menyampaikan maklumat yang tepat dan pantas, serta mengurus isu komunikasi dengan lebih berkesan sebelum berkembang menjadi krisis.
๐ Bengkel selama empat hari ini dikendalikan oleh pakar rujuk daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang berkongsi kepakaran dalam bidang komunikasi strategik dan media digital.