31/07/2026
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI JOHOR TAHUN 2026
30 Julai, Johor Bahru – TWRJ telah menyalurkan tajaan berjumlah RM200,000.00 kepada Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2025 Kali Ke-18. Sumbangan ini merupakan manifestasi komitmen TWRJ dalam memperkasa pendidikan Islam di Negeri Johor serta menghargai kecemerlangan para pelajar, huffaz dan institusi pendidikan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai peperiksaan, antaranya Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), Sijil Darjah Khas Agama (SDKA), Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Program Tahfiz Al-Quran Johor (PROTAJ) bagi tahun 2025.
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor. Turut hadir ialah Tuan Haji Rudy Rizal bin Mohd Hanapi, Timbalan Pengurus Besar PIJ sebagai wakil rasmi Pengurus Besar dan Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ.
Seramai 257 penerima telah diraikan atas pencapaian cemerlang mereka, melibatkan pelbagai kategori individu dan sekolah. Tahniah juga diucapkan kepada 10 buah Sekolah Terbaik Negeri Johor yang telah membuktikan kecemerlangan melalui prestasi akademik yang membanggakan. Sebagai tanda penghargaan, setiap sekolah menerima sumbangan RM5,000.00 bagi menghargai usaha dan dedikasi seluruh warga sekolah.
Sesungguhnya, setiap sumbangan wakaf merupakan pelaburan berterusan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Tahniah kepada semua penerima anugerah, para guru, ibu bapa serta seluruh warga sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkasa pendidikan Islam dan melahirkan lebih ramai generasi cemerlang yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negeri. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keberkatan serta ganjaran berterusan di sisi Allah SWT.
YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi
YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid