22/08/2026
🎓 Tahniah Graduan STEP MARA 🇲🇾🇯🇴
Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara Muhammad Ajwad Zuhdi bin Mohd Shaubary, graduan tajaan STEP MARA dari Universiti Mu’tah, Karak, Jordan, yang telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dengan pencapaian "MUMTAZ".
Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, ketekunan dan komitmen tinggi beliau sepanjang empat tahun menuntut ilmu di Jordan.
Ucapan penghargaan kepada MARA:
“Alhamdulillah, saya Ajwad Zuhdi, graduan Universiti Mu’tah Jordan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) atas kepercayaan, sokongan dan tajaan yang diberikan sepanjang empat tahun saya menuntut ilmu di Jordan. Tajaan ini amat membantu kami para pelajar untuk terus fokus dalam pengajian tanpa perlu terlalu memikirkan soal keperluan kehidupan sepanjang berada di perantauan.
Saya percaya, inisiatif seperti ini wajar diteruskan agar lebih ramai pelajar pada masa akan datang dapat merasai manfaat yang sama. Terima kasih MARA kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami dan membantu merealisasikan impian untuk menuntut ilmu di luar negara. Segala jasa dan kepercayaan yang diberikan amat kami hargai. Terima kasih MARA!”
Pejabat MARA Mesir amat berbangga dengan pencapaian saudara Ajwad Zuhdi dan mendoakan agar ilmu serta kejayaan yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.
Tahniah sekali lagi, saudara Muhammad Ajwad Zuhdi! 🌟
Semoga terus melakar kejayaan pada masa hadapan.
بارك الله فيكم ووفقكم الله لما فيه الخير والنجاح
Pejabat MARA Mesir
Ogos 2026