Consulate General of Malaysia in Medan

Consulate General of Malaysia in Medan Consulate General of Malaysia in Medan was established in 1967.

It promotes trades and investments as well as carries out consular services in Medan and North Sumatera as a whole (except Riau and Kepulauan Riau, which is covered by a Malaysian Consulate).

29/05/2026

Konsul Jeneral Shahril Nizam Abdul Malek, menjadi keynote speaker dalam sesi perbincangan akademik di Institut Kesehatan Medistra (Inkes Medistra) menerusi program bertajuk “Konjen Goes To Campus: Malaysia–Indonesia, ASEAN dan Dunia Kesihatan Tanpa Sempadan” pada 19 Mei 2026. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan Inkes Medistra.

Program berkenaan telah dihadiri oleh kira-kira 2,000 mahasiswa dan mahasiswi Inkes Medistra serta beberapa tetamu kehormat, antaranya Ketua Yayasan Medistra, Drs. Johannes Sembiring, M.Pd., M.Kes; Rektor Inkes Medistra, Dr. Rahmad Gurusinga, S.Kep., Ns., M.Kep.; Konsul Kehormat Republik Korea, Dr. Parlindungan Purba, S.H., M.M.; Pengarah Pendidikan Rumah Sakit GrandMed, dr. Elias Siahaan, M.Kes; barisan Wakil Rektor, para dekan, wakil dekan, ketua program pengajian serta tenaga pengajar Inkes Medistra.

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan Malaysia–Indonesia, khususnya dalam bidang pendidikan dan kesihatan, di samping membuka ruang dialog bersama generasi muda mengenai peranan ASEAN dalam mewujudkan dunia kesihatan tanpa sempadan. Selain itu, program ini turut menjadi platform perkongsian pandangan mengenai kerjasama serantau, pembangunan modal insan serta cabaran dan peluang dalam sektor kesihatan global.

12/03/2026

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan bersama pengusaha-pengusaha Malaysia di Medan telah berganding bahu menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Santunan Anak Yatim pada 11 Mac 2026 bersamaan 21 Ramadan 1447H.

Seramai 50 orang anak yatim daripada Yayasan Al-Kahfi, Kota Medan telah diraikan oleh Konsul Jeneral Shahril Nizam Abdul Malek bersama keluarga besar KJM serta para pengusaha Malaysia dan rakan-rakan dari Indonesia.

Majlis ini turut mendapat sokongan daripada beberapa pengusaha Malaysia di Medan seperti PT. Multi Alam PRIMA Rasa (ADABI), Novad Jaya Tex, My Solutions, Biomics Solutions dan PT. Deli Food, serta dukungan daripada rakan pengusaha Indonesia termasuk PT. Seribu Rental dan para penyumbang individu.

Majlis ini dimeriahkan dengan pelbagai juadah berbuka puasa termasuk hidangan tradisional Malaysia, persembahan silap mata, boneka bicara serta pemberian duit raya kepada anak-anak yatim. Pihak Adabi Malaysia turut menyumbangkan pelbagai produk kepada pengurusan Yayasan Al-Kahfi.

Dalam ucapannya, Konsul Jeneral menekankan kepentingan semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki khususnya di bulan Ramadan. Beliau turut menyatakan bahawa majlis ini merupakan manifestasi kesediaan para pengusaha Malaysia di Medan untuk menjalankan tanggungjawab sosial serta menyumbang kepada masyarakat, di samping komitmen KJM Medan untuk terus menyokong kerjasama dan perkembangan perniagaan Malaysia–Indonesia.

