Mahkamah Perusahaan Malaysia

Mahkamah Perusahaan Malaysia Industrial Court of Malaysia

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGASMahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai baharu yang...
17/08/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai baharu yang menyertai keluarga besar MPM.

Semoga kehadiran warga baharu dapat memperkukuh lagi usaha jabatan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh profesionalisme, integriti dan komitmen.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus maju jaya dalam perkhidmatan.

πŸŽ‰ SELAMAT MAJU JAYA & TAHNIAH πŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya buat Puan Salasiah binti Suraka dan Cik Zur...
14/08/2026

πŸŽ‰ SELAMAT MAJU JAYA & TAHNIAH πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya buat Puan Salasiah binti Suraka dan Cik Zurina binti Ahmad Taib atas kenaikan pangkat dan penempatan baharu masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Mahkamah Perusahaan Malaysia.

Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah baharu, dipermudahkan segala urusan dan terus melakar kejayaan dalam perkhidmatan.

Selamat maju jaya di tempat baharu! 🌷

KURSUS PENGURUSAN ELAUN DAN TUNTUTAN PENJAWAT AWAMMahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) telah menganjurkan Kursus Pengurusa...
10/08/2026

KURSUS PENGURUSAN ELAUN DAN TUNTUTAN PENJAWAT AWAM

Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Elaun dan Tuntutan Penjawat Awam pada 7 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Pacific Regency Beach Resort, Port Dickson.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pendaftar MPM, Encik Wan Zaifolludean bin Wan Zakaria.

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kompetensi pegawai MPM dalam pengurusan elaun dan tuntutan penjawat awam selaras dengan dasar, pekeliling dan peraturan kewangan Kerajaan yang berkuat kuasa.

Kursus ini turut memberi pendedahan kepada para peserta mengenai aspek penting dalam pengurusan elaun dan tuntutan bagi memperkukuh pematuhan terhadap tatacara kewangan, meningkatkan kecekapan pengurusan serta menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan berintegriti.

Bengkel User Requirements Specification (URS) Sistem eMP v2.0 Siri 1Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) telah menganjurka...
09/08/2026

Bengkel User Requirements Specification (URS) Sistem eMP v2.0 Siri 1

Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) telah menganjurkan Bengkel User Requirements Specification (URS) Sistem eMP v2.0 Siri 1 pada 7 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di AC Hotel Kuala Lumpur.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Y.A. Puan Rozielawaty binti Ab Ghani, Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan Malaysia.

Bengkel ini merupakan salah satu fasa penting dalam pembangunan Sistem eMP v2.0 yang memberi fokus kepada pengumpulan keperluan, pandangan dan cadangan pengguna bagi memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi keperluan operasi MPM.

Inisiatif ini diharap dapat menyokong usaha pendigitalan serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan MPM yang lebih cekap, sistematik dan mesra pengguna.

🀝 KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PERUNDANGAN, JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (JPPM) KE ATAS YANG DIPERTUA MAHKAMAH P...
05/08/2026

🀝 KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PERUNDANGAN, JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (JPPM) KE ATAS YANG DIPERTUA MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA (MPM)

πŸ—“οΈ 5 Ogos 2026

Bahagian Perundangan, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM), Y.A. Puan Rozielawaty binti Ab Ghani, sempena pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan Malaysia.

Kunjungan hormat ini bertujuan menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut, di samping memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara JPPM dan MPM dalam usaha memperkasakan sistem perhubungan perusahaan negara.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan profesional, bertukar pandangan serta memperkukuh sinergi antara kedua-dua agensi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan berkaitan perhubungan perusahaan terus dilaksanakan secara cekap, adil dan berkesan.

Kerjasama erat antara JPPM dan MPM mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong kestabilan hubungan perusahaan melalui penyelarasan kefahaman, perkongsian maklumat serta pemerkasaan tadbir urus dalam bidang perhubungan perusahaan.

"Memacu Keadilan Perusahaan ke Arah Kesejahteraan Negara."

