Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru

Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru Akaun Facebook Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru
(1)

π‚πŒπ„ πƒπ„ππ†π†πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ‹πˆππˆπŠ 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 π™πŽππˆππ† 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ”πŠπˆπ“ πˆππƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔Berikutan peningka...
21/08/2026

π‚πŒπ„ πƒπ„ππ†π†πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ‹πˆππˆπŠ 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 π™πŽππˆππ† 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ”πŠπˆπ“ πˆππƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔

Berikutan peningkatan Kes Denggi yang meningkat naik di kawasan Daerah Johor Bahru, Pasukan Dengue Champion KK Bukit Indah yang diketuai oleh Dr. Wan Azwani Binti Wan Rafiin Pakar Perubatan Keluarga (FMS) bersama Dr. Cheing Wei Jiann (Pegawai Perubatan) telah menganjurkan CME Denggi secara Zoning bersama Klinik Swasta di Daerah Johor Bahru pada 20 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Bukit Indah.

Latihan CME ini diadakan bagi tujuan memberi latihan kepada Pengamal Perubatan di Klinik Swasta mengenai rawatan Denggi dan penggunaan Fever Assesment Cheklist bagi pesakit-pesakit yang bergejala di fasiliti Klinik Swasta. Program CME ini juga dilaksanakan untuk memperkasakan kemahiran doktor swasta dalam mengenal pasti tanda-tanda amaran (warning signs) Denggi pada peringkat awal. Selain itu para peserta digalakkan untuk menggunakan Dengue Test kepada pesakit-pesakit yang bergejala daripada kawasan Wabak Denggi bagi tujuan Early Detection

Latihan yang diberikan ini juga bertujuan untuk memantapkan sistem Pengurusan Klinikal & Rujukan (Case Management & Referral) mengikut garis panduan Clinical Practice Guideline yang terkini berkenaan rawatan Denggi yang lebih selamat.

Terima Kasih dan syabas diucapkan kepada Dengue Champion Team Klinik Kesihatan Bukit Indah diatas komitmen dan dedikasi dalam penganjuran program ini bersama dengan Klinik Swasta di Johor Bahru.

Semoga Ilmu dan perkongsian yang disampaikan kepada para peserta dapat dimanfaatkan untuk rawatan kes Denggi di Primary Care melibatkan Klinik-Klinik Swasta di Daerah Johor Bahru.

π†π„πŒππ”π‘ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒, π“πˆπ€πƒπ€ πƒπ„ππ†π†πˆ

π“πŽπ–ππ‡π€π‹π‹ πŠπ€π–π€π‹π€π πƒπ„ππ†π†πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐄𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”Pada 20 Ogos 2026, Pejabat Kesihatan Daera...
21/08/2026

π“πŽπ–ππ‡π€π‹π‹ πŠπ€π–π€π‹π€π πƒπ„ππ†π†πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐄𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Pada 20 Ogos 2026, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru telah menganjurkan sesi Townhall Kawalan Denggi bersama Persatuan Gereja Daerah Johor Bahru. Townhall yang dihadiri oleh wakil pengurusan dan AJK Gereja Johor Bahru ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsagaan dan kemahiran kawalan pencegahan Denggi secara komprehensif dan sistematik. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Muhd Ezhar Bin Muzaldin selaku urusetia program.

Selain itu peserta turut diberi pendedahan mengenai aspek kebersihan persekitaran dan pelaksanaan larvaciding secara konsisten di kawasan rumah ibadah dan Gereja masing-masing. Latihan praktikal mengenai penggunaan racun dan peralatan seperti Handspray Larvacide telah ditunjukkan kepada para peserta.

Taklimat utama mengenai Kawalan dan Pencegahan Denggi daripada Unit Vektor telah disampaikan oleh Dr Izzat Izzuddin. Peserta juga diberikan Taklimat Entomologi oleh Cik Saodah (Pegawai Sains AKS) dan Taklimat Pemerkasaan Komuniti oleh En Mohamad Faizee, Demonstrasi Larvaciding telah disampaikan oleh En Les Shermon dan En Bennard (PPKP Vektor PKDJB).

Semoga taklimat dan perkongsian ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebagai salah satu strategi untuk menurunkan bilangan kes Denggi di Johor Bahru melibatkan kawasan Gereja di Daerah Johor Bahru. Usaha yang konsisten perlu diteruskan bagi memastikan Wabak Denggi berjaya dikawal dengan baik.