Semoga usaha ini membawa kegembiraan dan keberkatan kepada semua. 🤍

27/02/2026

Pada 24 Februari 2026, Konsul Jeneral Shahril Nizam telah menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Tourism Malaysia Medan yang berlangsung di JW Marriott Medan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Konsul Pelancongan, Cik Rosalina binti Abdul Rahim bersama delegasi, serta para pemain industri pelancongan di Medan, antaranya Bapak Fauzi Haya Lubis, Ketua ASPPI Sumut; Ibu Tengku Feria Aznita, Ketua ASTINDO Sumut; Joe Nasroen, Ketua DEPETA ASITA Sumut; dan Kiki Zubaedi, Sales Executive Malaysia Airlines

Majlis berbuka puasa ini menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim antara Tourism Malaysia Medan dan rakan-rakan industri, di samping memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha mempergiat promosi serta memajukan sektor pelancongan antara Malaysia dan Indonesia pada masa hadapan.

24/02/2026

Pada 23 Februari 2025, Konsul Jeneral Malaysia, Shahril Nizam Abdul Malek, telah menjadi salah satu pembicara dalam Majlis Ramadan Digi-Talk bersama Konsul Jeneral Singapura dan China. Program ini telah dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Singapura sebagai wadah memperkukuh hubungan dan kerjasama serantau.

Majlis Digi-Talk ini mengangkat tema “Literacy for Industry 5.0 (AI Impact)”, yang menekankan kepentingan literasi digital serta pemahaman terhadap perkembangan kecerdasan buatan (AI) dalam menghadapi era Industri 5.0. Perbincangan memberi fokus kepada peranan generasi muda dalam menyesuaikan diri dengan transformasi teknologi yang semakin pesat, serta kepentingan nilai kemanusiaan dalam pembangunan teknologi masa hadapan.

Program ini merupakan kolaborasi bersama Ibu Desni M. Saragih, selaku Kepala Dinas Perpustakaan & Arsip Sumatera Utara, dan turut dihadiri oleh Dr. H. Hasan Matsum, Ketua MUI Medan. Majlis ini juga dihadiri oleh para pelajar dari pelbagai sekolah, yang menunjukkan komitmen dan minat tinggi terhadap isu literasi digital serta impak AI dalam kehidupan dan kerjaya masa depan.

Majlis berlangsung dengan penuh interaktif dan memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus memperkukuh ilmu pengetahuan serta kemahiran digital selaras dengan perkembangan global.

17/02/2026

Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada semua yang meraikannya.

Saksikan filem pendek ini yang mengetengahkan nilai kekeluargaan dan keharmonian sempena sambutan yang penuh bermakna ini.

12/02/2026

Pada 9 Februari 2026, Konsul Jeneral Shahril Nizam Abdul Malek menjadi narasumber dalam kuliah umum dengan tema “BRICS Talks: Agenda Pembangunan Global South (Indonesia Perspective)” yang berlangsung di Universiti Potensi Utama, bersama para mahasiswa, dosen dan pelajar di Kota Medan.

Kuliah umum ini menampilkan pembicara utama, Bapak Leonard Hutabarat, Ph.D., selaku Senior Strategist, Badan Strategi Kebijakan Luar Negeri Indonesia. Turut hadir ialah Konsul Kehormat Timor-Leste dan Jerman, serta wakil daripada Konsulat Turkiye.

Sesi ini menjadi wadah perbincangan akademik yang mendalam dalam meneliti peranan BRICS sebagai alternatif kepada tata kelola global yang lebih inklusif dan seimbang bagi negara-negara membangun. Penglibatan dalam diskusi sebegini mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memainkan peranan yang konstruktif dan proaktif dalam menyokong agenda pembangunan global yang lebih adil, inklusif serta selaras dengan aspirasi kerjasama Selatan-Selatan dan solidariti Global South.

14/01/2026

Misi Bantuan Puskesmas Bandar Pusaka, Aceh Tamiang.

Serahan kelengkapan tersebut disampaikan oleh Konsul Amir Azam mewakili bersama Pak Norazam dari MERCY Malaysia kepada Kepala Kecamatan, Bapak Chakra yang diwakili oleh Bapak Jamaul Khair, Kepala Puskesmas Bandar Pusaka Aceh Tamiang.

