DAP Bukit Bintang

DAP Bukit Bintang DAP Malaysia

31/08/2026

LETTERS: As we mark our 69th Independence Day next Monday, we fly the Jalur Gemilang, watch or take part in parades and remember those who secured our freedom. But Merdeka should also be a time to reflect on the country we are building and the Malaysia we will leave behind.

30/08/2026

Semarak Hari Kebangsaan Bersama Komuniti Bukit Bintang ❤️

Sepanjang bulan ini, Pusat Khidmat Parlimen Bukit Bintang telah menganjurkan beberapa program sempena Hari Kebangsaan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara.

Dalam masa yang sama, program-program ini menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan dan mendekatkan komuniti bersama-sama meraikan Malaysia tercinta. 🇲🇾

Selamat Hari Kebangsaan 2026!

Kita raikan bersama, kita bina Malaysia bersama. ❤️

18/08/2026

Mengibarkan Jalur Gemilang, Menyemarakkan Semangat Kebangsaan

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, kami turun padang ke Taman Seputeh dan Razak Mansion untuk mengagihkan Jalur Gemilang kepada penduduk setempat.

Sambil mengagihkan Jalur Gemilang, kami turut berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan penduduk. Semoga Jalur Gemilang yang berkibar di setiap kediaman dapat menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan dan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

Kami turut berbesar hati menerima penyertaan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang bersama-sama turun padang dalam usaha menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang di kawasan komuniti.

挥舞辉煌条纹,点燃爱国热情

配合国庆日的到来,我们走入 Taman Seputeh 及 Razak Mansion 社区,向当地居民派发马来西亚国旗——辉煌条纹(Jalur Gemilang)。

在派发国旗的同时,我们也借此机会与当地居民见面交流、亲切互动。希望一面面在住家迎风飘扬的辉煌条纹,能够进一步增添国庆日的喜庆气氛,并在社区中激发大家的爱国情怀与国家认同感。

我们也非常高兴获得 马来西亚新闻局(Jabatan Penerangan Malaysia,JaPen) 的参与,与我们一同走入社区,鼓励居民悬挂辉煌条纹,共同营造浓厚的国庆氛围。

16/08/2026

LANGSUNG: Persidangan Parti 2026 | 2026 கட்சியின் தேசிய மாநாடு | 2026年全国党员代表会议

16 Ogos 2026
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

12/08/2026

🌱 LESTARI NIAGA KINI DI JALAN BELLAMY, BUKIT BINTANG!

Satu lagi usaha untuk meningkatkan kebajikan dan persekitaran perniagaan penjaja kecil di Kuala Lumpur.

Kiosk baharu di bawah inisiatif Lestari Niaga kini telah dibangunkan di Jalan Bellamy, dan merupakan lokasi pertama dalam kawasan Parlimen Bukit Bintang yang melaksanakan inisiatif ini.

Inisiatif Lestari Niaga yang diperkenalkan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) bertujuan menyediakan ruang niaga yang lebih selesa, tersusun, selamat dan kondusif kepada penjaja kecil serta peniaga tepi jalan di Kuala Lumpur.

Kini, usaha ini diteruskan dengan komitmen YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YB Prabakaran, bagi membantu meringankan beban penjaja serta mempertingkatkan kemudahan perniagaan mereka.

Kami berharap pelaksanaan pertama di Jalan Bellamy ini akan memberi manfaat kepada para penjaja setempat dan menjadi permulaan kepada lebih banyak lokasi Lestari Niaga di sekitar Parlimen Bukit Bintang pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini demi kebajikan penjaja dan komuniti Kuala Lumpur.

Penjaja diperkasa, komuniti sejahtera, Kuala Lumpur lebih lestari. 🌿

🌱 “永续小贩计划”(LESTARI NIAGA)正式进驻武吉免登国会选区!

吉隆坡小贩的经商环境再进一步获得改善!

