Pejabat MARA Wilayah Persekutuan

Pejabat MARA Wilayah Persekutuan Kami berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan seperti berikut:



i. ii. iii. b. iv. v.

PIAGAM PELANGGAN


Kami warga MARA sentiasa amanah dalam melaksanakan perkhidmatan yang berintegriti, berkualiti dan berkesan untuk memudahkan sistem penyampaian. Permohonan Pembiayaan Perniagaan, Pinjaman Pelajaran dan Kemudahan Latihan Keusahawanan
yang lengkap diputuskan dalam tempoh 14hari. Permohonan Sewaan Premis yang lengkap diputuskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tu

tup iklan. Keputusan permohonan kemasukan ke MRSM diketahui mengikut peringkat seperti berikut:

a. Tingkatan Satu - 30 hari selepas tarikh akhir ujian dan temu duga. Tingkatan Empat - 30 hari selepas tarikh keputusan PMR diumumkan. Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi MARA (lKM, KKTM, KPM, GMl, KPTM
dan UniKL) diketahui dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan ditutup. Bayaran bil dan tuntutan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima daripada
pembekal.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darja...
14/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Dato' Seri sempena Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 14 Julai 2026.

Ikhlas daripada Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.








14/07/2026
πŸŒοΈβ€β™‚οΈβ›³ HEBAHAN PEMILIHAN PASUKAN GOLF MARA NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2026 β›³πŸŒοΈβ€β™€οΈSempena SUKMAS XI Perlis 2...
10/07/2026

πŸŒοΈβ€β™‚οΈβ›³ HEBAHAN PEMILIHAN PASUKAN GOLF MARA NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2026 β›³πŸŒοΈβ€β™€οΈ

Sempena SUKMAS XI Perlis 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa MARA Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan Sesi Pemilihan Pasukan Golf bagi memilih pemain yang akan mewakili kontinjen MARA WP Kuala Lumpur ke SUKMAS XI Perlis 2026.

πŸ“… Tarikh: 15 Julai 2026 (Rabu)
πŸ“ Lokasi: Kinrara Golf Club, Puchong Selangor
πŸ’° Golf Fees: RM118.00 seorang (ditanggung sendiri)
⛳️ Tee Off : 9 Am
Kriteria Kelayakan

βœ… Terbuka kepada semua golfer lelaki dan wanita yang sedang berkhidmat dengan:

MARA
Anak syarikat / subsidiari MARA

(Lokasi bertugas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

πŸ“ Daftar sekarang melalui Google Form:
πŸ”— https://forms.gle/yn7uDemjkQ8bYZXE8

atau

πŸ“± Imbas Kod QR pada poster yang disertakan.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
πŸ“² Sdr. Hisham – 019-239 6621
πŸ“² Sdr. Faizal – 019-309 6050

⏳ Tempat adalah terhad. Penyertaan awal amat digalakkan.

πŸ† Tunjukkan bakat anda, harumkan nama MARA Negeri WPKL

08/07/2026
Edu Promo IPMA Dekati Pelajar SMK BangsarKuala Lumpur | 7 Julai 2026MARA Negeri Wilayah Persekutuan telah melaksanakan E...
07/07/2026

Edu Promo IPMA Dekati Pelajar SMK Bangsar

Kuala Lumpur | 7 Julai 2026

MARA Negeri Wilayah Persekutuan telah melaksanakan Edu Promo IPMA sempena Pameran Pendidikan dan Kerjaya Bulan Hal Ehwal Murid SMK Bangsar 2026 melalui penyertaan dua Institusi Pendidikan MARA (IPMA), iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan German-Malaysian Institute (GMI).

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 mengenai peluang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA), termasuk program pengajian yang ditawarkan, syarat kemasukan, kemudahan pembiayaan pendidikan MARA serta prospek kerjaya dalam bidang TVET dan teknologi.

Sepanjang program berlangsung, reruai UniKL dan GMI menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila para pelajar mengambil peluang mendapatkan maklumat secara langsung, berinteraksi dengan wakil institusi serta mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pilihan pengajian yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan masing-masing.

Pelaksanaan Edu Promo IPMA ini merupakan salah satu inisiatif MARA Negeri Wilayah Persekutuan dalam memperluaskan hebahan peluang pendidikan MARA kepada pelajar sekolah, sekali gus membantu mereka membuat perancangan awal terhadap hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas SPM.

Semoga inisiatif seperti ini terus memberi manfaat kepada para pelajar dalam membuat pilihan pengajian yang tepat serta membuka lebih banyak peluang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA.