Puskesmas yang dipilih ini akan dijadikan sebagai pusat kesihatan yg mengkhususkan rawatan ibu dan anak.

Semenjak bencana banjir lumpur 27 November yang lalu, sebanyak 12 dari 18 Puskesmas yang telah rosak total dan misi bantuan hari ini adalah langkah pemula dan sokongan kepada warga Aceh Tamiang dalam menjalani tempoh pemulihan bencana yang di alami.

15/12/2025

PROGRAM PEDULI BENCANA BANJIR (P2B2) 2.0 | ACEH TAMIANG, ACEH

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, dengan kerjasama MERCY Malaysia, Diaspora Malaysia di Medan serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI), telah melaksanakan Program Peduli Bencana Banjir (P2B2) siri kedua di Aceh Tamiang sebagai tanda keprihatinan dan solidariti kemanusiaan terhadap mangsa banjir.

Melalui misi ini, bantuan berupa bekalan makanan, ubat-ubatan, keperluan asas, kelengkapan solat dan barangan kebersihan diri telah diagihkan kepada lebih 1,000 keluarga terjejas di Kampung Dato’ Desa Tanjung Manchang dan Dusun Alur Hitam, yang terletak kira-kira 135 kilometer dari Medan.

Ketibaan delegasi Konsulat telah disambut oleh Bupati Aceh Tamiang, Bapak Irjen Pol (P) Drs. Armia Pahmi. Konsul Jeneral turut menyampaikan salam takziah, doa serta solidariti rakyat Malaysia kepada masyarakat Aceh Tamiang, manakala pihak Bupati merakamkan penghargaan atas pelaksanaan misi bantuan ini.

Dalam misi yang sama, pihak Konsulat juga berjaya mengesan dua warga Malaysia yang terkandas sejak 27 November 2025, iaitu Encik Ahmad Riduan Shamsuddin dan Puan Maida Sueb, yang kini berada dalam keadaan sihat dan akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

🇲🇾🤝🇮🇩

09/12/2025

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, dengan kerjasama Mercy Malaysia, Diaspora Malaysia, serta para pelajar Malaysia di Medan kini sedang giat menyiapkan bantuan banjir untuk disalurkan ke Kabupaten Aceh Tamiang, iaitu kawasan yang terjejas teruk akibat musibah banjir beberapa waktu lalu. Pelbagai barang keperluan asas dan barangan penting sedang disusun, diperiksa, dan dipastikan berada dalam keadaan baik sebelum dihantar.

Bantuan ini dijadualkan untuk dikirimkan esok, 10 Disember 2025, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong komuniti yang sedang berdepan kesukaran. Diharapkan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang terkesan serta membawa manfaat kepada semua yang memerlukan

04/12/2025

Pada 4 November 2025, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, dengan sokongan diaspora Malaysia dan PKPMI Medan, melaksanakan Program Peduli Bencana Banjir (P2B2) di Tanjung Pura, Langkat, Sumatera Utara. Lokasi ini dipilih kerana masyarakat setempat menunjukkan solidariti luar biasa semasa banjir besar 27 November 2025, termasuk membantu sepasang warga Malaysia yang terkandas hampir tiga hari dengan menyediakan makanan, tempat berteduh, dan bahkan membuat sampan “DIY” untuk evakuasi.

Bantuan berupa 18 jenis barangan asas disediakan melalui gotong-royong di Dewan Utama Konsulat, dan diagihkan kepada lebih 200 keluarga. Program dimulakan dengan upacara pengibaran bendera pada jam 8.00 pagi sebelum konvoi bergerak ke lokasi.

Konsulat menegaskan bahawa program seperti P2B2 bukan sahaja membantu mangsa bencana, tetapi juga memperkukuh hubungan rakyat-ke-rakyat dan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.

Address

Jalan P. Diponegoro No 43, Kecamatan Medan Polonia
Medan
20151

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

+62614531342

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Consulate General of Malaysia in Medan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Consulate General of Malaysia in Medan:

Shortcuts

Share