13/07/2024
12 Julai 2024 | Jumaat - Semalam berlangsungnya program Usrah Khadijah anjuran Wanita Berjasa Alor Setar yang bertempat di Pondok USF.
Program ini dimulai dengan sedikit tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustazah Junainah, Ketua Wanita Berjasa Alor Setar. Juga aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah demo masakan bersama Pn. Ummu dengan menggunakan thermomix. Program ini diakhiri dengan jamuan ringan.