26/05/2013
KISAH BERPISAHNYA ROH
DARI JASAD
Dalam sebuah hadith
daripada Aisyah r.a
katanya, "Aku sedang
duduk bersila di dalam
rumah. Tiba-tiba
Rasulullah S.A.W datang
dan masuk sambil
memberi salam
kepadaku. Aku segera
bangun kerana
menghormati dan
memuliakannya
sebagaimana
kebiasaanku di waktu
baginda masuk ke dalam
rumah. Nabi S.A.W
bersabda, "Duduklah di
tempat duduk, tidak
usahlah berdiri, wahai
Ummul Mukminin." Maka
Rasulullah S.A.W duduk
sambil meletakkan
kepalanya di
pangkuanku, lalu baginda
berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban
pada janggutnya, dan aku
dapat 19 rambut yang
sudah putih. Maka
terfikirlah dalam hatiku
dan aku berkata,
"Sesungguhnya baginda
akan meninggalkan dunia
ini sebelum aku sehingga
tetaplah satu umat yang
ditinggalkan olehnya
nabinya." Maka aku
menangis sehingga
mengalir air mataku
jatuh menitis pada wajah
baginda. Baginda
terbangun dari tidurnya
seraya bertanya, "Apakah
sebabnya sehingga
engkau menangis wahai
Ummul Mukminin?" Masa
aku ceritakan kisah tadi
kepadanya, lalu
Rasulullah S.A.W
bertanya, "Keadaan
bagaimanakah yang
hebat bagi mayat?"
Kataku, "Tunjukkan
wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata,
"Engkaulah katakan!,"
Jawab Aisyah r.a : "Tidak
ada keadaan lebih hebat
bagi mayat ketika
keluarnya mayat dari
rumahnya di mana anak-
anaknya sama-sama
bersedih hati di
belakangnya. Mereka
sama-sama berkata,
"Aduhai ayah, aduhai ibu!
Ayahnya p**a
mengatakan: "Aduhai
anak!" Rasulullah S.A.W
bertanya lagi: "Itu juga
termasuk hebat. Maka,
manakah lagi yang lebih
hebat daripada itu?"
Jawab Aisyah r.a : "Tidak
ada hal yang lebih hebat
daripada mayat ketika ia
diletakkan ke dalam liang
lahad dan ditimbuni
tanah ke atasnya. Kaum
kerabat semuanya
kembali. Begitu p**a
dengan anak-anak dan
para kekasihnya
semuanya kembali,
mereka menyerahkan
kepada Allah berserta
dengan segala amal
perbuatannya."
Rasulullah S.A.W
bertanya lagi, "Adakah
lagi yang lebih hebat
daripada itu?" Jawab
Aisyah, "Hanya Allah dan
Rasul-Nya sahaja yang
lebih tahu."
Maka bersabda
Rasulullah S.A.W : "Wahai
Aisyah, sesungguhnya
sehebat-hebat keadaan
mayat ialah ketika orang
yang memandikan masuk
ke rumahnya untuk
emmandikannya. Maka
keluarlah cincin di masa
remaja dari jari-jarinya
dan ia melepaskan
pakaian pengantin dari
badannya. Bagi para
pemimpin dan fuqaha,
sama melepaskan serban
dari kepalanya untuk
dimandikan. Di kala itu
rohnya memanggil,
ketika ia melihat mayat
dalam keadaan telanjang
dengan suara yang
seluruh makhluk
mendengar kecuali jin
dan manusia yang tidak
mendengar. Maka
berkata roh, "Wahai
orang yang memandikan,
aku minta kepadamu
kerana Allah, lepaskanlah
pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab di
saat ini aku berehat dari
kesakitan sakaratul
maut." Dan apabila air
disiram maka akan
berkata mayat, "Wahai
orang yang memandikan
akan roh Allah, janganlah
engkau menyiram air
dalam keadaan yang
panas dan janganlah p**a
dalam keadaan sejuk
kerana tubuhku terbakar
dari sebab lepasnya roh,"
Dan jika merea
memandikan, maka
berkata roh: "Demi Allah,
wahai orang yang
memandikan, janganlah
engkau gosok tubuhku
dengan kuat sebab
tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari
dimandikan dan
diletakkan pada kafan
serta tempat kedua
telapaknya sudah diikat,
maka mayat memanggil,
"Wahai orang yang
memandikanku,
janganlah engkau kuat-
kuatkan dalam
mengafani kepalaku
sehingga aku dapat
melihat wajah anak-
anakku dan kaum
keluargaku sebab ini
adalah penglihatan
terakhirku pada mereka.
Adapun pada hari ini aku
dipisahkan dari mereka
dan aku tidakakan dapat
berjumpa lagi sehingga
hari kiamat." Apabila
mayat dikeluarkan dari
rumah, maka mayat akan
menyeru, "Demi Allah,
wahai jemaahku, aku
telah meninggalkan
isteriku menjadi janda,
maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak-
anakku telah menjadi
yatim, janganlah
menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari
ini aku akan dikeluarkan
dari rumahku dan
meninggalkan segala
yang kucintai dan aku
tidak lagi akan kembali
untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan
ke dalam keranda, maka
berkata lagi mayat,
"Demi Allah, wahai
jemaahku, janganlah
kamu percepatkan aku
sehingga aku mendengar
suara ahliku, anak-
anakku dan kaum
keluargaku.
Sesungguhnya hari ini
ialah hari perpisahanku
dengan mereka sehingga
hari kiamat." (1001 KISAH
TELADAN)
Ya Allah...
✔ Muliakanlah orang yang
membaca status ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah
keluarganya
✔ Luaskan rezekinya
seluas
lautan ✔ Mudahkan
segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala
Musibah
✔ Jauhkan dari segala
Penyakit, Fitnah,
Prasangka
Keji, Berkata Kasar, dan
Mungkar
✔ Dan dekatkanlah
jodohnya
untuk orang yang me-
LIKE dan membagikan
status ini...
Aamiin ya Rabb....