π†π„πŒππ”π‘ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒, ππ„π‘π€ππ†πˆ πƒπ„ππ†π†πˆ

π•π„πŠπ“πŽπ‘ ππŠπƒπ‰π

ππ„ππ†πŠπ„π‹ π‡πŽππ„: π‡π„ππ“πˆπŠπ€π π’π“πˆπ†πŒπ€ & πƒπˆπ’πŠπ‘πˆπŒπˆππ€π’πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 πŽπƒπ‡π€ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π˜ ππŽππ”π‹π€π“πˆπŽππ’ (𝐊𝐏)πŸ“… 13–14 Ogos 2026πŸ“ Akademi JPJ, Jalan...
19/08/2026

ππ„ππ†πŠπ„π‹ π‡πŽππ„: π‡π„ππ“πˆπŠπ€π π’π“πˆπ†πŒπ€ & πƒπˆπ’πŠπ‘πˆπŒπˆππ€π’πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 πŽπƒπ‡π€ 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π˜ ππŽππ”π‹π€π“πˆπŽππ’ (𝐊𝐏)

πŸ“… 13–14 Ogos 2026
πŸ“ Akademi JPJ, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru

Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) telah menganjurkan Bengkel HOPE: Hentikan Stigma & Diskriminasi terhadap Orang yang Hidup dengan HIV/AIDS (ODHA) dan Key Populations (KP) selama dua hari satu malam dengan penglibatan 64 orang peserta, 15 orang fasilitator dan ahli jawatankuasa serta 6 orang wakil komuniti KP.

Bengkel ini merupakan salah satu usaha dalam memperkukuh kefahaman dan kesedaran anggota kesihatan mengenai stigma dan diskriminasi terhadap ODHA dan KP, khususnya dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan. Program ini turut menekankan kepentingan komunikasi yang profesional, empati serta penyampaian perkhidmatan yang mesra, inklusif dan tanpa diskriminasi.

Sepanjang bengkel, peserta terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti interaktif seperti Stigma Walk, β€œTwo Gloves or Not Two Gloves”, sesi perkongsian pengalaman bersama wakil KP serta perbincangan mengenai stigma, etika profesional, hak kesihatan dan reproduktif, rawatan HIV sebagai pencegahan serta kemahiran kaunseling dan komunikasi HIV.

Penglibatan wakil komuniti KP turut memberi peluang kepada peserta untuk mendengar sendiri pengalaman dan perspektif komuniti, sekali gus membantu meningkatkan kefahaman tentang cabaran yang dihadapi ketika mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Diharapkan ilmu, pengalaman dan refleksi yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat diterjemahkan dalam amalan seharian serta memperkukuh komitmen warga kesihatan dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, berempati, menghormati maruah setiap individu dan bebas daripada stigma serta diskriminasi.

Hentikan stigma. Hentikan diskriminasi. Kesihatan untuk semua. ❀️









𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ 𝐘𝐁 𝐓𝐔𝐀𝐍 π‡π€π‰πˆ π€πŠπŒπ€π‹ 𝐍𝐀𝐒𝐑𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ ππ€π’πˆπ‘ πŠπ„ πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŒπ€π‰πˆπƒπ„π„Pada 7 Ogos yang lalu, Klinik Kesih...
19/08/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ 𝐘𝐁 𝐓𝐔𝐀𝐍 π‡π€π‰πˆ π€πŠπŒπ€π‹ 𝐍𝐀𝐒𝐑𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ ππ€π’πˆπ‘ πŠπ„ πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŒπ€π‰πˆπƒπ„π„

Pada 7 Ogos yang lalu, Klinik Kesihatan Majidee telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Nasir bersama rombongan dari Pejabat Menteri Ekonomi, Putrajaya. Lawatan ini bertujuan meninjau operasi dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan di Klinik Kesihatan Majidee, selain melihat tapak cadangan pembangunan Klinik Kesihatan Majidee yang baharu.

Ketibaan YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Nasir telah disambut oleh YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Haji Mohtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, bersama YBrs. Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru, Dr. Haji Haidar Rizal bin Tohar, Dr Mursyida binti Md Nujid, serta Dr. Ungku Yasmin Soraya, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Majidee.

