03/09/2026
Kes Renovasi Rumah Peribadi Bekas COO Tabung Haji: Isu Kecil Yang Dijadikan Kes Seksyen 165?
Kes Bekas COO Tabung Haji - Apa Cerita Sebenar?
Baca seterusnya di: https://pakdin.my/264080/
Kes ini bukan kes baru. Ia sudah diperincikan dalam RCI Tabung Haji dan sudah disiasat serta diperjelaskan sejak 2018 lagi.
Ini 7 perkara penting yang ramai terlepas pandang:
1. Puncanya Kerja Renovasi Rumah Peribadi
Isunya bukan projek Tabung Haji. Ia kerja ubah suai di rumah peribadi beliau sendiri.
2. Dia Yang Pertikai Harga Kontraktor
Bekas COO ini merasakan kos yang dikenakan kontraktor terlalu tinggi. Sebab itu dia minta pihak ketiga yang bebas untuk semak semula skop kerja dan harga.
3. Kontraktor Setuju Dengan Harga Semakan
Selepas semakan pihak ketiga dibuat, kontraktor tersebut sendiri bersetuju menerima harga yang telah disemak itu.
4. Kenapa Jadi Isu Seksyen 165?
Masalah timbul kerana kontraktor yang sama juga ada urusan kerja dengan Tabung Haji. Atas asas itu, Madani hari ini mahu mendakwa beliau di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan - kesalahan penjawat awam menerima sesuatu yang bernilai tanpa balasan yang mencukupi daripada pihak yang ada urusan rasmi dengannya.
5. Jumlah Kecil, Duit Sendiri, Bukan Duit TH
Jumlah yang dipertikaikan itu tidak besar. Paling penting, ia bukan melibatkan wang Tabung Haji langsung. COO bayar guna duit sendiri untuk rumah sendiri.
6. Tunggu 24 September
Butiran penuh kes dijangka lebih jelas apabila beliau didakwa pada 24 September nanti selepas keluar hospital.
7. Deja Vu Kes Banglo Lim Guan Eng
Kes ini mengingatkan semula kes banglo Lim Guan Eng:
- Beli banglo RM2.8 juta sedangkan penilaian JPPH RM4.27 juta dan harga pasaran dikatakan jauh lebih tinggi.
- Rumah dibeli daripada ahli perniagaan yang mempunyai banyak urusan dengan kerajaan Pulau Pinang ketika Guan Eng jadi Ketua Menteri.
- Bezanya, kes Guan Eng ditarik balik pendakwaan selepas PH jadi kerajaan pada 2018, sehingga SPRM sendiri keluar kenyataan rasmi bahawa mereka amat terkejut dengan keputusan tersebut.
- Penjual banglo itu juga dikaitkan dengan kes rasuah berasingan yang melibatkan Guan Eng dan isteri, yang dijangka masuk fasa perbicaraan tidak lama lagi.
----
Kes ini bukan kes baru. Ia sudah diperincikan dalam RCI Tabung Haji dan sudah disiasat serta diperjelaskan sejak 2018 lagi.