πŸ“Œ LAWATAN KERJA YANG DIPERTUA MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KE MAHKAMAH PERUSAHAAN CAWANGAN SABAHπŸ—“οΈ 31 Julai 2026Yang Dip...
01/08/2026

πŸ“Œ LAWATAN KERJA YANG DIPERTUA MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KE MAHKAMAH PERUSAHAAN CAWANGAN SABAH
πŸ—“οΈ 31 Julai 2026

Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) telah mengadakan lawatan kerja ke Mahkamah Perusahaan Cawangan Sabah bagi meninjau pelaksanaan operasi, pengurusan kes serta kemudahan di cawangan tersebut.

Lawatan ini turut menjadi platform bagi mengadakan sesi perbincangan bersama warga MP Cawangan Sabah untuk bertukar pandangan dan berkongsi idea ke arah memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, profesional dan berintegriti.

Semoga lawatan ini dapat terus mempererat hubungan antara pengurusan tertinggi dan warga MP Cawangan Sabah, sekali gus memperkukuh komitmen dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan.

LAWATAN KUNJUNG HORMAT DELEGASI TRIBUNAL PEKERJA GIG KE MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIAMahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) t...
29/07/2026

LAWATAN KUNJUNG HORMAT DELEGASI TRIBUNAL PEKERJA GIG KE MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Tribunal Pekerja Gig (TPG) pada 29 Julai 2026 di Ibu Pejabat MPM, Kuala Lumpur.

Sesi kunjung hormat tersebut dipengerusikan oleh Y.A. Puan Rozielawaty binti Ab Ghani, Yang Dipertua MPM, bersama Timbalan Pengerusi, seorang Pengerusi serta barisan pengurusan MPM.

Kunjungan ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi di samping menjadi platform perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dalam aspek pengurusan kes, tatacara prosiding serta pentadbiran tribunal.

Delegasi turut mengikuti taklimat mengenai fungsi dan bidang kuasa MPM serta Sistem Perbicaraan Digital (SPD). Selain itu, delegasi dibawa melawat bilik bicara bagi melihat kemudahan yang disediakan serta demonstrasi penggunaan SPD dalam pengendalian prosiding Mahkamah.

Sesi ini turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan mengenai penyelesaian pertikaian, pendigitalan proses kerja dan amalan terbaik dalam penyampaian perkhidmatan, sekali gus memperkukuh kerjasama antara kedua-dua institusi.

MPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi TPG atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh dalam usaha mempertingkat kecekapan pengurusan pertikaian dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Sekitar Sesi Clock Out Tuan Haji Bashah bin Bachik yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan bermakna bersama warga...
28/07/2026

Sekitar Sesi Clock Out Tuan Haji Bashah bin Bachik yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan bermakna bersama warga Mahkamah Perusahaan Malaysia.

Majlis ini menjadi simbolik kebersamaan dan kenangan bermakna dalam mengiringi beliau melangkah ke fasa baharu.

SEKALUNG PENGHARGAAN & SETINGGI-TINGGI TAHNIAHMahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ...
28/07/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Bashah bin Bachik atas segala sumbangan, komitmen serta jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang menggalas amanah sebagai Pendaftar MPM.

Segala usaha, dedikasi dan kepimpinan yang telah diberikan menjadi inspirasi kepada seluruh warga MPM dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memartabatkan sistem keadilan perusahaan di Malaysia.

Seluruh warga MPM turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Tuan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia.

Semoga Tuan Haji Bashah bin Bachik sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, serta terus cemerlang dalam menggalas amanah dan tanggungjawab di tempat baharu.

Sekalung penghargaan, setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya.

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIAπŸ“… 24 – 26 Julai 2026πŸ“ Adena Beach Resort, KuantanMahkamah Perusahaan Malaysia...
26/07/2026

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
πŸ“… 24 – 26 Julai 2026
πŸ“ Adena Beach Resort, Kuantan

Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Sumber Manusia yang menghimpunkan pegawai-pegawai bagi memperkukuh pengetahuan, kefahaman dan kompetensi dalam aspek pengurusan sumber manusia selaras dengan dasar serta peraturan yang berkuat kuasa.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kecekapan pegawai melalui perkongsian ilmu serta pemantapan amalan pengurusan sumber manusia selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuat kuasa. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat terus memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang profesional, cekap dan berintegriti, di samping melahirkan warga kerja yang kompeten serta berdaya saing dalam mendukung kecemerlangan MPM.

Address

Thongwa

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60392365000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mahkamah Perusahaan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Mahkamah Perusahaan Malaysia:

Shortcuts

Share