PKD Gadek, Melaka

PKD Gadek, Melaka Ia terletak di Kompleks Penghulu, Kampung Gadek, 78000 Alor Gajah, Melaka. Memperkasa belia dan wanita luar bandar melalui program keusahawanan dan ICT.

Pusat Komuniti Desa (PKD) Gadek merupakan salah satu daripada 191 buah PKD yang diwujudkan di seluruh negara sebagai inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). PKD ini berfungsi sebagai pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, selaras dengan moto “Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan”. Ia adalah hasil penstrukturan semula pusat-pusat seperti RT

C dan MRTC yang diumumkan pada 11 Oktober 2018

🎯 Objektif Penubuhan PKD
Latihan Kemahiran & ICT: Menyediakan latihan komuniti dalam bidang kemahiran dan teknologi maklumat. Merapatkan Jurang Digital: Meningkatkan kesedaran dan penggunaan ICT dalam kalangan masyarakat luar bandar. Platform Perkhidmatan: Menjadi saluran bagi agensi kerajaan, swasta dan NGO menyampaikan maklumat dan perkhidmatan. Galakan Ekonomi Desa: Menjadi pusat kegiatan ekonomi dan keusahawanan, serta mempromosikan produk usahawan desa. Aktiviti Kesukarelawan: Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sosial bersama agensi dan institusi pendidikan tinggi.

🌐 Peranan ICT di PKD
PKD Gadek turut memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB), termasuk:

Menyediakan akses jalur lebar berpatutan. Menyokong pembangunan wilayah dan penempatan desa secara bersepadu

📣 Kuasai Jualan Digital dengan Kursus Facebook Marketplace – 10 Ogos 2025Ingin melonjakkan bisnes anda ke tahap seterusn...
10/08/2025

📣 Kuasai Jualan Digital dengan Kursus Facebook Marketplace – 10 Ogos 2025

Ingin melonjakkan bisnes anda ke tahap seterusnya? Sertai kursus eksklusif Facebook Marketplace yang akan berlangsung pada 10 Ogos 2025, direka khas untuk usahawan dan peniaga yang mahu menguasai strategi jualan dalam talian secara berkesan.

✅ Pelajari teknik pemasaran yang terbukti berkesan ✅ Kenali algoritma dan cara menarik pelanggan sasaran ✅ Dapatkan panduan langkah demi langkah daripada pakar industri

💼 Tempat adalah terhad – pastikan anda tidak terlepas peluang ini!

🔗 Daftar sekarang untuk menjamin tempat anda dan mula bina empayar digital anda

191 Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berperanan sebagai pemangkin pembang...
11/07/2025

191 Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berperanan sebagai pemangkin pembangunan inklusif sosioekonomi komuniti luar bandar.

Melalui konsep satu hentian pelbagai perkhidmatan, PKD menyediakan kemudahan yang menyeluruh kepada masyarakat, termasuk ruang keusahawanan, latihan kemahiran, aktiviti sosial, pendidikan dan perkhidmatan digital. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh jaringan komuniti setempat, malah membuka peluang ekonomi yang lebih luas demi meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan luar bandar selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.








Facebook
https://www.facebook.com/share/p/19gZoGyhVZ/?mibextid=wwXIfr

Instagram
https://www.instagram.com/p/DL8sNpGB6Yo/?igsh=dTgya3VlNmJtc2F5

X
https://x.com/kkdw_gov/status/1943475724989665474?s=46&t=PCgTnxyjm6q8v94I_T5CgQ

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSB9TVoud/

Check out kkdw_govofficial’s post.

Program e-Pelanggan (Hari Bertemu Pelanggan Secara Dalam Talian) ini merupakan Hari Bertemu Pelanggan KKDW dalam memasti...
25/09/2024

Program e-Pelanggan (Hari Bertemu Pelanggan Secara Dalam Talian) ini merupakan Hari Bertemu Pelanggan KKDW dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan terutama berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh KKDW, Jabatan dan Agensi. Platform ini juga membuka ruang kepada pelanggan untuk berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan berkaitan KKDW dan Agensi.

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh KKDW, Jabatan dan Agensi Meliputi :

Pertanyaan dan Permohonan Mengenai Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (PPRS dan Program Peningkatan Pendapatan) Prasarana Desa, Bantuan Pendidikan, Bantuan dan Program Sokongan Keusahawan, Permohonan Untuk Melanjutkan Pelajaran ke Institusi TVET di bawah agensi KKDW, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Hal-Ehwal Orang Asli serta program dan perkhidmatan di bawah KKDW dan Agensi (Manual Perkhidmatan Disertakan Bersama).

Kursus Latihan Pengendalian Makanan secara dalam talian (Online)Untuk mendapatkan tarikh hubungi :https://watsap.my/0105...
20/03/2024

Kursus Latihan Pengendalian Makanan secara dalam talian (Online)
Untuk mendapatkan tarikh hubungi :
https://watsap.my/0105659262

31/01/2024
INFO KPM: Mengambil kira situasi terkini, KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan k...
07/06/2023

INFO KPM: Mengambil kira situasi terkini, KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.

01/03/2023

Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 di PKD Gadek.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my

06/12/2022

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, YB Datuk Haji Hasbi Bin Haji Habibollah atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang menjalankan tugas di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Semoga terus maju dan cemerlang di masa hadapan.

Mahdzir Khalid
Abdul Rahman Bin Mohamad

Ikhlas daripada seluruh warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Address

KOMPELKS PENGHULU KG. GADEK, KG. GADEK, ALOR GAJAH MELAKA
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+6065549070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKD Gadek, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PKD Gadek, Melaka:

Share