11/12/2025
Sesi Town hall Bersama Peniaga Bazar Karat JB
Pada 10/12/2025, MBJB telah menganjurkan sesi town hall bersama-sama peniaga Bazar Karat JB bagi memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan pemindahan sementara tapak perniagaan di Jalan Duke dan perancangan masa depan Bazar Karat JB di lokasi kekal di Jalan Syed Mohamed M***i.
Alhamdulillah, sesi penerangan berjalan dengan lancar, dan semua pihak memberikan respon yang cukup baik dan memahami keperluan untuk pemindahan dilaksanakan.
MBJB sedang dalam perancangan dalam melaksanakan penstrukturan, penyegaran dan penjenamaan semula pusat bandar supaya lebih tersusun, bersih, berbudaya dan menarik dengan elemen- elemen tarikan yang pelbagai.
MBJB juga mengulangi komitmen untuk membantu pihak peniaga di tapak sementara dengan menambaik baik pencahayaan, pemasangan lampu limpah, membina dan membaik pulih tangga, mencantas pokok dan lain-lain lagi.
Bazar Karat JB telah menjadi ikon kepada bandar raya Johor Bahru dan MBJB berhasrat untuk terus menjadikan bazar ini sebagai salah satu tarikan pelancong yang bukan sahaja berwajah baru dan tersusun, tetapi juga dengan konsep dan pengurusan yang lebih cekap.
Saya mengucapkan terima kasih kepada peniaga-peniaga yang hadir, pihak persatuan, wartawan yang membuat liputan serta semua pihak yang terlibat.
Semoga sesi penerangan pada hari ini dapat menghilangkan keraguan dan syak wasangka dan menjernihkan keadaan. Amin.