Pemuda Johor

Pemuda Johor Akaun Rasmi Pergerakan Pemuda BN Negeri Johor

Selamat Ulang Tahun ke-52 Barisan Nasional!Daripada seluruh warga Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Johor, kami merakam...
01/06/2026

Selamat Ulang Tahun ke-52 Barisan Nasional!

Daripada seluruh warga Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Johor, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pejuang, pemimpin dan pendukung yang telah mencurahkan tenaga serta pengorbanan dalam memperkukuhkan perjuangan Barisan Nasional selama 52 tahun.

Perjalanan ini dibina atas asas khidmat, kestabilan dan kepercayaan rakyat. Dengan semangat generasi baharu, Pemuda BN Johor akan terus melangkah ke hadapan, membawa idealisme anak muda serta meneruskan legasi perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.

52 Tahun Berbakti. 52 Tahun Dipercayai. 52 Tahun Bersama Rakyat.

Selamat Ulang Tahun ke-52 Barisan Nasional.

“Dulu, Kini dan Selamanya.”

29/05/2026
Salam Aidiladha 1447H / 2026M“Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati erti sebenar pengorbanan, keikh...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M

“Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan dalam membina ummah serta memperkukuhkan bangsa dan negara.

Aidiladha mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan kesabaran, pengorbanan dan keimanan yang teguh. Semoga semangat ini terus menyatukan seluruh rakyat Johor, khususnya anak-anak muda, untuk terus melangkah bersama demi masa depan yang lebih baik.

Saya mewakili seluruh saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Johor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta membawa keberkatan, keamanan dan kesejahteraan buat kita semua.

13/05/2026

“𝗖𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗸 𝗦𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮 𝗕𝗶𝗸𝗶𝗻”

1. Di Pahang ada 2 ADUN lantikan yang mewakili PH. Seorang dari PKR, seorang dari Amanah. Manakala di Sabah, Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu dilantik sebagai ADUN lantikan.

2. Alih-alih, bila Johor nak perkenalkan ADUN lantikan, melalak-lalak pimpinan PH Johor tak setuju.

3. Seolah-olah PH di Johor ni berbeza pendirian dengan PH di Pahang mahupun Sabah.

4. Cubalah kalau MB Johor beri jaminan pada PH Johor akan dapat jawatan ADUN lantikan tu? PKR Johor dapat satu, Amanah dapat satu dan DAP dapat satu.

5. Mesti nada dan pendiriannya berbeza tak?

6. Inilah bukti politik pilih bulu PH.

7. Cakap tak serupa bikin.

Noor Azleen Ambros
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor
13 Mei 2026

“80 tahun bukan sekadar angka, tetapi lambang perjuangan, kesetiaan dan pengorbanan generasi demi generasi dalam mempert...
11/05/2026

“80 tahun bukan sekadar angka, tetapi lambang perjuangan, kesetiaan dan pengorbanan generasi demi generasi dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Pemuda Johor akan terus berdiri teguh sebagai suara anak muda, membawa semangat pembaharuan tanpa melupakan akar perjuangan yang telah dibina sejak dahulu.

Sempena ulang tahun ke-80 ini, marilah kita melangkah bersama dengan tekad baharu memperkukuh perpaduan, memimpin perubahan dan memastikan masa depan Johor serta negara terus gemilang.

‘Segalanya Bermula Di Sini’ dan perjuangan ini akan terus hidup dalam jiwa anak muda Johor.”

09/05/2026

Kenyataan Kor Ming dilihat tidak konsisten dan bersifat selektif, seolah-olah mengguna pakai standard berbeza mengikut negeri dan keadaan politik semasa.

09/05/2026

Antara liputan media berkaitan :

𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗖𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗞𝗼𝗿 𝗠𝗶𝗻𝗴: 𝗗𝗲𝘀𝗮𝗸 𝗔𝗗𝗨𝗡 𝗟𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗛 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗟𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴

Malaysia Gazette : https://malaysiagazette.com/2026/05/09/pemuda-umno-johor-cabar-kor-ming-desak-adun-lantikan-ph-di-pahang-sabah-letak-jawatan/

Sinar Harian : https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/779118

Free Malaysia Today : https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/05/09/nga-panned-over-inconsistent-stand-on-appointed-reps

NST : https://www.nst.com.my/news/nation/2026/05/1435735/inconsistent-and-selective-johor-umno-youth-hits-back-nga-over

Oh My Media : https://ohmymedia.cc/pemuda-umno-johor-cabar-kor-ming-gesa-adun-lantikan-ph-di-pahang-sabah-letak-jawatan

Kenyataan Media Pemuda UMNO Negeri Johor menyokong penuh rang undang-undang (RUU) pindaan enakmen negeri bagi membolehka...
07/05/2026

Kenyataan Media Pemuda UMNO Negeri Johor menyokong penuh rang undang-undang (RUU) pindaan enakmen negeri bagi membolehkan DUN Johor membuat pelantikan lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara lantikan.

Selamat Hari Pekerja 2026Pergerakan Pemuda UMNO Johor mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja di s...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026

Pergerakan Pemuda UMNO Johor mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja di segenap lapisan.

Setinggi-tinggi penghargaan atas segala usaha, dedikasi dan pengorbanan yang dicurahkan dalam memacu pembangunan negeri dan negara.

Anda semua adalah tulang belakang yang menggerakkan ekonomi Johor dan Malaysia.

Jasa anda amat dihargai. Teruskan berbakti demi masa depan Johor yang lebih maju, makmur dan gemilang.

Ikhlas daripada
Pergerakan Pemuda UMNO Johor

20/02/2026

Address

Cisaat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda Johor:

Share