24/05/2026
Santai Durian Bersama Kak Wan bukan sekadar makan durian. ππ
Ia menjadi satu ruang penuh makna untuk kita menghidupkan semula semangat kekitaan dalam perjuangan Reformasi.
Dalam suasana santai dan sederhana, kami duduk dalam satu bulatan bersama Kak Wan, berkongsi cerita, harapan dan moment perjuangan yang tidak dapat dilupakan. Ada wanita, anak muda, pimpinan akar umbi dan anggota parti baru yang turut berkongsi pengalaman mereka.
Yang paling menyentuh hati ialah apabila setiap peserta diberi peluang memperkenalkan diri dan menulis harapan mereka untuk parti dan perjuangan ini. Dari situ kita sedar bahawa perjuangan ini masih hidup kerana masih ramai yang percaya, masih ramai yang peduli, dan masih ramai yang sanggup bersama-sama mempertahankan harapan.
Kadang-kadang politik bukan hanya tentang pentas besar atau ceramah panjang.
Kadang-kadang politik bermula daripada manusia yang duduk bersama, mendengar antara satu sama lain, dan merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada diri sendiri.
Terima kasih Kak Wan atas kesudian hadir dan berkongsi dari hati ke hati bersama keluarga perjuangan di Bukit Mertajam. β€οΈ
Malam ini mengingatkan kita:
selagi masih ada rasa kekitaan, harapan itu masih hidup.