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat berkaitan operasi dan perkhidmatan keseluruhan Klinik Kesihatan Majidee yang disampaikan oleh Dr. Haji Haidar Rizal bin Toha. Selesai sesi taklimat, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Nasir telah dibawa meninjau sekitar klinik sambil diberikan penerangan mengenai pelaksanaan program dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan. Beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama warga kerja Klinik Kesihatan Majidee.

Lawatan kemudiannya diteruskan ke tapak cadangan pembangunan Klinik Kesihatan Majidee yang baharu di Jalan Kurniawan. Turut hadir dalam sesi tinjauan tersebut ialah wakil daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Johor serta Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru. Penerangan berkaitan tapak cadangan pembangunan telah disampaikan oleh Unit Pembangunan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan awam serta memastikan keperluan fasiliti kesihatan yang berkualiti dan bersesuaian dengan perkembangan semasa dapat dirancang dengan sebaiknya.

Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Nasir serta rombongan Pejabat Menteri Ekonomi atas kesudian mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Majidee.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŒπ„π’π‘π€ 𝐘𝐁 π„π—π‚πŽ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŠπ„ πŠπ€π–π€π’π€π πŽππ„π‘π€π’πˆ πƒπ„ππ†π†πˆ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔Pada 17 Ogos 2026, YB Ling Tian...
18/08/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŒπ„π’π‘π€ 𝐘𝐁 π„π—π‚πŽ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŠπ„ πŠπ€π–π€π’π€π πŽππ„π‘π€π’πˆ πƒπ„ππ†π†πˆ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔

Pada 17 Ogos 2026, YB Ling Tian Soon Exco Kesihatan Negeri Johor telah meluangkan masa membuat lawatan ke kawasan Operasi Denggi di Daerah Johor Bahru bagi tujuan pemantauan dan mengenal pasti punca kenaikan kes Denggi di lapangan. Lawatan ini juga diadakan bagi memberi suntikan semangat kepada pasukan kesihatan dalam melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan Denggi.

Beliau bersama-sama pasukan Vektor PKDJB dalam melaksanakan Operasi OPPI & Active Case Detection yang diadakan di Jalan Bentara Taman Ungku Tun Aminah. Turut hadir sama Pn Chuah Lee Hui Ahli Majlis Zon 20 Tun Aminah, Dr Akashah Bin Abdullah (Pakar Perubatan Kesihatan Awam PKDJB). YB juga telah mengambil peluang meninjau sendiri keadaan persekitaran dikawasan ini yang menjadi punca kepada pembiakan Aedes.

Program diteruskan ke lokasi yang kedua iaitu Taman Sri Pulai Perdana Jalan Pulai Perdana 3 untuk operasi Semburan Kabus (Fogging) bagi tujuan kawalan Denggi. YB telah diberi taklimat mengenai SOP dan tatacara semburan yang berkesan untuk membunuh Nyamuk Aedes Dewasa. Turut hadir sama Dr Haji Haidar Rizal Bin Toha Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru dan En Muhd Faidhi selaku Penyelia Kanan MODCCIP dan Ketua Operasi dalam aktiviti kawalan Denggi.

Semoga lawatan ini memberikan sokongan moral dan motivasi kepada Pasukan Vektor, Pasukan Ento, Pasukan UPK dan Pasukan Jabatan Kesihatan Awam MBIP untuk kekal konsisten dalam membanteras masalah Denggi di Daerah Johor Bahru.

π†π„πŒππ”π‘ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒, ππ„π‘π€ππ†πˆ πƒπ„ππ†π†πˆ

πŒπ€π‰π” π‰πŽπ‡πŽπ‘

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ‹πŽπ†π†πˆππ† & π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 π“π€πŒπ€π π”ππ†πŠπ” 𝐓𝐔𝐍 π€πŒπˆππ€π‡Pada 16 Ogos 2026, Penduduk J...
16/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ‹πŽπ†π†πˆππ† & π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 π“π€πŒπ€π π”ππ†πŠπ” 𝐓𝐔𝐍 π€πŒπˆππ€π‡

Pada 16 Ogos 2026, Penduduk Jalan Bentara Taman Ungku Tun Aminah telah melaksanakan Program Plogging & Gotong Royong Perdana Perangi Aedes bersama-sama dengan komuniti setempat sebagai salah satu usaha untuk menghentikan penularan Wabak Denggi yang berlaku dikawasan ini. Program ini telah dianjurkan oleh Pn Chuah Lee Hui Ahli Majlis Zon 20 Tun Aminah dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Awam MBIP, SWM, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Penduduk Jalan Bentara, Taman Ungku Tun Aminah.

