JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang

JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang
Jalan Perak, Seberang Jalan Putera
05150 Alor Setar, Kedah

02/07/2026
🌍 MESYUARAT SEMAKAN LAPORAN PERUNDING BAGI PELAN PEMBANGUNAN PERLIS GEOPARKπŸ“… 24 JUN 2026πŸ“ ROYAL SIGNATURE HOTEL, ALOR SE...
02/07/2026

🌍 MESYUARAT SEMAKAN LAPORAN PERUNDING BAGI PELAN PEMBANGUNAN PERLIS GEOPARK

πŸ“… 24 JUN 2026
πŸ“ ROYAL SIGNATURE HOTEL, ALOR SETAR

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah mengadakan Mesyuarat Semakan Laporan Perunding bagi Pelan Pembangunan Perlis Geopark pada 24 Jun 2026 di Royal Signature Hotel, Alor Setar.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh P. Geol. Othman bin Kangsar, Timbalan Pengarah (Geosains) JMGKPP, dan dihadiri oleh pasukan perunding, wakil agensi-agensi Kerajaan Negeri Perlis serta pegawai-pegawai projek JMGKPP.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk menyemak laporan yang telah disediakan oleh pihak perunding, merangkumi dapatan kajian, cadangan pembangunan serta pelan tindakan bagi pembangunan Perlis Geopark. Sesi ini turut memberi ruang kepada agensi-agensi berkepentingan untuk mengemukakan pandangan, ulasan dan cadangan penambahbaikan sebelum laporan dimuktamadkan.

Melalui semakan yang menyeluruh ini, pelan pembangunan yang dihasilkan diharap dapat memenuhi keperluan pembangunan geopark secara mampan, memelihara nilai geowarisan serta menyokong aspirasi Perlis sebagai destinasi geopelancongan bertaraf antarabangsa.






πŸ†βœ¨ MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGKPP BIL. 6/2026 DAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025πŸ“… 29 JUN 202...
02/07/2026

πŸ†βœ¨ MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGKPP BIL. 6/2026 DAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025

πŸ“… 29 JUN 2026
πŸ“ BILIK DELIMA, JMG KEDAH/PERLIS/PULAU PINANG

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 6/2026 telah berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang apabila digabungkan dengan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 bagi menghargai warga JMGKPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.

Seramai empat (4) orang penerima APC Tahun 2025 telah diraikan, iaitu:

πŸ… En. Mohammed Syahrizal bin Zakaria
πŸ… Pn. Harishon binti Sulaiman
πŸ… En. Mohamad Afzal Faiq bin Mohammad
πŸ… En. Muhammad Izham bin Azhar

Sijil penghargaan dan sejambak bunga telah disampaikan oleh Pengarah JMGKPP sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan komitmen mereka dalam melaksanakan amanah kepada jabatan.

Dalam amanatnya, Tuan Pengarah menekankan kepentingan menjunjung amanah, memperkukuh integriti serta mengelakkan jenayah kolar putih, khususnya yang melibatkan pengurusan kewangan dan perolehan kerajaan, agar kepercayaan yang diberikan kepada penjawat awam sentiasa terpelihara.

Majlis turut diserikan dengan beberapa pengisian lain, antaranya:

πŸŽ‚ Penyampaian hadiah kepada warga JMGKPP yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Jun.
πŸ“Š Sesi perkongsian ilmu "Power BI" oleh pelajar latihan industri.
🎯 Pelancaran papan dart baharu untuk kegunaan warga jabatan.
πŸ’ Penyampaian hadiah kepada En. Muhammad Firdaus bin Nor Azman sempena meraikan perkahwinan beliau.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform penyampaian maklumat dan penghargaan kepada warga cemerlang, malah turut mengukuhkan semangat kebersamaan serta budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga JMGKPP.






πŸ€β›°οΈ JMGKPP TERIMA KUNJUNGAN YB EXCO KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI MEMBINCANGKAN POTENSI PEMBANGUNAN DOLOMITπŸ“… 30 JUN 2026πŸ“ ...
02/07/2026

πŸ€β›°οΈ JMGKPP TERIMA KUNJUNGAN YB EXCO KERAJAAN NEGERI PERLIS BAGI MEMBINCANGKAN POTENSI PEMBANGUNAN DOLOMIT

πŸ“… 30 JUN 2026
πŸ“ JMG KEDAH/PERLIS/PULAU PINANG

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah menerima kunjungan YB Tuan Megat Hashirat Bin Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, bagi mengadakan perbincangan berkaitan potensi pembangunan sumber dolomit di Negeri Perlis.

Sesi perbincangan telah dikendalikan oleh P. Geol. Ahmad Zamani bin Samat, Timbalan Pengarah (Sumber Mineral), bersama Ts. Azihan bin Mat Arshad, Timbalan Pengarah (Lombong dan Kuari), yang berkongsi pandangan teknikal mengenai potensi sumber dolomit, status semasa, serta peluang pembangunan industri berasaskan sumber mineral tersebut.

