24/08/2026
Maulidur Rasul SAW: Meneladani Kepimpinan, Menyemai Perpaduan
Maulidur Rasul SAW mengingatkan kita akan keperibadian dan kepimpinan Rasulullah SAW yang sentiasa berteraskan hikmah, keadilan, kasih sayang dan sikap saling menghormati.
Daripada sirah Baginda, kita belajar bahawa perpaduan tidak terbina hanya dengan persamaan, tetapi melalui kesediaan untuk memahami perbezaan, menghormati antara satu sama lain dan mengutamakan kepentingan bersama.
Dalam kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW menjadi pedoman untuk kita membina hubungan yang lebih erat, memperkukuh semangat kebersamaan serta mewujudkan masyarakat yang harmoni dan saling menyokong.
Semoga sambutan Maulidur Rasul SAW menjadi ruang untuk kita menghayati dan mengamalkan sunnah serta akhlak Baginda dalam kehidupan seharian, demi membina masyarakat yang bersatu, penyayang dan sejahtera.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
------------------------------------------
Maulidur Rasul SAW: Embracing Leadership, Inspiring Unity*
Maulidur Rasul SAW reminds us of the exemplary character and leadership of Prophet Muhammad SAW, founded upon wisdom, justice, compassion and mutual respect.
Through the life and teachings of the Prophet, we learn that unity is not built solely upon our similarities, but through our willingness to understand differences, respect one another and place the common good above ourselves.
In our communities, the values demonstrated by the Prophet SAW serve as a guiding light in strengthening relationships, fostering a spirit of togetherness and building a harmonious society where everyone supports and cares for one another.
May this Maulidur Rasul SAW inspire us to reflect upon and embody the values and noble character of Prophet Muhammad SAW in our daily lives, towards building a united, compassionate and prosperous society.
May peace and blessings be upon our beloved Prophet Muhammad SAW.