Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

10/08/2026
07/08/2026

Pada peluncuran AI Malaysia baru-baru ini, YB Gobind Singh Deo mengingatkan bahawa teknologi akan sentiasa berkembang dan yang paling penting ialah kesediaan Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan.

Itulah komitmen yang menjadi asas kepada MD2030.

πŸ”— Ketahui lebih lanjut dengan membaca dokumen penuh MD2030 di mydigital.gov.my

05/08/2026

GAJET BUKAN PENGASUH.

Masa bersama ibu bapa tidak boleh diganti oleh skrin.

Teknologi boleh membantu pembelajaran.

Namun, ia tidak mampu menggantikan kasih sayang, perhatian dan kehadiran ibu bapa.

Seorang anak mungkin diam apabila diberikan telefon atau tablet.

Tetapi diam tidak semestinya bermaksud mereka benar-benar mendapat apa yang diperlukan.

Anak-anak memerlukan pelukan.

Mereka memerlukan perbualan.

Mereka memerlukan gelak tawa, bermain bersama dan perhatian yang tidak boleh diberikan oleh mana-mana skrin.

Gajet boleh mengajar huruf dan nombor.

Tetapi ia tidak mampu mengajar empati, kasih sayang, adab dan hubungan kekeluargaan seperti yang dibina melalui masa berkualiti bersama ibu bapa.

Tidak perlu menunggu hujung minggu atau cuti panjang.

Luangkan sedikit masa setiap hari untuk berbual, membaca buku, bermain atau menikmati makan malam tanpa gangguan telefon.

Anak mungkin akan melupakan permainan yang dimainkan di dalam gajet. Tetapi mereka akan mengingati masa yang diluangkan bersama ibu bapa sepanjang hidup mereka.

❀️ Berikan anak perhatian sebelum mereka mencari perhatian di tempat lain.

05/08/2026

Memperkukuh Pendidikan Digital, Mempersiapkan Generasi Masa Hadapan.

Dunia pendidikan sedang berubah, dan murid hari ini perlu dipersiapkan dengan kemahiran digital untuk menghadapi cabaran masa depan. Atas komitmen itu, Kementerian Pendidikan Malaysia terus memperkukuh ekosistem pendidikan digital di sekolah.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah:
πŸ’» Pelancaran Dasar Pendidikan Digital Negara sebagai hala tuju transformasi pendidikan digital.
πŸ–₯️ Penyediaan peralatan makmal komputer kepada ribuan sekolah di seluruh negara.
πŸ€– Pelaksanaan DELIMa 3.0 yang mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran.
πŸ“š Pelaksanaan program bilik darjah berasaskan AI di sekolah-sekolah terpilih bagi memperkayakan pengalaman pembelajaran murid.

Teknologi bukan bertujuan menggantikan guru, sebaliknya menjadi alat yang membantu guru menyampaikan ilmu dengan lebih kreatif, interaktif dan berkesan. Pada masa yang sama, murid didedahkan kepada kemahiran digital yang semakin penting dalam dunia pekerjaan dan kehidupan masa hadapan.

Melabur dalam pendidikan digital hari ini bermakna melahirkan generasi yang lebih bersedia, berdaya saing dan mampu memimpin Malaysia pada masa hadapan.

Majlis Sekalung Budi, Sejuta Kasih.πŸ“…31.7.2026, 10.00 PagiπŸ“JPN Bukit KatilSektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan N...
31/07/2026

Majlis Sekalung Budi, Sejuta Kasih.

πŸ“…31.7.2026, 10.00 Pagi
πŸ“JPN Bukit Katil

Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Sekalung Budi, Sejuta Kasih bagi meraikan pegawai sektor yang akan bertukar ke jabatan lain.

Seramai 3 orang pegawai telah diraikan di dalam majlis ini iaitu

1. Puan Nor Azzariah Binti Mustaffa
Penyelaras PTIS Melaka Tengah
Bertukar ke Jabatan Akauntan Negeri Melaka

2. En. Mohamad Rizal Bin Iswandi
Juruteknik PTIS Melaka Tengah
Bertukar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

3. En. Muhamad Hafizul Bin Abd Samat
Juruteknik PTIS Alor Gajah
Bertukar ke Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan
Teknologi (CREaTE), Jabatan Kerja Raya.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan disini. Selamat maju jaya di jabatan yang baru."

Majlis turut dihadiri oleh Puan Azlina Binti Abd Wahid, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat, Puan Suraini Binti Muhamad Shari, Penolong Pengarah dan Puan Bon Li Min, Penolong Pengarah.


28/07/2026

Saksikan siaran langsung Majlis Peluncuran AI Malaysia yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

πŸ“… 28 Julai 2026 (Selasa)
πŸ•™ 10.00 pagi
πŸ“Ί Facebook & LinkedIn Kementerian Digital

Bersama melangkah ke arah masa depan AI Malaysia.πŸ€–πŸ‡²πŸ‡Ύ



Gobind Singh Deo YB Datuk Wilson Ugak Kumbong Fabian Bigar PMO Malaysia BERNAMA Berita RTM MyDIGITAL CyberSecurity Malaysia National AI Office Malaysia Malaysia MADANI

21/07/2026

Kementerian Pendidikan bertekad merapatkan jurang digital dalam pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 menerusi pemantapan prasarana di semua institusi pendidikannya tanpa mengira lokasi bandar atau luar bandar.

16/07/2026

Address

Jalan Tun Kudu Bukit Katil Melaka
Depok
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share