06/08/2026
KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2026 β Jabatan Kerja Raya (JKR) mengadakan kunjungan rasmi ke Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua agensi dalam membangunkan kepakaran kontraktor siasatan tapak dalam negara.
Delegasi JKR diwakili oleh Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dan Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG). Sesi berkenaan diketuai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks CPAB, Ir. Janari Sekeli bersama Jurutera Awam Penguasa Kanan Unit Dasar dan Transformasi CPAB, Ir. Mukhzani Abd. Latif.
Turut serta ialah Jurutera Awam Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Tapak CKG, Ir. Nor Fardzilah Abd. Rahman, Jurutera Awam Penguasa Bahagian Siasatan Tapak CKG, Ir. Noor Azlina Ambak serta Juruukur Bahan, Encik Ahmad Firdaus Bin Noor Affandi.
Kehadiran delegasi JKR disambut baik oleh wakil CIDB yang diketuai oleh Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Kontraktor CIDB, Puan Faradhila Zakbah, Pengurus Kanan Bahagian Pendaftaran Kontraktor & Personel Binaan CIDB, Puan Farrah Fazini Mohamad dan Pengurus Bahagian Pembangunan Kontraktor CIDB, Puan Wan Nor Hazwani Wan Zaki.
Kunjungan tersebut bertindak sebagai sesi libat urus bagi membincangkan isu pendaftaran kontraktor serta modul pembangunan kompetensi yang berkaitan dengan pengkhususan kerja penyiasatan tapak (CE12).
Pada masa sama, CIDB turut menyambut baik hasrat JKR untuk melaksanakan penyelarasan bersama bagi memenuhi keperluan pembangunan bagi modul pengkhususan pendaftaran serta program promosi pada masa hadapan.
Perkara ini juga termasuk dalam pertimbangan CIDB untuk mewujudkan modul pembangunan kontraktor pakar daripada 132 pengkhususan yang ditawarkan oleh agensi berkenaan.
Melalui sesi libat urus ini, JKR berharap agar jalinan kerjasama yang erat dapat diteruskan bersama-sama CIDB demi memacu agenda pembangunan negara secara bersepadu.
*JOM FOLLOW, LIKE, SHARE & TWEET*
Facebook: https://facebook.com/CawanganKejuruteraanGeoteknik
X: https://x.com/CK_Geoteknik
Instagram: https://www.instagram.com/ckgeoteknikJKR_official/
Youtube: https://youtube.com/channel/UCEZ6EoId2y8qTW1SdwxDKiQ
Tiktok: https://www.tiktok.com/