PERKEP Kontinjen Johor

PERKEP Kontinjen Johor Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor

25/08/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡

Yang Berhormat CP Dato’ Ab Rahaman bin Arsad, Ketua Polis Johor, bersama isteri, YBhg. Datin Salwah binti Mahdan, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor, serta seluruh warga PDRM Johor mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini disambut pada 25 Ogos 2026 bersamaan 12 Rabiulawal 1448H merupakan kesempatan untuk kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati perjuangan, akhlak dan keperibadian mulia Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga penghayatan terhadap sirah dan sunnah Rasulullah SAW terus menyemai nilai amanah, integriti, kasih sayang, toleransi dan hormat-menghormati, sekali gus memperkukuh semangat persaudaraan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Marilah kita bersama-sama menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai pedoman dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul, khususnya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat demi menjamin keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.

"MADANI DIHAYATI,UMMAH DIBERKATI"




LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS PESARA POLIS WANITA KONTINJEN JOHOR SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKEP MALAYSIA KE-58 πŸ’™Johor Bahru -...
21/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS PESARA POLIS WANITA KONTINJEN JOHOR SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKEP MALAYSIA KE-58 πŸ’™

Johor Bahru -21 Ogos 2026 -Sempena Sambutan Hari PERKEP Malaysia Ke-58, YBhg. Datin Salwah binti Mahdan, Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor telah mengetuai lawatan kebajikan ke kediaman dua orang pesara polis wanita Kontinjen Johor iaitu:

🌷 Salmah binti Kesot
SC 67566 | 89 tahun
Tempat tugas terakhir: Pondok Polis Yong Peng, Batu Pahat

🌷 Siti Zaliha binti Ismail
S/I RF 59143 | 72 tahun
Tempat tugas terakhir: Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Johor Bahru Selatan

Turut hadir YBhg. Puan Saw See Na, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor; YBhg. Puan Norazliza binti Nordin, Ketua Biro Pendidikan PERKEP Kontinjen Johor; YBhg. Puan Siti Saleha binti Jaffar, Pengerusi PERKEP Johor Bahru Utara; Ahli Jawatankuasa dan Ahli PERKEP Kontinjen Johor serta warga PDRM yang terlibat.

πŸ’ Lawatan ini merupakan tanda penghargaan dan ingatan terhadap jasa serta pengorbanan pesara polis wanita yang telah mencurahkan khidmat bakti kepada Polis Diraja Malaysia.

Dalam lawatan tersebut, YBhg. Datin Pengerusi turut bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan serta wang tunai kepada pesara.
Program ini mencerminkan keprihatinan PDRM dan PERKEP terhadap kebajikan pesara, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PDRM, PERKEP dan pesara polis.

Jasa dikenang, kebajikan disantuni. ❀️
Keluarga Bahagia, Pasukan Sejahtera






JOHOR BAHRU, 10 Ogos 2026 (Isnin) – PERKEP Kontinjen Johor telah menganjurkan Ceramah Tatacara, Etiket dan Protokol bert...
10/08/2026

JOHOR BAHRU, 10 Ogos 2026 (Isnin) – PERKEP Kontinjen Johor telah menganjurkan Ceramah Tatacara, Etiket dan Protokol bertempat di Dewan Auditorium, Aras 2, IPK Johor.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dihadiri oleh YBhg. Datin Salwah binti Mahdan, Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, YBhg. Puan Saw See Na, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, barisan Ketua Biro, Pengerusi PERKEP Daerah, Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli PERKEP Kontinjen Johor.

πŸŽ™οΈ Ceramah telah disampaikan oleh Coach Wani Hamdan, yang berkongsi ilmu serta panduan berkaitan tatacara, etiket dan protokol, termasuk aspek keterampilan diri, komunikasi berhemah, adab dalam majlis rasmi serta pembentukan imej yang profesional dan berwibawa.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan para peserta, malah turut memperkukuhkan keyakinan diri dalam mengendalikan serta menghadiri majlis rasmi dengan tatacara dan protokol yang betul.

Semoga segala ilmu dan panduan yang dikongsikan dapat dipraktikkan dalam setiap urusan rasmi serta aktiviti PERKEP, sekali gus membentuk ahli PERKEP yang santun dalam tutur kata, anggun dalam penampilan dan berwibawa dalam tindakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Coach Wani Hamdan atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat serta kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. 🌷





SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKEP MALAYSIA KE-58Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Datin Salwah Binti Mahdan, bersama seluruh...
03/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKEP MALAYSIA KE-58

Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Datin Salwah Binti Mahdan, bersama seluruh warga PERKEP Kontinjen Johor merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari PERKEP Malaysia Ke-58.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga PERKEP yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam memperkukuh kebajikan, mengukuhkan institusi kekeluargaan serta memupuk semangat perpaduan dalam keluarga besar Polis Diraja Malaysia.

Semoga PERKEP Malaysia terus unggul dalam melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan yang bermakna demi merealisasikan aspirasi.

β€œKeluarga Bahagia, Pasukan Sejahtera.”

24/06/2026
24/06/2026
LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS WARIS ARWAH SJN HELMI SUHAIMI BIN MOHD SHAH (IPD JOHOR BAHRU UTARA)Johor Bahru | 11 Mei 2026 -...
11/05/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS WARIS ARWAH SJN HELMI SUHAIMI BIN MOHD SHAH (IPD JOHOR BAHRU UTARA)

Johor Bahru | 11 Mei 2026 - YBhg Puan Saw See Na, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas waris arwah SJN Helmi Suhaimi bin Mohd Shah bagi menyampaikan sokongan moral serta bantuan kebajikan kepada keluarga arwah.

Lawatan ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti warga PERKEP terhadap keluarga arwah yang kehilangan insan tersayang akibat kemalangan jalan raya pada 7 Mei 2026.

Antara tujuan lawatan ini adalah:
β–ͺ️ Memberikan sokongan moral dan semangat kepada waris keluarga arwah.
β–ͺ️ Menyampaikan sumbangan Tabung Kasih PERKEP bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga.
β–ͺ️ Mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah sesama ahli PERKEP.

Program ini mencerminkan keprihatinan, kasih sayang serta semangat kebersamaan warga PERKEP dalam menyantuni ahli dan keluarga yang diuji dengan musibah.

Turut hadir ialah YBhg Puan Norazliza binti Nordin, Ketua Biro Pendidikan, YBhg Puan Rohaida binti Idris, Ketua Biro Seni dan Budaya, YBhg Puan Siti Saleha binti Jaffar, Pengerusi PERKEP Johor Bahru Utara, barisan AJK serta ahli-ahli PERKEP Kontinjen Johor.


Address

Cisaat

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKEP Kontinjen Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share