29/07/2026
KENAPA KAKI SAYA KENE POTONG TP SAYA X BOLEH CLAIM TPD?
Nak share experience semalam,
Semalam saya & agent saya ke salah satu company utk buat briefing tntg benefit yg company ambilkan utk staff.
Nak di jadikan cerita,
Datang seorang staff, share experience dlm keadaan yg agak emosi, tntg condition beliau yg dh lama melanggan insurans since 2009. Bila nak claim terus x dpt! Kejadian berlaku pd 2020, masa covid, kaki kiri beliau di potong, sebab covid katanya. Rentetan dr itu beliau terus terminate policy beliau kerana sangat marah ketika itu. Di jadikan issue tntg condition beliau. So staff2 lain juga trigger dgn experience beliau.
Kak Jijh sebagai agent senior yg berkaliber pon memulakan mukadimahโฆ
TOTAL & PERMANENT DISABILITY
HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH
TPD bukan dibayar sebab hilang kaki atau hilang tangan semata-mata. Ia dibayar apabila keadaan itu memenuhi definisi Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam polisi. Kalau seseorang masih boleh bekerja dan tidak memenuhi definisi tersebut, tuntutan TPD mungkin tidak diluluskan. Dalam kes staff tersebut, beliau memakai kaki palsu dan boleh bekerja semula.
TPD akan di bayar apabila :-
โ
Seorang yang lumpuh sepenuhnya dan tidak lagi mampu bekerja mungkin layak TPD.
* โ
Seorang yang hilang kedua-dua kaki atau mengalami kecacatan yang memenuhi definisi polisi mungkin layak.
* โ Seorang yang kehilangan sebelah kaki tetapi masih mampu menjalankan pekerjaan selepas pemulihan mungkin tidak memenuhi syarat TPD.
YES!!! itu la reason kenapa tak boleh claim. Syarat claim TPD,
1) Tidak mampu bekerja kerana lumpuh sepenuhnya.
2) Tidak mampu menguruskan diri sendiri dan memerlukan pertolongan org lain utk menguruskan diri.
Secara umumnya, TPD dibayar dalam keadaan seperti:
* Lumpuh kekal sehingga tidak lagi mampu bekerja.
* Hilang kedua-dua belah penglihatan secara kekal.
* Kehilangan kedua-dua tangan, kedua-dua kaki, atau gabungan seperti satu tangan dan satu kaki.
* Kecederaan otak yang serius sehingga menyebabkan hilang keupayaan bekerja secara kekal.
* Penyakit atau kemalangan yang menyebabkan seseorang tidak lagi mampu melakukan sebarang pekerjaan yang bersesuaian secara kekal, mengikut definisi dalam polisi.
***Sama juga seperti claim SOCSO, nak dpt pencen ilat, condition nya mesti x mampu bekerja lg, bergantung kepada report doctor. So sama kan??? SOCSO atau insurans or takaful, kedua2 reason mesti x mampu bekerja & tidak boleh menguruskan diri sendiriโฆ
Moga membantu ramai org di luar sana utk lebih faham maksud TPD.