β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž

PROGRAM SPARK 2026: FORUM NIAGA DAN BAZAR PUNBPutrajaya, 4 Julai 2026 – Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lu...
04/07/2026

PROGRAM SPARK 2026: FORUM NIAGA DAN BAZAR PUNB

Putrajaya, 4 Julai 2026 – Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya telah menyertai Program SPARK 2026: Forum Niaga dan Bazar PUNB anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang berlangsung selama dua (2) hari pada 4 hingga 5 Julai 2026 di Dewan 3, IOI Grand Exhibition & Convention Centre (IOIGECC), IOI City Mall, Putrajaya.

Penyertaan MARA dalam program ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama agensi-agensi keusahawanan di samping mempromosikan pelbagai inisiatif dan kemudahan yang disediakan kepada usahawan. Program ini menghimpunkan usahawan, bakal usahawan, agensi kerajaan serta pemain industri bagi berkongsi ilmu, pengalaman dan peluang perniagaan menerusi forum keusahawanan serta bazar.

Antara agensi yang mengambil bahagian ialah MyData, MARA, MATRADE, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), TEKUN Nasional serta beberapa agensi pembiayaan lain. Turut serta ialah syarikat-syarikat seperti TikTok, Google dan Touch 'n Go yang berkongsi penyelesaian serta peluang pendigitalan perniagaan kepada para usahawan.

Hari pertama program telah diserikan dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Turut berlangsung ialah sesi lawatan ke reruai pameran yang melibatkan beberapa usahawan di bawah PUNB seperti Kapten Batik, Deedat, Munif Hijjaz, Radzuan Razwill dan Soto Pak Harith bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada para pengunjung.

MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya telah dijemput sebagai pempamer bagi menyampaikan maklumat berkaitan kemudahan dan insentif MARA kepada para pengunjung. Penyertaan ini diwakili oleh Puan Handi Subaidah binti Herman dan Encik Muhammad Arif bin Azizi daripada Pejabat MARA Daerah Cheras/Bandar Tun Razak/Putrajaya.

Turut hadir ke program ini adalah Encik Mohd Zairee bin Zakaraia (Timbalan Pengarah Pembangunan) Pejabat MARA Negeri Wilayah Perseketuan sebagai wakil Pengarah serta Encik Roszaimi bin Abdul Rahim, Pegawai MARA Daerah Cheras/Bandar Tun Razak/Putrajaya.

Sepanjang program berlangsung, para pengunjung dan usahawan telah diberikan penerangan mengenai pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh MARA, termasuk pembiayaan perniagaan, program latihan dan bimbingan keusahawanan, inisiatif pendigitalan perniagaan serta peluang memperluaskan rangkaian dan pembangunan perniagaan.

Semoga penyertaan dalam program ini dapat memperkukuh ekosistem keusahawanan negara serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan dan inisiatif MARA dalam memperkasa usahawan Bumiputera.









PROGRAM BIZSTART SIRI 3/2026Pejabat MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Program BizStart: Permulaan...
30/06/2026

PROGRAM BIZSTART SIRI 3/2026

Pejabat MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Program BizStart: Permulaan Strategik Usahawan Kompeten pada 29 hingga 30 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 9, Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini memberikan pendedahan secara menyeluruh kepada peserta mengenai asas keusahawanan, pengurusan perniagaan, pemantapan strategi operasi serta pembentukan minda usahawan profesional. Melalui pengisian program ini, peserta diharap dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan dalam menguruskan perniagaan secara mampan, berdaya saing dan beretika.

Majoriti peserta terdiri daripada usahawan yang baharu menceburi dunia perniagaan daripada pelbagai sektor. Program ini diharapkan dapat membantu usahawan memperkukuh tadbir urus perniagaan, meningkatkan kefahaman mengenai kemudahan yang ditawarkan oleh MARA serta tatacara permohonan, di samping membantu meningkatkan prestasi dan jualan perniagaan mereka.

βΈ»










πŸ† INFO SESI PEMILIHAN TEAM MARA WILAYAHSUKMAS XI PERLIS 2026πŸ“’ Ayuh warga MARA Wilayah Persekutuan!Sesi pemilihan atlet b...
29/06/2026

πŸ† INFO SESI PEMILIHAN TEAM MARA WILAYAH
SUKMAS XI PERLIS 2026

πŸ“’ Ayuh warga MARA Wilayah Persekutuan!

Sesi pemilihan atlet bagi mewakili Kontinjen MARA Wilayah Persekutuan ke Sukan MARA Se-Malaysia (SUKMAS) XI Perlis 2026 kini dibuka.

πŸ’ͺ Inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat, semangat kesukanan dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang akan membawa nama Wilayah Persekutuan di pentas SUKMAS XI.

