Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor, Government Organization, Cisaat.

Memberi perkhidmatan Perlindungan Tanaman kepada semua pihak yang memerlukan dalam semua sektor dan melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, Peraturan-peraturan Kuarantin 1981, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1998 dan CITES

24/08/2026
Pejabat Biosekuriti Tumbuhan Johor Bahru mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul ﷺ bagi menyemarakkan kecintaan kepad...
24/08/2026

Pejabat Biosekuriti Tumbuhan Johor Bahru mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul ﷺ bagi menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Tarikh : 24 Ogos, 2026 (Isnin)
Masa. : 9.30-11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Hygrophilla,
Pejabat Biosekuriti Tumbuhan
Johor Bahru

Program di mulakan dengan tayangan video Ceramah Agama oleh Ustaz Hilman Fauzi dengan tajuk ‘Kenapa Kita Harus Cinta Nabi’. Aktiviti seterusnya adalah Selawat ke Atas Nabi.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.”
(Surah Al-Ahzab: 21)

Salam Maulidur Rasul 1448H
Bersama Menghayati Sunnah, Menyemai Cinta kepada Rasulullah SAW.

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS Warga Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor mengucapkan selamat datang dan   mengalu-alu...
20/08/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

Warga Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran pegawai baru : -

Nik Hasrol Bin Zakaria
Pen. Pegawai Pertanian, Gred G5
Pejabat Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor Bahru, Johor

Umi Rashidah Binti Mohd Hadzir
Pen. Pegawai Pertanian, Gred G5
Pejabat Bahagian Bosekuriti Tumbuhan Ayer Hitam, Johor

Selamat menjalankan tugas dengan amanah dan tanggungjawab.
Semoga dipermudahkan segala urusan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor
Jabatan Pertanian Negeri Johor

13 OGOS 2026 (KHAMIS)KURSUS PENGURUSAN PEROSAK TANAMAN DURIANBahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor dengan kerjasama...
14/08/2026

13 OGOS 2026 (KHAMIS)

KURSUS PENGURUSAN PEROSAK TANAMAN DURIAN

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Pontian telah menganjurkan kursus kepada golongan sasar dan pemain industri tanaman durian bagi Daerah Pontian. Kursus ini telah diadakan di Pusat Komuniti Desa Melayu Raya, Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas Pontian dan seramai hampir 40 orang peserta telah menyertai kursus ini.

Kursus ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada golongan sasar berkaitan kehadiran perosak dan penyakit durian , pendedahan berkaitan eksport serta kaedah pengesanan serta kawalan yang berkesan untuk mengawal kemerebakan. Selain itu, diadakan juga Latihan hands on bagi kawalan penyakit Kanker pada batang pokok durian. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat buat semua petani yang hadir.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Pejabat Pertanian Daerah Pontian

11 OGOS 2026 (SELASA)KURSUS PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU  (IPM)Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor dengan kerjasa...
14/08/2026

11 OGOS 2026 (SELASA)

KURSUS PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU (IPM)

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah menganjurkan kursus kepada golongan sasar dan pemain industri tanaman sayur daun dan sayur buah bagi negeri Johor. Kursus ini telah diadakan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dan telah dihadiri seramai 30 orang peserta.

Kursus ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada golongan sasar berkaitan kehadiran perosak dan penyakit serta kaedah pengesanan serta kawalan yang berkesan untuk mengawal kemerebakan. Selain itu, diadakan juga Latihan hands on bagi penggunaan perangkap lalat buah. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat buat semua petani yang hadir.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

19/07/2026

INFO GRAFIK
Edisi 04/2026 Nematod Puru Akar

Sekalung penghargaan buat Yang Berhormat Dato’ Zahari bin Sarip atas perkhidmatan yang cemerlang sepanjang melaksanakan ...
19/07/2026

Sekalung penghargaan buat Yang Berhormat Dato’ Zahari bin Sarip atas perkhidmatan yang cemerlang sepanjang melaksanakan tanggung jawab sebagai Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor. Jasamu Dikenang.. Dato’..