Plogging ini dimulakan dengan Taklimat Denggi dan aspek kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran oleh Ahli Majlis. Latihan dan demonstrasi Community Larvaciding telah disampaikan oleh En Khishen (PPKP PKDJB).

Aktiviti search and Destroy bersama larvaciding telah dilaksanakan sepanjang Program GORO ini berjalan. Selain daripada membersihkan kawasan persekitaran, penduduk juga turut diberikan kesedaran Kesihatan Awam mengenai peranan komuniti dalam membasmi masalah Denggi di lapangan.

Semoga aktiviti bermanfaat ini dapat membantu menurunkan kes Denggi di Daerah Johor Bahru. Tahniah dan Syabas kepada semua yang terlibat.

π†π„πŒππ”π‘ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒, ππ„π‘π€ππ†πˆ πƒπ„ππ†π†πˆ

π”ππˆπ“ π•π„πŠπ“πŽπ‘ ππŠπƒπ‰π




ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„πŒπ€π’π€ππ†π€π 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒𝐓𝐄𝐂𝐇 πŒπŽπ’ππ”πˆπ“πŽ π‡πŽπŒπ„ π’π˜π’π“π„πŒ (π€πŒπ‡π’) πƒπˆ π‡πŽπ’π“π„π‹ π–π„π’π“π‹πˆπ“π„ ππ„π‘πŒπ€π’ π‰π€π˜π€Pada 16 Ogos 2026, projek pemasan...
16/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„πŒπ€π’π€ππ†π€π 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒𝐓𝐄𝐂𝐇 πŒπŽπ’ππ”πˆπ“πŽ π‡πŽπŒπ„ π’π˜π’π“π„πŒ (π€πŒπ‡π’) πƒπˆ π‡πŽπ’π“π„π‹ π–π„π’π“π‹πˆπ“π„ ππ„π‘πŒπ€π’ π‰π€π˜π€

Pada 16 Ogos 2026, projek pemasangan Aedestech Mosquito Home System telah dilancarkan di kawasan Hostel Westlite Permas Jaya melibatkan pekerja kilang yang menetap dikawasan ini. Program ini merupakan salah satu inovasi kawalan dan pencegahan Denggi di kawasan wabak berulang untuk menurunkan kepadatan nyamuk seterusnya mengurangkan transmisi Virus Denggi.

Taklimat Denggi telah disampaikan oleh Dr Jamal Sham Residensi Kesihatan Awam PKDJB, manakala taklimat berkenaan AMHS telah diberikan oleh Cik Siti Saodah Pegawai Sains AKS PKDJB. Turut hadir sama En Tamamul PPKP membantu dalam pembahagian pasukan dan edaran AMHS kepada para pekerja dan penduduk.

Semoga inisiatif ini dapat memberikan impak yang positif kepada para penduduk hostel dan pekerja kilang yang menetap di kawasan ini kearah kehidupan sihat & sejahtera.

π†π„πŒππ”π‘ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒, ππ„π‘π€ππ†πˆ πƒπ„ππ†π†πˆ

π•π„πŠπ“πŽπ‘ π„ππ“πŽ ππŠπƒπ‰π

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ‹πŽπ†π†πˆππ† & π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒 π“π€πŒπ€π 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 ππ”π’π€π‘πˆπ€ πŸ’Pada 16 Ogos 2026, KRT Taman Nusan...
16/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ‹πŽπ†π†πˆππ† & π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒 π“π€πŒπ€π 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 ππ”π’π€π‘πˆπ€ πŸ’

Pada 16 Ogos 2026, KRT Taman Nusantara Fasa 4 telah menganjurkan Program Plogging & Gotong Royong Perdana Perangi Aedes bersama-sama dengan penduduk setempat sebagai salah satu usaha untuk menghentikan penularan Wabak Denggi yang berlaku dikawasan ini. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kesihatan Awam MBIP, SWM, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Penduduk Taman Nusantara Fasa 4.

Plogging ini dimulakan dengan Taklimat Denggi dan aspek kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran. Latihan dan demonstrasi Community Larvaciding telah disampaikan oleh En Razip (PPKP PKDJB).

