IADA Batang Lupar

IADA Batang Lupar KAWASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU (IADA) BATANG LUPAR, SRI AMAN, SARAWAK

25/08/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga sambutan Maulidur Rasul menjadi wadah untuk kita menghayati sirah, meneladani akhlak mulia serta memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Semoga kita terus menyemai nilai kasih sayang, kesederhanaan, amanah dan ihsan dalam kehidupan demi membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

β€œMADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).





πŸ“’ BENGKEL PENGEMASKINIAN KELUASAN PASEL PADI MENGGUNAKAN IMEJ SATELIT REMOTE SENSING TAHUN 2026 DAN VERIFIKASI LAPANGAN ...
24/08/2026

πŸ“’ BENGKEL PENGEMASKINIAN KELUASAN PASEL PADI MENGGUNAKAN IMEJ SATELIT REMOTE SENSING TAHUN 2026 DAN VERIFIKASI LAPANGAN BAGI SISTEM MAKGEOPADI IADA BATANG LUPAR, SARAWAK

Bengkel ini diadakan bagi memperkemas data keluasan pasel padi melalui penggunaan imej satelit Remote Sensing serta pelaksanaan verifikasi lapangan bagi Sistem MakGeoPadi IADA Batang Lupar.

πŸ“… 19 & 20 Ogos 2026 (Rabu & Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Bilik Mesyuarat IADA Batang Lupar






03/08/2026
🌾 Bengkel Pemantapan Pengurusan SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) IADA Batang Lupar Tahun 2026Bengkel Pemantapan Pe...
01/08/2026

🌾 Bengkel Pemantapan Pengurusan SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) IADA Batang Lupar Tahun 2026

Bengkel Pemantapan Pengurusan SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) IADA Batang Lupar Tahun 2026 telah berlangsung pada 29 hingga 31 Julai 2026 di Mega Hotel Miri, Sarawak.

Bengkel ini bertujuan memperkukuh penyelarasan dan pengurusan Program SMART SBB melalui perkongsian ilmu, perbincangan serta kerjasama antara semua pihak yang terlibat demi meningkatkan produktiviti sektor penanaman padi.






Selamat Hari Sarawak 2026Ikhlas daripada seluruh Warga IADA Batang Lupar."Sarawak Maju Makmur"
22/07/2026

Selamat Hari Sarawak 2026

Ikhlas daripada seluruh Warga IADA Batang Lupar.

"Sarawak Maju Makmur"






πŸ“LAWATAN KUNJUNG HORMAT IADA KEMASIN SEMERAK KE IADA BATANG LUPARIADA Batang Lupar berbesar hati menerima kunjungan horm...
07/07/2026

πŸ“LAWATAN KUNJUNG HORMAT IADA KEMASIN SEMERAK KE IADA BATANG LUPAR

IADA Batang Lupar berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi IADA Kemasin Semerak, Kelantan pada 6 Julai 2026.

Lawatan ini diadakan bagi memberi pendedahan dan perkongsian pengalaman mengenai pelaksanaan Program Sawah Berskala Besar (SMART SBB) serta inisiatif Peningkatan Pendapatan Ekonomi Tambahan Pesawah yang dilaksanakan di kawasan IADA Batang Lupar.

Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua IADA, di samping menjadi platform perkongsian ilmu, teknologi serta amalan terbaik dalam memperkasakan sektor penanaman padi demi meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pesawah.

Terima kasih atas kunjungan dan selamat datang ke IADA Batang Lupar






06/07/2026

πŸ“ Blok C, Tanjung Bijat
πŸ—“οΈ 6 Julai 2026

Pemantauan semasa keadaan tanaman padi di Blok C, Tanjung Bijat melalui imej udara.






LAWATAN PENANDA ARAS KE IADA BATANG LUPAR, SRI AMAN oleh MFICORD dan SAINS Tujuan Lawatan: Lawatan ini bertujuan untuk m...
04/07/2026

LAWATAN PENANDA ARAS KE IADA BATANG LUPAR, SRI AMAN oleh MFICORD dan SAINS

Tujuan Lawatan:
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pemahaman yang lebih menyeluruh berhubung pelaksanaan Sistem MakGeo (Sistem Geospatial) yang elah digunakan oleh agensi di bawah Kementerian Pertanian dar Keterjaminan Makanan (KPKM),
khususnya di IADA Batang Lupar. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti amalan terbaik, keperluan teknikal serta skop pelaksanaan sistem berkenaan yang boleh dijadikan rujukan dalam pembangunan sistem geospatial di Sarawak.






KURSUS PENGENDALIAN DRONE DANASAS PENGENDALIAN JENTERA PERTANIAN TAHUN 2026Tarikh: 22 Hingga 23 Jun 2026 Masa: 08:00 pag...
27/06/2026

KURSUS PENGENDALIAN DRONE DAN
ASAS PENGENDALIAN JENTERA PERTANIAN TAHUN 2026

Tarikh: 22 Hingga 23 Jun 2026
Masa: 08:00 pagi Hingga 05:00 Petang
Tempat : Dewan Tanjung Bijat, Sri Aman






SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026MSempena kedatangan Awal Muharram 1448 Hijrah, warga IADA Batang Lupar mengucapkan Salam M...
17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M

Sempena kedatangan Awal Muharram 1448 Hijrah, warga IADA Batang Lupar mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah dengan memperkukuhkan keazaman, mempertingkatkan integriti serta terus berusaha ke arah kecemerlangan dalam kehidupan dan pekerjaan.
Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan kepada kita semua.

"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"

Ikhlas daripada Warga IADA Batang Lupar πŸŒ™βœ¨






Address

Sublot 2, Lot 160, Jalan Sabu
Manado
95000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

083-320966

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IADA Batang Lupar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IADA Batang Lupar:

Shortcuts

Share