Perbincangan turut menyentuh aspek pengurusan sumber mineral secara mampan, keperluan penerokaan yang sistematik serta potensi nilai tambah kepada ekonomi negeri melalui pembangunan industri hiliran.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan JMGKPP dalam menyediakan khidmat nasihat teknikal kepada Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan sumber mineral dilaksanakan secara terancang, mampan dan memberi manfaat kepada rakyat serta negara.







🏒🀝 SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARU BUAT PN. NUR SYAFIQAH DAN EN. MUHAMMAD HASMUNIπŸ“… 2 JUN 2026πŸ“ JMG KEDAH/PERLIS/PULAU...
16/06/2026

🏒🀝 SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARU BUAT PN. NUR SYAFIQAH DAN EN. MUHAMMAD HASMUNI

πŸ“… 2 JUN 2026
πŸ“ JMG KEDAH/PERLIS/PULAU PINANG

Majlis Perhimpunan Bulanan JMGKPP Bil. 5/2026 kali ini berlangsung dalam suasana yang sedikit berbeza apabila diadakan bersekali dengan Majlis Pertukaran Kakitangan JMGKPP sebagai tanda penghargaan kepada dua orang warga kerja yang akan meneruskan perkhidmatan di jabatan baharu.

Mereka ialah Pn. Nur Syafiqah binti Mohd Fadzil, Setiausaha Pejabat yang bertukar ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, serta En. Muhammad Hasmuni bin Md Sukor yang akan bertukar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Dalam majlis tersebut, Tuan Pengarah dan seluruh warga JMGKPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di JMGKPP.

Walaupun berat untuk melepaskan rakan seperjuangan yang telah menjadi sebahagian daripada keluarga JMGKPP, seluruh warga jabatan mendoakan agar kedua-duanya terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan serta mencapai lebih banyak kejayaan di tempat baharu.

Selamat maju jaya dan semoga ukhuwah yang terjalin akan terus kekal selamanya.


πŸ”¬πŸŽ¨ JMGKPP SERTAI PROGRAM SCHOOL’S OUT KIDS IN (SOKI) PUSAT SAINS NEGARA WILAYAH UTARAπŸ“… 2–4 JUN 2026πŸ“ PUSAT SAINS NEGARA ...
16/06/2026

πŸ”¬πŸŽ¨ JMGKPP SERTAI PROGRAM SCHOOL’S OUT KIDS IN (SOKI) PUSAT SAINS NEGARA WILAYAH UTARA

πŸ“… 2–4 JUN 2026
πŸ“ PUSAT SAINS NEGARA WILAYAH UTARA, ALOR SETAR

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah menyertai Program School’s Out Kids In (SOKI) anjuran Pusat Sains Negara Wilayah Utara yang berlangsung sepanjang musim cuti sekolah. JMGKPP berbesar hati menerima jemputan untuk membuka reruai pameran dan berkongsi ilmu geosains bersama para pengunjung, khususnya kanak-kanak dan keluarga.

Melalui reruai pameran, JMGKPP memperkenalkan peranan dan fungsi jabatan serta memberi pendedahan mengenai dunia geosains melalui pameran jenis-jenis batuan dan mineral.

Bagi menarik minat kanak-kanak yang merupakan pengunjung utama program ini, pelbagai aktiviti interaktif yang sesuai dengan peringkat umur mereka turut disediakan seperti aktiviti mewarna bertemakan geosains, permainan cari perkataan (word search), kuiz dan pemberian cenderamata.

Penyertaan ini menjadi platform penting untuk menyemai minat terhadap bidang sains dan geosains sejak usia muda, selaras dengan usaha JMGKPP dalam mendekatkan ilmu berkaitan bumi dan sumber semula jadi kepada masyarakat.


🌿πŸͺ¨ JMGKPP SERTAI FESTIVAL NAKAWAN RAINFOREST 2026 DENGAN PAMERAN KEPELBAGAIAN GEOTAPAK PERLISπŸ“… 4–7 JUN 2026πŸ“ BUKIT AYER,...
15/06/2026

🌿πŸͺ¨ JMGKPP SERTAI FESTIVAL NAKAWAN RAINFOREST 2026 DENGAN PAMERAN KEPELBAGAIAN GEOTAPAK PERLIS

πŸ“… 4–7 JUN 2026
πŸ“ BUKIT AYER, PERLIS

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah menyertai Festival Nakawan Rainforest 2026 dengan membuka reruai pameran bertemakan kepelbagaian geotapak Perlis.

Melalui pameran ini, JMGKPP memperkenalkan keunikan geowarisan Negeri Perlis yang kaya dengan pelbagai ciri geologi bernilai tinggi, termasuk landskap batu kapur, formasi batuan purba, fosil serta fenomena geologi yang menjadi asas kepada pembangunan Perlis Geopark.

Menariknya, pameran kali ini turut mendapat penglibatan geoguide Perlis Geopark yang berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai nilai saintifik, sejarah geologi serta keunikan geotapak kepada para pengunjung. Penglibatan komuniti sebagai geoguide ini mencerminkan usaha berterusan dalam memperkasakan masyarakat setempat sebagai rakan penting dalam pemuliharaan dan pembangunan geopelancongan.