Aktiviti search and Destroy bersama larvaciding telah dilaksanakan sepanjang Program GORO ini berjalan. Selain daripada membersihkan kawasan persekitaran, penduduk juga turut diberikan kesedaran Kesihatan Awam mengenai peranan komuniti dalam membasmi masalah Denggi di lapangan.

Semoga aktiviti bermanfaat ini dapat membantu menurunkan kes Denggi di Daerah Johor Bahru.

π†π„πŒππ”π‘ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒, ππ„π‘π€ππ†πˆ πƒπ„ππ†π†πˆ

π”ππˆπ“ π•π„πŠπ“πŽπ‘ ππŠπƒπ‰π




ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ‹πŽπ†π†πˆππ† & π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒 π“π€πŒπ€π 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 ππ”π’π€π‘πˆπ€ πŸ—Pada 16 Ogos 2026, KRT Taman Nusan...
16/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ‹πŽπ†π†πˆππ† & π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒 π“π€πŒπ€π 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 ππ”π’π€π‘πˆπ€ πŸ—

Pada 16 Ogos 2026, KRT Taman Nusantara Fasa 7 telah menganjurkan Program Plogging & Gotong Royong Perdana Perangi Aedes bersama-sama dengan penduduk setempat sebagai salah satu usaha untuk menghentikan penularan Wabak Denggi yang berlaku dikawasan ini. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kesihatan Awam MBIP, SWM, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Penduduk Taman Nusantara Fasa 7.

Plogging ini dimulakan dengan Taklimat Denggi dan aspek kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran. Latihan dan demonstrasi Community Larvaciding telah disampaikan oleh En Razip (PPKP PKDJB).

Aktiviti search and Destroy bersama larvaciding telah dilaksanakan sepanjang Program GORO ini berjalan. Selain daripada membersihkan kawasan persekitaran, penduduk juga turut diberikan kesedaran Kesihatan Awam mengenai peranan komuniti dalam membasmi masalah Denggi di lapangan.

Semoga aktiviti bermanfaat ini dapat membantu menurunkan kes Denggi di Daerah Johor Bahru.

π†π„πŒππ”π‘ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒, ππ„π‘π€ππ†πˆ πƒπ„ππ†π†πˆ

π”ππˆπ“ π•π„πŠπ“πŽπ‘ ππŠπƒπ‰π




ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ‹πŽπ†π†πˆππ† & π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒 πŠπ€πŒππ”ππ† πŒπ„π‹π€π˜π” πŠπ€ππ†πŠπ€π‘ ππ”π‹π€πˆPada 16 Ogos 2026, KRT Kampung melayu...
16/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ‹πŽπ†π†πˆππ† & π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ„π‘π€ππ†πˆ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒 πŠπ€πŒππ”ππ† πŒπ„π‹π€π˜π” πŠπ€ππ†πŠπ€π‘ ππ”π‹π€πˆ

Pada 16 Ogos 2026, KRT Kampung melayu Kangkar Pulai telah menganjurkan Program Plogging & Gotong Royong Perdana Perangi Aedes bersama-sama dengan penduduk setempat sebagai salah satu usaha untuk menghentikan penularan Wabak Denggi yang berlaku dikawasan ini. Program ini merupakan anjuran bersama Penghulu Mukim Pulai, Ketua Kampung Melayu Kangkar Pulai, Jabatan Kesihatan Awam MBIP, SWM, Masjid Jamek Nur Syahadah Kg Melayu Kangkar Pulai, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Penduduk Kg Melayu Kangkar Pulai.

Plogging ini dimulakan dengan Taklimat Denggi dan aspek kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran. Latihan dan demonstrasi Community Larvaciding telah disampaikan oleh En Hamizan (PPKP PKDJB).

Aktiviti search and Destroy bersama larvaciding telah dilaksanakan sepanjang Program GORO ini berjalan. Selain daripada membersihkan kawasan persekitaran, penduduk juga turut diberikan kesedaran Kesihatan Awam mengenai peranan komuniti dalam membasmi masalah Denggi di lapangan.

Semoga aktiviti bermanfaat ini dapat membantu menurunkan kes Denggi di Daerah Johor Bahru.

π†π„πŒππ”π‘ 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐒, ππ„π‘π€ππ†πˆ πƒπ„ππ†π†πˆ

π”ππˆπ“ π•π„πŠπ“πŽπ‘ ππŠπƒπ‰π




Address

Cisaat

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072224711

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru:

Shortcuts

Share