Keadilan Cabang Johor Bahru

Keadilan Cabang Johor Bahru Akaun Rasmi KEADILAN Cabang Johor Bahru

DIRGAHAYU TUANKU Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan, keafiatan dan keberkatan kepada Kebawah Duli Tuanku dalam memayungi rakyat serta memimpin negara ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.

Ikhlas daripada
KEADILAN Johor Bahru




Alhamdulilah, berlangsungnya Program Qurban KEADILAN Johor Bahru 2026 semalam dengan jayanya.Agihan qurban turut diserah...
28/05/2026

Alhamdulilah, berlangsungnya Program Qurban KEADILAN Johor Bahru 2026 semalam dengan jayanya.

Agihan qurban turut diserahkan kepada wakil-wakil ranting, penduduk kampung serta pimpinan masyarakat untuk diagihkan kepada golongan sasaran dan asnaf di kawasan masing-masing. Rezeki yang ada dikongsi bersama agar manfaatnya dapat dirasai lebih ramai insan yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dengan penuh keikhlasan dan semangat sukarelawan.




Di sebalik takbir yang bergema, Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan rasa syukur dalam kehid...
26/05/2026

Di sebalik takbir yang bergema, Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan rasa syukur dalam kehidupan.

Semoga sambutan Aidiladha kali ini membawa ketenangan buat setiap keluarga, mengeratkan hubungan sesama insan dan mengingatkan kita bahawa nilai paling besar bukan pada apa yang dimiliki, tetapi apa yang sanggup dikongsi.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H buat seluruh umat Islam.
Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada,
KEADILAN Johor Bahru




Aidiladha bukan hanya tentang ibadah qurban, tetapi tentang nilai kebersamaan, keikhlasan dan semangat membantu sesama i...
25/05/2026

Aidiladha bukan hanya tentang ibadah qurban, tetapi tentang nilai kebersamaan, keikhlasan dan semangat membantu sesama insan.

Sempena Program Qurban KEADILAN Johor Bahru 2026, kami menjemput anda untuk hadir bersama memeriahkan suasana penuh ukhwah ini. Bukan sekadar gotong-royong dan agihan qurban, tetapi ruang untuk kita saling mengenali, bertemu sahabat lama, dan mengeratkan hubungan dalam komuniti.

๐Ÿ“… 27 Mei 2026 (Rabu)
๐Ÿ•› 12.00 Tengahari
๐Ÿ“ Dataran Kampung Melayu Majidee, Jalan Merdeka
(Bersebelahan Dewan Besar)

Jumpa di sana!




Tempoh hari, program Ziarah Kasih Madani telah diadakan di Tanah Perkuburan Kg Bakar Batu dengan kehadiran KEADILAN Joho...
25/05/2026

Tempoh hari, program Ziarah Kasih Madani telah diadakan di Tanah Perkuburan Kg Bakar Batu dengan kehadiran KEADILAN Johor Bahru bersama kepimpinan Komuniti Madani Bandar Johor Bahru, Saudara Hashim, Hj Boy dan Bro Syafeeq.

Lawatan ini memberi ruang untuk kita turun padang bertemu dan menyantuni para Skuad Sukarelawan Kg Bakar Batu yang selama ini banyak memainkan peranan menjaga serta mengurus kawasan perkuburan tersebut. Sumbangan beras turut disampaikan sebagai tanda sokongan kepada usaha mereka yang berkhidmat secara konsisten kepada komuniti.

Dalam masa yang sama, sesi perbualan santai bersama penduduk setempat turut berlangsung, membuka ruang perkongsian pandangan mengenai isu-isu semasa di kawasan sekitar serta beberapa perkara berkaitan keperluan komuniti setempat.

Usaha seperti ini diharap dapat terus mengeratkan hubungan antara komuniti dan pihak yang terlibat, selain memastikan suara akar umbi sentiasa diberi perhatian dalam ruang yang lebih dekat dan terbuka.




Tempoh hari, JDA Arena cukup meriah dengan kehadiran lebih 150 anak muda dan otai yang sama-sama turun padang memeriahka...
24/05/2026

Tempoh hari, JDA Arena cukup meriah dengan kehadiran lebih 150 anak muda dan otai yang sama-sama turun padang memeriahkan Pertandingan Dart Piala Ketua Cabang PKR Johor Bahru.