位于 Jalan Bellamy 的全新 Lestari Niaga 小贩亭已经设立,这也是武吉免登国会选区内首个落实这项计划的地点。

Lestari Niaga 是由首相拿督斯里安华(PMX)领导的政府所推动的惠民计划,旨在为吉隆坡的小贩及路边摊商提供更舒适、整齐、安全及完善的营业空间,改善他们的经商环境,同时减轻小贩的负担。

如今,这项计划在首相署(联邦直辖区)部长杨巧双的领导下,联合吉隆坡市长及峇都区国会议员YB Prabakaran继续推动,为吉隆坡各地的小贩改善基本设施,让他们能够在更有尊严、更完善的环境下经营生意。

我们希望 Jalan Bellamy 的首个 Lestari Niaga 项目能够真正惠及当地小贩,并成为一个良好的开始,未来将这项惠民计划进一步推广至武吉免登国会选区更多地区。

感谢所有参与及促成这项计划的单位与各方,让我们继续携手改善小贩的营商环境,共同打造一个更宜居、更永续的吉隆坡。

赋能小贩 · 惠及社区 · 共建永续吉隆坡 🌿

11/08/2026
11/08/2026

武吉免登区国会议员办公室及沙叻秀新村村委会于 8月8日 在 沙叻秀民众大会堂 展开大扫除行动,为大会堂进行全面清洁与整理。

当天特别令人感动的是,约有 30名沙叻秀村民自发前来帮忙,大家不分彼此、分工合作,一起打扫、清理及整理大会堂环境,以实际行动为社区出一份力。💪

沙叻秀民众大会堂是属于社区的重要公共空间,它不仅是村民举办活动、交流及凝聚社区的平台,更承载着许多沙叻秀居民共同的回忆。

衷心感谢每一位主动参与大扫除的村民!❤️
正因为大家愿意付出时间和汗水,我们的社区才能变得更整洁、更舒适、更有温度。

社区的建设,不只是一个人的工作,而是大家共同的责任。

让我们继续携手努力,一起把沙叻秀建设成更美好的家园!🏡✨

Pada 8 Ogos, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bukit Bintang telah mengadakan aktiviti gotong-royong di Dewan Orang Ramai Salak South bagi membersihkan dan mengemas kawasan dewan supaya lebih bersih, selesa dan ceria untuk kegunaan komuniti setempat.

Apa yang lebih menggembirakan, kira-kira 30 orang penduduk kampung telah hadir secara sukarela untuk bersama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong ini. 💪

Semua yang hadir berganding bahu membersihkan, mengemas dan menceriakan kawasan dewan. Semangat kerjasama yang ditunjukkan membuktikan bahawa usaha membina komuniti yang lebih baik memerlukan penglibatan dan sokongan daripada kita semua.

Dewan Orang Ramai Salak South merupakan kemudahan penting untuk masyarakat setempat — bukan sahaja sebagai tempat menjalankan pelbagai aktiviti, malah menjadi ruang yang menyatukan dan mengeratkan hubungan sesama penduduk.

❤️ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk yang hadir secara sukarela serta menyumbangkan masa dan tenaga!

Dengan semangat gotong-royong dan kebersamaan ini, kita akan terus berusaha menjadikan Salak South sebuah komuniti yang lebih bersih, selesa dan harmoni untuk semua.

Bersama-sama kita jaga komuniti kita. 🤝🏡

10/08/2026

SUMBANGAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bukit Bintang telah menyampaikan sumbangan bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Puan Noor Zahirah Binti Yunos, yang menetap di 508B, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, 50300 Kuala Lumpur, susulan kejadian banjir yang telah menjejaskan kediaman beliau.

Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban Puan Noor Zahirah dan keluarga dalam menghadapi kerugian serta kesulitan akibat bencana tersebut.

Kami memahami bahawa kejadian banjir bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda, malah turut memberi kesan kepada kehidupan harian mangsa. Justeru, bantuan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan kami kepada mereka yang sedang melalui waktu yang mencabar.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bukit Bintang akan terus turun padang, mendengar keluhan rakyat dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga Puan Noor Zahirah dan keluarga terus tabah serta dipermudahkan segala urusan.


07/08/2026

Address

30, Jalan Landak
Singaraja
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

03-2141 2762(tel)

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DAP Bukit Bintang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DAP Bukit Bintang:

Shortcuts

Share