07/02/2026
LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA KE BANGUNAN SULTAN ISKANDAR (BSI).
07 Februari 2026, Johor Bahru - Lawatan Kerja YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) telah diadakan bagi meninjau pelaksanaan dan operasi sistem Vehicle Entry Permit (VEP) dan Road Charge (RC) di pintu masuk negara.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara langsung pelaksanaan sistem di lapangan, meneliti aliran proses kerja serta mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan pengurusan trafik kenderaan rentas sempadan, khususnya di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) BSI.
Lawatan tersebut turut disertai oleh Pengarah JPJ Negeri Johor, YBrs. Tuan Zulkarnain bin Yasin serta Timbalan Pengarah Dasar Bahagian Penguatkuasa JPJ Malaysia, YBrs. Tuan Nor Azlan bin Ibrahim.
Sepanjang lawatan, YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah telah diberikan taklimat oleh Ketua Stesen Kawalan Sempadan, YBrs. Tuan Azhar bin Ahmad berkaitan pelaksanaan, pemantauan serta penguatkuasaan sistem VEP dan RC, selain sesi perbincangan bersama pihak pengurusan dan pegawai terlibat bagi mendapatkan maklum balas operasi semasa serta perkara-perkara penambahbaikan yang berkaitan.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam memastikan pelaksanaan sistem VEP dan RC berjalan dengan teratur, berkesan dan selaras dengan dasar sedia ada.
Pihak JPJ SKS BSI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan kerja ini, khususnya kepada pegawai dan anggota JPJ yang bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) atas komitmen, kerjasama serta dedikasi yang diberikan sepanjang lawatan berlangsung.
LIKE dan FOLLOW media sosial rasmi JPJ SKS (BSI) untuk info terkini:
โ
Facebook
https://www.facebook.com/sksbsi
โ
Tiktok
https://www.tiktok.com/
โ
Instagram
https://www.instagram.com/sksjpj_bsi