Tahniah kepada para pemenang yang berjaya membawa pulang kemenangan, dan salute juga kepada semua peserta yang sporting sepanjang pertandingan berlangsung. Paling penting, program macam ini berjaya jadi ruang untuk orang ramai berkumpul, berkenalan dan mengeratkan lagi hubungan dalam komuniti.

Dalam masa sama, majlis serahan sumbangan beras turut disempurnakan sebagai usaha kecil menyantuni masyarakat setempat. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga kita dapat teruskan lagi program-program yang bawa manfaat dan satukan komuniti setempat.




๐ŸŽฏ Kita kasi Game On, santai tapi penuh semangat!Jumpa anda semua di Pertandingan Dart Piala Ketua Cabang PKR Johor Bahru...
21/05/2026

๐ŸŽฏ Kita kasi Game On, santai tapi penuh semangat!

Jumpa anda semua di Pertandingan Dart Piala Ketua Cabang PKR Johor Bahru serta Majlis Serahan Sumbangan Beras pada:

๐Ÿ“… 23 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ JDA Arena
โฐ 5.00 Petang

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong program komuniti dan anak muda di Johor Bahru.

Semoga program ini jadi ruang mengeratkan silaturahim, mencungkil bakat serta menyantuni masyarakat setempat. ๐Ÿ”ฅ๐ŸŽฏ

Sebarang pertanyaan lanjut, Sila hubungi Brother Apai (โ€ช+60ย 18โ€‘578ย 9881โ€ฌ)




KEADILANJohorBahru

Anggota KEADILAN Cabang Johor Bahru turut menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan 2026 tempoh hari.Konvensyen kali ini buk...
19/05/2026

Anggota KEADILAN Cabang Johor Bahru turut menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan 2026 tempoh hari.

Konvensyen kali ini bukan sahaja menjadi medan pertemuan pimpinan dan akar umbi dari seluruh negara, malah membuka ruang perbincangan, percambahan idea serta pengukuhan kesepaduan dalam menghadapi cabaran politik dan rakyat pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang perjalanan konvensyen ini. Semoga semangat yang dibawa pulang akan terus diterjemahkan dalam gerak kerja dan khidmat kepada masyarakat.



๐Ÿ”ฅ ESOK KITA BERKUMPUL! ๐Ÿ”ฅDetik yang dinanti akhirnya tiba.Konvensyen Pakatan Harapan 2026 bakal menghimpunkan pimpinan, a...
16/05/2026

๐Ÿ”ฅ ESOK KITA BERKUMPUL! ๐Ÿ”ฅ

Detik yang dinanti akhirnya tiba.
Konvensyen Pakatan Harapan 2026 bakal menghimpunkan pimpinan, akar umbi dan rakyat dari seluruh negara demi satu tekad yang sama โ€” membina Malaysia yang lebih baik untuk semua.

๐Ÿ“ Persada Johor
๐Ÿ“… Ahad, 17 Mei 2026
โฐ 8.00 pagi โ€“ 6.00 petang

โ€œTekad MADANI, Harapan Rakyatโ€

Ayuh hadir, semarakkan perjuangan dan buktikan bahawa harapan rakyat tetap menyala! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

[Tentatif dilampirkan bersama]



PakatanHarapan
KeadilanJohorBahru

2 HARI LAGI Konvensyen Pakatan Harapan 2026 semakin hampir!Inilah medan untuk kita menghimpunkan kekuatan, menyemarakkan...
15/05/2026

2 HARI LAGI

Konvensyen Pakatan Harapan 2026 semakin hampir!

Inilah medan untuk kita menghimpunkan kekuatan, menyemarakkan semangat perjuangan dan memperkukuh tekad menghadapi PRN serta PRU16.

Amanat penting daripada kepimpinan utama akan disampaikan demi mencorak satu lagi sejarah besar buat Malaysia.

Ayuh hadir beramai-ramai. Tunjukkan semangat, kesatuan dan keyakinan kita terhadap masa depan negara.

๐Ÿ“… Ahad, 17 Mei 2026
โฐ 8.00 pagi โ€“ 6.00 petang
๐Ÿ“ Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor

Jumpa di sana!
[Tentatif dilampirkan bersama]

โ€œTekad MADANI, Harapan Rakyatโ€




Address

No. 10A, Jalan Sulam, Taman Sentosa, Johor Bahru, Johor
Cisaat
80150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Cabang Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share