Zahari Sarip.
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor

Tahniah YBhg. Dato’ Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia
14/07/2026

Tahniah YBhg. Dato’ Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia

SEKALUNG TAHNIAH
Jabatan Pertanian merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Nor Sam Binti Alwi atas pengesahan kenaikan pangkat sebagai Pegawai Pertanian Gred Utama A.
Watikah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, dalam satu Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama-sama Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam yang berlangsung di Dewan Sari Damar, Kompleks F, Putrajaya.
Pengesahan jawatan ini merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi, integriti dan kepimpinan cemerlang YBhg. Dato’ dalam menerajui pembangunan sektor pertanian negara.
Dengan pengalaman yang luas serta komitmen yang tinggi terhadap kecemerlangan perkhidmatan awam, YBhg. Dato’ diyakini mampu meneruskan agenda transformasi Jabatan Pertanian ke arah organisasi yang lebih dinamik, berinovasi dan berprestasi tinggi.
Selaras dengan aspirasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), kepimpinan YBhg. Dato’ diharapkan akan terus memperkukuh pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan sektor agromakanan, mempercepat penerapan teknologi serta pendigitalan pertanian, memperkasa pembangunan modal insan dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti tani serta semua pemain industri agromakanan negara.
Semoga amanah yang dipikul diterjemahkan melalui kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan berpaksikan hasil.
Teruslah memimpin dengan iltizam untuk membawa perubahan yang memberi impak nyata kepada organisasi, perkhidmatan awam dan negara, sekali gus memperkukuh sektor pertanian serta menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan negara.
Semoga Allah SWT mengurniakan YBhg. Dato’ kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan, kekuatan dan petunjuk dalam memikul amanah ini, seterusnya memimpin Jabatan Pertanian mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang.
Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Pertanian.


YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin 陈泓缣
YBhg Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Perkhidmatan Awam

📆  25 JUN 2026 (KHAMIS)KURSUS & HANDS ON PEROSAK DAN PENYAKIT PADA TANAMAN JAGUNGBahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Jo...
25/06/2026

📆 25 JUN 2026 (KHAMIS)

KURSUS & HANDS ON PEROSAK DAN PENYAKIT PADA TANAMAN JAGUNG

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat telah menganjurkan kursus kepada golongan sasar dan pemain industri tanaman jagung bagi negeri Johor. Kursus ini telah diadakan di UK Farm Agro Resort, Projek Pertanian Moden Kluang, Batu Pahat Johor.

Kursus ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada golongan sasar berkaitan kehadiran perosak dan penyakit serta kaedah pengesanan serta kawalan yang berkesan untuk mengawal kemerebakan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PEROSAK NEGERI JOHOR BIL 1/2026Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor merupakan urusetia ...
18/06/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PEROSAK NEGERI JOHOR BIL 1/2026

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor merupakan urusetia bagi mesyuarat ini. Ia merupakan platform untuk membincangkan isu berkaitan perosak tanaman di Negeri Johor dan mencari kaedah terbaik dalam menanganinya.

Tarikh : 18 Jun 2026 (Khamis)
Masa. : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Pertanian Negeri Johor
Pengerusi Mesyuarat : Tuan Haji Yosri Bin Mohd
Pengarah Pertanian Johor

Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah turut serta antaranya Jabatan Perhilitan, AKPS, MPOB, FELDA, FELCRA, LPP, MAQIS, LPNM, RISDA, FAMA, LGM dan Biodesaru. Di peringkat Jabatan Pertanian p**a, dihadiri oleh pegawai di Bahagian Teknikal, Daerah dan Negeri.

Agensi - AKPS Negeri Johor, MAQIS dan Jabatan Perhilitan telah membuat pembentangan kertas kerja dan perkongsian ilmu di dalam mesyuarat pada kali ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor

Address

Cisaat

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072239395

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Johor:

Shortcuts

Share