πŸ… Antara acara yang dipertandingkan:
⚽ Bola Sepak (Open & Veteran)
🏸 Badminton
πŸ₯‹ Sepak Takraw
🏐 Bola Tampar
πŸ€ Bola Jaring
🎳 Boling
🎯 Dart
β™ŸοΈ Catur
πŸ“ Ping Pong
🎱 Karom
🎾 Tenis
πŸƒ Merentas Desa
πŸ₯Ž Petanque

πŸ“… Temasya SUKMAS XI Perlis 2026
πŸ—“οΈ 30 Ogos 2026 – 3 September 2026

πŸ“ Sila rujuk poster untuk maklumat lengkap berkaitan tarikh, masa, lokasi dan pegawai yang bertanggungjawab (PIC) bagi setiap acara sukan.

πŸ”₯ Jangan lepaskan peluang untuk menyarung jersi Team MARA Wilayah dan bersama-sama mengharumkan nama Wilayah Persekutuan di pentas SUKMAS XI Perlis 2026.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urus setia atau PIC yang tertera pada poster.

β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž

PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H & GOTONG-ROYONG ASYURA PERKUKUH UKHUWAH WARGA MARA DAN PERSATUAN PENYEWAMEDAN MARA, 2...
25/06/2026

PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H & GOTONG-ROYONG ASYURA PERKUKUH UKHUWAH WARGA MARA DAN PERSATUAN PENYEWA

MEDAN MARA, 25 JUN 2026 – Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Penyewa Premis Perniagaan Medan MARA Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Sambutan Maal Hijrah 1448H & Gotong-Royong Asyura sebagai platform mengeratkan silaturrahim, memupuk semangat gotong-royong serta memperkukuh hubungan kerjasama antara warga MARA dan Persatuan Penyewa Premis Perniagaan Medan MARA Kuala Lumpur.

Program tersebut telah diserikan dengan kehadiran Pengarah MARA Wilayah Persekutuan, En. Syed Syaifuddin bin Syd Ahmad, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan), En. Amrul Faizal bin Masruddin, serta Ketua Penolong Pengarah Unit Infrastruktur dan Kemudahan (UIK) MARA Wilayah Persekutuan, En. Mohd Effendy bin Oon.

Aktiviti ini turut mencerminkan nilai-nilai murni yang menjadi teras Sambutan Maal Hijrah, iaitu memperkukuh ukhuwah, menyemai budaya bekerjasama dan berkongsi rezeki. Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus mengeratkan hubungan antara MARA dan Persatuan Penyewa Premis Medan MARA, di samping menyemarakkan penghayatan terhadap nilai perpaduan, keprihatinan dan semangat kekitaan dalam kalangan semua pihak.

β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž

PROGRAM TRANSFORMASI FESYEN DIGITAL 2026πŸ“HOTEL MECURE TRION, KLπŸ“† 23-25 JUN 2026Pejabat MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lu...
25/06/2026

PROGRAM TRANSFORMASI FESYEN DIGITAL 2026

πŸ“HOTEL MECURE TRION, KL
πŸ“† 23-25 JUN 2026

Pejabat MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PMNWP) telah menganjurkan Program Transformasi Fesyen Digital 2026 iaitu pada 23 hingga 25 Jun 2026 di Hotel Mercure Trion, Kuala Lumpur dengan penyertaan usahawan fesyen yang berminat untuk memperkukuh kemahiran serta meningkatkan daya saing perniagaan dalam era digital.

Program ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Fairus binti Zainudin Syah daripada Fyrose Glam Guide Resources selaku konsultan program yang berpengalaman dalam bidang pembangunan usahawan dan transformasi digital.

Program selama tiga hari dua malam ini memberi pendedahan menyeluruh mengenai landskap industri fesyen digital, strategi transformasi perniagaan, tingkah laku pelanggan dalam e-dagang, pembangunan jenama, penciptaan kandungan digital serta penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) dalam perniagaan fesyen. οΏΌ

Sepanjang program, para peserta mengikuti enam modul pembelajaran yang merangkumi perkongsian ilmu, simulasi pemasaran digital, aktiviti pembangunan jenama, bengkel penciptaan kandungan, serta latihan praktikal penggunaan AI dan teknologi terkini dalam industri fesyen. Peserta turut didedahkan kepada kaedah pengurusan inventori, pengalaman pelanggan dan strategi penglibatan pelanggan yang berkesan bagi membantu memperkukuhkan operasi perniagaan secara digital. οΏΌ

Melalui program ini, peserta berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam memanfaatkan platform digital seperti TikTok Shop, Shopee dan Instagram Business untuk mengembangkan pasaran, memperkukuhkan penjenamaan serta meningkatkan jualan perniagaan.

Program ini telah di rasmikan oleh Tuan Syed Syaifuddin Bin Syd Ahmad Pengarah MARA Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, turut hadir Puan Rozaina binti Abd Sohod Ketua Unit PUSMA Negeri Wilayah Persekutuan dan Puan Nor Fara binti Ismail PMD Bukit Bintang Titiwangsa.







Address

Thongwa

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat MARA Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat MARA Wilayah Persekutuan:

Shortcuts

Share