JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR Platform media sosial rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBS JOHOR) bagi berkongsi maklumat dan info.

๐Ÿ“ Pemantauan Pembangunan Daerah Kota TinggiKomitmen memastikan pembangunan belia dan sukan terus diperkasa diterjemahkan...
05/08/2026

๐Ÿ“ Pemantauan Pembangunan Daerah Kota Tinggi

Komitmen memastikan pembangunan belia dan sukan terus diperkasa diterjemahkan melalui pemantauan berterusan di lapangan. Bersama kita memperkukuh jaringan kerjasama demi kesejahteraan komuniti. ๐Ÿ’ช๐Ÿฝ๐Ÿก

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YBrs. Encik Zurihanmi Bin Zakariya, telah mengadakan sesi pemantauan pembangunan di sekitar Kampung Lukut, FELDA Bukit Besar, Sungai Siput serta Wisma Majlis Belia Daerah Kota Tinggi.

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan pembangunan, menilai keperluan semasa di lokasi terlibat serta memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan demi manfaat masyarakat. Pemantauan berterusan ini turut mencerminkan komitmen JBS Johor dalam memperkukuh pembangunan belia dan sukan serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, responsif dan berimpak kepada komuniti.

Demi belia dan sukan, JBSN bersama ๐Ÿ’ช



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Zurie Hanmi

SABTU NI KITA GEGARKAN TMIYC ISKANDAR PUTERI! ๐Ÿ”ฅKalau korang masih tak ada plan hujung minggu, inilah port yang wajib sin...
04/08/2026

SABTU NI KITA GEGARKAN TMIYC ISKANDAR PUTERI! ๐Ÿ”ฅ

Kalau korang masih tak ada plan hujung minggu, inilah port yang wajib singgah! ๐ŸŽ‰

๐ŸŽฎ Esports Tournament (PUBG)
๐Ÿ”› Pound Fit
๐Ÿ’ผ Youth Upskill
๐Ÿค Youth Gathering & Town Hall
๐Ÿฐ๐Ÿฎ Jualan Makanan Viral
๐ŸŽช Aktiviti & pengalaman menarik sepanjang hari

Bawa geng, bawa family, datang ramai-ramai dan jadi sebahagian daripada Festival Belia Johor 2026.

Jangan nanti dh scroll media sosial lepas event.. update cakap, โ€œRugi tak pergi.โ€ ๐Ÿ˜‰

๐Ÿ“… Sabtu | 8 Ogos 2026
โฐ 7.30 pagi hingga 12.00 malam
๐Ÿ“ TMIYC Iskandar Puteri, Johor

Masuk PERCUMA!

Pelbagai Merchandise boleh bawa pulang & ๐ŸŽ Cabutan Bertuah untuk dimenangi

Jumpa korang di sana! ๐Ÿ’ฅ

Johor Bahru, 2 Ogos 2026 โ€“ Program Kelas Latihan Asas Sukan Orang Kurang Upaya (KLAS OKU) Peringkat Negeri Johor 2026 ba...
02/08/2026

Johor Bahru, 2 Ogos 2026 โ€“ Program Kelas Latihan Asas Sukan Orang Kurang Upaya (KLAS OKU) Peringkat Negeri Johor 2026 bagi sukan Stacking telah berjaya diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Sukan Stacking Negeri Johor ini bertujuan memberi pendedahan serta latihan asas sukan stacking kepada peserta daripada pelbagai kategori Orang Kurang Upaya (OKU), sekali gus menggalakkan penyertaan aktif mereka dalam bidang sukan.

Sepanjang program berlangsung, peserta turut menyertai sesi mini pertandingan stacking yang diadakan sebagai platform untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari, di samping memupuk semangat kesukanan, keyakinan diri serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan yang telah disempurnakan oleh Encik Zulkifli bin Pilos, Pegawai Belia dan Sukan, Cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.



