09/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
7 Jun 2026 | Hospital Alor Gajah menerima kunjungan rasmi Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau sendiri kemudahan, perkhidmatan serta pelbagai inisiatif penambahbaikan yang sedang dilaksanakan dalam usaha memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, efisien dan mesra pelanggan kepada masyarakat.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan Profil Strategik Hospital Alor Gajah yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Ahmad Helmi bin Hamdan, Pengarah Hospital Alor Gajah. Taklimat tersebut merangkumi status terkini hospital, pencapaian utama, usaha reformasi perkhidmatan serta perancangan hala tuju hospital.
Turut hadir YBhg. Datoโ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Dr. Husnina binti Ibrahim, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Seterusnya, delegasi dibawa melawat beberapa fasiliti utama termasuk Unit Kecemasan dan Trauma bagi meninjau usaha penambahbaikan serta usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pesakit dan pelawat.
Pihak pengurusan Hospital Alor Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan serta sokongan berterusan YB Menteri dalam memperkasakan sistem perkhidmatan kesihatan negara.