Para pengunjung turut diberi pendedahan mengenai nilai saintifik, nilai pendidikan dan potensi geopelancongan geotapak-geotapak di Perlis, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan warisan geologi untuk generasi akan datang.

Penyertaan JMGKPP dalam festival ini membuktikan komitmen jabatan dalam memperluas penghayatan geosains kepada masyarakat, di samping menyokong usaha memperkenalkan Perlis sebagai destinasi geowarisan dan pelancongan alam semula jadi yang unik.



MESYUARAT KICK-OFF DAN PERBINCANGAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN PENAWANAN DATA, KETIDAKSTABILAN CERUN DAN TANAH RUNTUH DI T...
15/06/2026

MESYUARAT KICK-OFF DAN PERBINCANGAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN PENAWANAN DATA, KETIDAKSTABILAN CERUN DAN TANAH RUNTUH DI TAMAN EKO-RIMBA (TER) NEGERI KEDAH

πŸ“… 9 JUN 2026
πŸ“ THE JERAI HOTEL, ALOR SETAR, KEDAH

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah mengadakan Mesyuarat Kick-Off dan Perbincangan Pelaksanaan Perkhidmatan Penawanan Data Ketidakstabilan Cerun dan Tanah Runtuh di kawasan Taman Eko-Rimba (TER) Negeri Kedah pada 9 Jun 2026 di The Jerai Hotel, Alor Setar.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh P. Geol. Othman bin Kangsar, Timbalan Pengarah (Geosains) JMGKPP, dan dihadiri oleh pasukan projek, pegawai-pegawai projek, wakil kontraktor perkhidmatan yang dilantik serta pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dalam pelaksanaan kajian.

Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada skop pelaksanaan projek, metodologi penawanan data, jadual pelaksanaan kerja lapangan serta penyelarasan peranan antara JMGKPP dan kontraktor bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar dan memenuhi objektif yang ditetapkan.

Projek ini dijangka dapat menyediakan data yang lebih komprehensif berkaitan kawasan berisiko ketidakstabilan cerun dan tanah runtuh di kawasan Taman Eko-Rimba Negeri Kedah, seterusnya membantu aspek pengurusan geobencana, keselamatan kawasan rekreasi serta perancangan pembangunan secara mampan.



KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI KEDAH KE JMGKPPπŸ“… 23 APRIL 2026πŸ“ JMG KEDAH/PERLIS/PULAU PINANG, ALOR ...
10/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI KEDAH KE JMGKPP

πŸ“… 23 APRIL 2026
πŸ“ JMG KEDAH/PERLIS/PULAU PINANG, ALOR SETAR

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah ke pejabat JMGKPP di Alor Setar.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengarah JMGKPP bersama pegawai-pegawai jabatan dalam suasana mesra dan penuh profesionalisme.

Sesi ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk saling mengenali fungsi dan peranan jabatan masing-masing, di samping mengukuhkan hubungan kerjasama antara agensi kerajaan di peringkat negeri.

Antara perkara yang turut dibincangkan ialah isu berkaitan pendataan pengeluaran bahan mineral dan komoditi daripada sektor lombong dan kuari, serta perkongsian pandangan berkaitan pengurusan maklumat dan statistik yang berkaitan.

Kunjungan ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua jabatan dalam menyokong pengurusan data dan penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif pada masa hadapan.



JMGKPP TERIMA KUNJUNGAN JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) PERLIS πŸ“… 20 APRIL 2026πŸ“ PEJABAT JMG KEDAH/PER...
10/05/2026

JMGKPP TERIMA KUNJUNGAN JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) PERLIS

πŸ“… 20 APRIL 2026
πŸ“ PEJABAT JMG KEDAH/PERLIS/PULAU PINANG, ALOR SETAR

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Perlis ke Pejabat Pengarah JMGKPP di Alor Setar.

Delegasi JKKP Perlis telah diketuai oleh Ts. Mohd Fiqri bin Mohd Hanafi, Timbalan Pengarah Khidmat Teknik. Turut hadir ialah Ir. Khushaida binti Ahmad Khiri, Ketua Seksyen Siasatan dan Pendakwaan bersama pegawai-pegawai JKKP Perlis.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengarah JMGKPP, Tuan Azizan bin Ali bersama pegawai-pegawai jabatan.

Sesi perbincangan memberi fokus kepada isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dalam sektor kuari dan lombong, termasuk aspek standard operasi, pematuhan peraturan serta bidang kuasa penguatkuasaan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berkaitan pelaksanaan amalan KKP di tempat kerja bagi memastikan tahap keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja sentiasa berada pada tahap terbaik.

Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara JKKP Perlis dan JMGKPP dalam mempertingkat keberkesanan pengurusan serta penguatkuasaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, khususnya dalam industri kuari dan perlombongan.



Address

Jalan Perak, Seberang Jalan Putera
Alor Setar

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share