๐ŸŒธ JOM SERTAI KELAS ASAS MAKEUP PERCUMA! ๐Ÿ’„โœจNak belajar teknik solekan asas dengan betul? Inilah peluang anda!๐Ÿ“… Tarikh: 8 ...
31/07/2026

๐ŸŒธ JOM SERTAI KELAS ASAS MAKEUP PERCUMA! ๐Ÿ’„โœจ

Nak belajar teknik solekan asas dengan betul? Inilah peluang anda!

๐Ÿ“… Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•™ Masa: 10.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: TMIYC Iskandar Puteri, Johor Bahru

๐Ÿ‘ฉ Terbuka kepada belia wanita berumur 15โ€“30 tahun
๐ŸŽŸ๏ธ Yuran: PERCUMA
๐Ÿ‘ฅ Terhad kepada 40 peserta terawal sahaja!

๐Ÿ’‹ Pelajari teknik solekan asas selama 2 jam bersama tenaga pengajar.
๐Ÿ‘œ Peserta perlu membawa peralatan makeup sendiri.

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang dengan mengimbas Kod QR pada poster!
Jangan tunggu lama, tempat adalah terhad.

Sebarang pertanyaan:
๐Ÿ“ž Puan Amira: 011-36563671

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Zurie Hanmi

31/07/2026

HBH bukan sekadar bekerja dari lokasi berbeza. Ia memerlukan kepimpinan yang berkesan.

Di bawah PPSM Ceraian SR.4.1.3 Perenggan 12, Ketua Jabatan memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) berjalan dengan teratur serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat kekal cekap dan berkesan.

Apakah tanggungjawab Ketua Jabatan?

Jom baca dan fahami bersama.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











TAHNIAHSetinggi-tinggi Tahniah dan Syabaskepada semua penerima daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri JohorANUGERAH PER...
30/07/2026

TAHNIAH

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas
kepada semua penerima daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2025
DAN APRESIASI 2026

Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti, profesional dan berprestasi tinggi demi kecemerlangan organisasi serta kesejahteraan masyarakat.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor

30/07/2026
Integriti bermula daripada diri sendiri. Bersama kita membudayakan amanah, telus dan bertanggungjawab demi perkhidmatan ...
28/07/2026

Integriti bermula daripada diri sendiri. Bersama kita membudayakan amanah, telus dan bertanggungjawab demi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat ๐Ÿ”ฅโšก๏ธ

Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi Julai 2026 menjadi medan menyatukan langkah, memperkukuh iltizam dan menyemarakkan semangat warga JBS Johor.

YBrs. Encik Zurihanmi Bin Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, dalam amanatnya menegaskan agar seluruh warga JBS Johor terus menghayati nilai integriti, mempertingkatkan profesionalisme serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, responsif dan berkesan demi memenuhi keperluan serta ekspektasi semua pemegang taruh.

Berlangsung di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Johor, perhimpunan dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan turut disertai warga JBS Johor di setiap daerah.

Demi belia dan sukan, JBSN bersama ๐Ÿ’ช



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Zurie Hanmi

LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026Skudai, Johor | 27 Julai 2026Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Johor 2...
27/07/2026

LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

Skudai, Johor | 27 Julai 2026

Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Johor 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, melibatkan penyertaan seramai 572 peserta dari seluruh Johor.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Zurihanmi bin Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Keputusan Kejohanan:

โšฝ Futsal Lelaki
๐Ÿฅ‡ Johor Bahru A
๐Ÿฅˆ Muar A
๐Ÿฅ‰ Johor Bahru B & Batu Pahat A

๐Ÿ Bola Jaring Wanita
๐Ÿฅ‡ Kota Tinggi A
๐Ÿฅˆ Johor Bahru A
๐Ÿฅ‰ Johor Bahru B & Segamat A

๐Ÿ Bola Tampar Lelaki
๐Ÿฅ‡ Johor Bahru A
๐Ÿฅˆ Batu Pahat A
๐Ÿฅ‰ Johor Bahru B & Mersing A

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta, pegawai, pengadil, sukarelawan serta urus setia yang telah menjayakan penganjuran kejohanan ini.

"Majulah Sukan Untuk Semua."






Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Zurie Hanmi

Address

Cisaat

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:30

Telephone

+6072232614

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR:

Shortcuts

Share