12/08/2026
PERHIMPUNAN BULANAN PKD ALOR GAJAH BIL. 4/2026
7 Ogos 2026 | Kompleks JAPERUN Rembia
Perhimpunan Bulanan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah Bil. 4/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 7 Ogos 2026 di Kompleks JAPERUN Rembia dengan penuh semangat patriotik sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026.
Program yang telah dianjurkan oleh Unit Primer & MCH PKD Alor Gajah ini telah menghimpunkan hampir 140 orang warga kerja PKD Alor Gajah, melibatkan kakitangan daripada 13 Klinik Kesihatan, Unit Pentadbiran serta Unit Inspektorat/Vector di bawah seliaan PKD Alor Gajah.
Penganjuran program ini bertujuan untuk:
β’ Menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara melalui penghayatan Sambutan Bulan Kebangsaan.
β’ Menggalakkan amalan gaya hidup sihat menerusi aktiviti Merdeka Team Challenge.
β’ Memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan warga PKD Alor Gajah.
β’ Mengeratkan hubungan silaturahim serta mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, ceria dan produktif.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program. Antara acara utama ialah Merdeka Team Challenge, di mana setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan di lima (5) checkpoint yang menguji kerjasama, kreativiti, komunikasi dan semangat berpasukan. Selain itu, setiap kumpulan turut mempersembahkan Cheer Merdeka masing-masing serta dinilai berdasarkan kreativiti pemakaian Outfit Merdeka.
Bagi memeriahkan lagi sambutan, tiga kategori anugerah telah dipertandingkan, iaitu:
π Anugerah Kilat Merdeka β Kumpulan terpantas menamatkan cabaran.
π¨ Anugerah Kreativiti Merdeka β Kumpulan paling kreatif dari segi persembahan dan penampilan.
π₯ Anugerah Semangat Merdeka β Kumpulan yang mempamerkan semangat, kerjasama dan patriotisme terbaik.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua kumpulan yang berjaya merangkul kemenangan, serta penghargaan kepada seluruh warga PKD Alor Gajah yang telah memberikan komitmen dan penglibatan yang amat memberangsangkan dalam menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk memperkukuh semangat patriotisme, mengeratkan ukhuwah serta memupuk budaya kerja yang sihat, harmoni dan cemerlang.
Tidak dilupakan, semoga seluruh warga kerja PKD Alor Gajah terus komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi, di samping sentiasa mengamalkan budaya kerja berpasukan, saling menghormati serta mengutamakan kesejahteraan masyarakat.
Semoga semangat kemerdekaan yang disemarakkan melalui program ini terus menjadi inspirasi untuk memberikan perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti, berkesan dan berterusan demi kesejahteraan rakyat.
"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati."
βSelamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 69β