03/09/2026
Mereka datang membawa harapan,
Kita menyambut dengan pengorbanan.
Bukan sekadar membersih dan menyusun,
tetapi tanda kasih sebuah ikatan.
Yang kita sapu bukan sekadar debu,
yang kita susun bukan sekadar ruang.
Tapi setiap usaha menjadi tanda restu,
menyambut insan yang bakal bernaung.
Kita siapkan tempat untuk mereka,
agar mereka tiba dengan rasa dihargai.
Kerana di bumi Mesir yang jauh di mata,
keluarga Kedah sentiasa dekat di hati.
Kita siapkan tempatnya,
mereka akan mengisi ceritanya.
Dan suatu hari nanti,
mereka p**a akan menyambut yang seterusnya.
Inilah keluarga Kedah di bumi Mesir.
[ MAKLUMAN | GOTONG-ROYONG PERDANA ASRAMA DARUL AMAN ]
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sukacita dimaklumkan bahawa Badan serta Unit Perumahan dan Rehlah, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) sesi 2025/2026, dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Kedah, akan menganjurkan Gotong-royong Perdana Asrama Darul Aman bersempena menyambut ketibaan mahasiswa dan mahasiswi baharu bagi sesi 2026/2027.
📌 MAKLUMAT PROGRAM
Hari: Sabtu
Tarikh: 5 September 2026
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Semua Asrama Darul Aman, Kaherah
Marilah kita bersama-sama meluangkan masa, menyumbang tenaga dan saling membantu dalam memastikan kawasan serta kemudahan asrama berada dalam keadaan bersih, kemas dan selesa bagi menyambut kehadiran mahasiswa dan mahasiswi baharu.
Ayuh, kita semarakkan semangat gotong-royong, kebersamaan dan ukhuwah demi keselesaan bersama. Kehadiran dan sumbangan tenaga daripada semua amatlah dihargai.
Anjuran:
Badan serta Unit Perumahan dan Rehlah, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Kedah
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Memantapkan Ukhuwah dan Thaqafah, Terbina Legasi Perpaduan”
"BERSATU DAN BERJUANG"