PERWAKILAN Hong Kong SAR

PERWAKILAN Hong Kong SAR Ladies Association of the Ministry of Foreign Affairs of Malaysia - Hong Kong chapter

๐ŸŽ‚๐Ÿ’ Selamat Hari Lahir, Puan Intan Zalani! ๐Ÿ’๐ŸŽ‚Semoga hari ini dilalui dengan kegembiraan, senyuman dan kenangan manis disa...
02/08/2026

๐ŸŽ‚๐Ÿ’ Selamat Hari Lahir, Puan Intan Zalani! ๐Ÿ’๐ŸŽ‚

Semoga hari ini dilalui dengan kegembiraan, senyuman dan kenangan manis disamping keluarga. Didoakan juga Puan dikurniakan kesihatan yang baik, ceria, dan kejayaan yang berterusan.

Hari yang istimewa ini seindah keperibadian Puan yang penuh inspirasi. ๐ŸŒน

25/07/2026

24 Julai 2026 - Mesyuarat PERWAKILAN Hong Kong Bil.3/2026

Mesyuarat PERWAKILAN Hong Kong Bil.3 tahun 2026 telah diadakan pada 24 Julai 2026 bertempat di kafe CHAGEE Lee Tung Avenue, Wan Chai, Hong Kong. Mesyuarat dihadiri seramai tujuh orang ahli yang telah dipengerusikan oleh Puan Idawati Zakariah, Pengerusi PERWAKILAN Hong Kong. Mesyuarat kali ini membincangkan program yang bakal dianjurkan bagi suku tahun ketiga dan keempat.




04/07/2026

Selamat Hari Lahir Puan Idawati Zakaria!

Semoga Puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan, serta kejayaan dalam setiap langkah kehidupan.

Terima kasih atas dedikasi dan sumbangan yang tidak ternilai.

01/07/2026

๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡ฐ Celebrating the 29th Anniversary of the Establishment of the Hong Kong SAR!

We extend our warmest congratulations to the people of Hong Kong. May Hong Kong continue to enjoy prosperity and success in the years ahead.

Malaysia remains committed to strengthening our longstanding friendship and mutually beneficial cooperation with Hong Kong.

๐Ÿ’ Selamat Hari Bapa 2026 ๐Ÿ’Sambutan Hari Bapa Kebangsaan 2026 mengangkat tema โ€œSehebat KASIH Bapaโ€ yang mengangkat nilai ...
21/06/2026

๐Ÿ’ Selamat Hari Bapa 2026 ๐Ÿ’

Sambutan Hari Bapa Kebangsaan 2026 mengangkat tema โ€œSehebat KASIH Bapaโ€ yang mengangkat nilai pengorbanan, ikatan kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah yang menjadi pelindung serta sumber kekuatan keluarga.

Bapa adalah guru pertama tentang kehidupan. Melalui nasihat, teladan dan pengalaman dari seorang bapa, anak-anak mengenal erti tanggungjawab, keberanian dan nilai kehidupan.

Terima kasih kepada semua bapa yang sentiasa menjadi sumber inspirasi dalam membentuk generasi masa hadapan.





20/06/2026

19 Jun 2026 - Gotong-royong penyediaan makanan untuk pasukan Merdeka Paddlers

PERWAKILAN Hong Kong berbesar hati menyediakan makanan untuk pasukan Merdeka Paddlers yang menyertai Shangri-La Stanley International Dragon Boat Championship bersempena pesta Dragon Boat.

Makanan telah disediakan secara gotong-royong di Rumah Malaysia yang diketuai oleh Pengerusi PERWAKILAN, Puan Idawati Zakariah bersama-sama ahli PERWAKILAN yang lain.

Selamat berjuang & semoga berjaya diucapkan kepada pasukan Merdeka Paddlers!!!




19 Jun 2026 - Selamat Menyambut Pesta Duanwu / Dragon Boat Festival 2026  Masyarakat Cina di seluruh dunia akan meraikan...
18/06/2026

19 Jun 2026 - Selamat Menyambut Pesta Duanwu / Dragon Boat Festival 2026

Masyarakat Cina di seluruh dunia akan meraikan Pesta Duanwu, dikenali juga sebagai Dragon Boat Festival.

Aktiviti utama adalah perlumbaan perahu naga dan hidangan kuih pulut berinti ataupun zongzi yang dibalut dengan daun buluh adalah hidangan utama semasa perayaan.

Pesta ini bukan sahaja memperingati sejarah dan budaya, tetapi juga menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim dalam masyarakat setempat.




18/06/2026

18 Jun 2026 - ๐Ÿ’ Penyerahan Cenderahati Sempena Hari Bapa 2026 ๐Ÿ’

Sempena sambutan Hari Bapa yang akan datang pada 21 Jun 2026 dengan tema โ€œSehebat KASIH Bapaโ€, PERWAKILAN Hong Kong berbesar hati menyediakan cenderahati untuk semua pegawai, kakitangan dan pasangan lelaki di Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong.

Konsul Jeneral Muzambli Markam selaku Penaung PERWAKILAN Hong Kong telah menyempurnakan penyerahan cenderahati sebagai tanda ingatan dan penghargaan.

Pohon beringin tempat bersandar,
Tempat berteduh si burung tempua,
Pengorbanan bapa tak pernah pudar,
Siang dan malam mencari semua.





03/06/2026

01 June 2026 - Lawatan ke Spa

Seramai 6 ahli perwakilan telah mengadakan lawatan santai ke Hongyi Health Club Shenzhen, yang diketuai oleh Puan Idawati Zakaria. Setiap ahli menikmati rawatan spa yang menenangkan serta peluang untuk berehat daripada kesibukan harian. Lawatan ini berakhir dengan makan tengah hari di Restoran Halal Zhongfayuan.



Address

50 Gloucester Road
Wan Chai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERWAKILAN Hong Kong SAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share