Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman - SPA Kedah

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman - SPA Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman - SPA Kedah, Government Organization, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (SPA), Blok E, Tingkat 1, Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah adalah bertanggungjawab dalam urusan melantik, memasuk ke jawatan berpencen, pelanjutan tempoh percubaan pengesahan jawatan menaikkan pangkat dan tindakan tatatertib.

30/08/2026
HEBAHAN TERKINI : PANGGILAN TEMUDUGAJAWATAN : PENGHULU GRED NP5______________________________________Perhatian kepada ca...
28/08/2026

HEBAHAN TERKINI : PANGGILAN TEMUDUGA
JAWATAN : PENGHULU GRED NP5
______________________________________
Perhatian kepada calon yang memohon jawatan tersebut untuk menyemak status permohonan di https://spa.kedah.gov.my dan muat turun Surat Panggilan Temuduga di https://espa.kedah.gov.my
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di :-
Tel : 04 - 702 7000
Emel : [email protected]
Whatsapp : +60 13 538 3903

PROGRAM RAKAN INTEGRITI: SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-69 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAH...
26/08/2026

PROGRAM RAKAN INTEGRITI: SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-69 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2026

📅 23 Ogos 2026 – Telah berlangsung Program Rakan Integriti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-69 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026, bertempat di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, Wisma Darul Aman.

Program ini diadakan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan serta memupuk semangat patriotisme, perpaduan, integriti dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga SPA Kedah.

Pelaksanaan gimik kemerdekaan ini turut menjadi simbol penghargaan terhadap perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu dalam mencapai kemerdekaan, di samping menghayati tanggungjawab bersama untuk mengekalkan keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara.

Semoga sambutan ini dapat memperkukuh semangat kebersamaan serta meningkatkan iltizam seluruh warga SPA Kedah untuk terus memberikan perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berkualiti demi kemajuan Negeri Kedah Darul Aman dan Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-69!

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

KEDAH ASSESSMENT PROGRAMME (KAP) – JAWATAN PENGHULU GRED NP5📅 12 Ogos 2026 – Telah berlangsung Kedah Assessment Programm...
16/08/2026

KEDAH ASSESSMENT PROGRAMME (KAP) – JAWATAN PENGHULU GRED NP5

📅 12 Ogos 2026 – Telah berlangsung Kedah Assessment Programme (KAP) bagi jawatan Penghulu Gred NP5 bertempat di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, Wisma Darul Aman.

Pelaksanaan KAP ini merupakan salah satu kaedah penilaian bagi mengenal pasti calon yang mempunyai kompetensi, kepimpinan, kemahiran komunikasi serta keupayaan membuat keputusan yang bersesuaian dengan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Penghulu.

Program ini turut memberi ruang kepada calon untuk menampilkan potensi, kebolehan serta nilai kepimpinan dalam melaksanakan amanah sebagai pemimpin di peringkat mukim.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang telah menyertai Kedah Assessment Programme (KAP) Penghulu Gred NP5. Semoga pengalaman dan penilaian yang dilalui menjadi satu langkah penting dalam membentuk barisan penjawat awam Negeri Kedah yang kompeten, berintegriti dan berprestasi tinggi.

📍 PROGRAM OUTREACH SPA KEDAH: “ASYURA HARMONI, KOMUNITI BESTARI”23 Julai 2026 – Program Outreach SPA Kedah: “Asyura Harm...
29/07/2026

📍 PROGRAM OUTREACH SPA KEDAH: “ASYURA HARMONI, KOMUNITI BESTARI”

23 Julai 2026 – Program Outreach SPA Kedah: “Asyura Harmoni, Komuniti Bestari” telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Padang Hang.

Program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, YBhg. Dato' Johan Bakti Dato' Haji Mohamad bin Haji Che Nai.

Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Mohd Shafiz bin Harun, Penghulu Mukim Padang Hang; Guru Besar SK Simpang Tiga, Encik Shafizad bin Kamarudin, bersama guru-guru SK Simpang Tiga; YDP PIBG SK Simpang Tiga, Puan Rokiah binti Ramli, serta ahli-ahli PIBG SK Simpang Tiga.

Program ini mencerminkan komitmen SPA Kedah dalam memperkukuh hubungan bersama komuniti serta memupuk semangat kebersamaan, keharmonian dan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

HEBAHAN TERKINI : KEDAH ASSESSMENT PROGRAMME - KAPJAWATAN : PENGHULU GRED NP5______________________________________Perha...
28/07/2026

HEBAHAN TERKINI : KEDAH ASSESSMENT PROGRAMME - KAP
JAWATAN : PENGHULU GRED NP5
______________________________________
Perhatian kepada calon yang telah menduduki peperiksaan IQDigital yang lepas. Sila semak emel masing-masing bagi mendapatkan arahan serta maklumat selanjutnya.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di :-
Tel : 04 - 702 7000
Emel : [email protected]
Whatsapp : +60 13 538 3903

20 Julai 2026 – Pemerkasaan Urusan Pengambilan SPA Kedah Bersama Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara (IABCU)Selaras ...
27/07/2026

20 Julai 2026 – Pemerkasaan Urusan Pengambilan SPA Kedah Bersama Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara (IABCU)

Selaras dengan Teras Strategik dalam Pelan Strategik SPA Kedah 2025–2030, iaitu “Memperkasakan Urusan Pelantikan dan Memperkukuhkan Perkhidmatan Penjawat Awam Negeri Menerusi Transformasi Pendigitalan yang Berkualiti dan Inklusif”, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah telah mengadakan perbincangan bersama Dr. Hjh. Ilham binti Ismail, Pensyarah Kanan, Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU), serta Ts. Dr. Suhaila binti Che Noh, Pensyarah Kanan, Jabatan Kepimpinan Teknologi dan Digital, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU).

Perbincangan ini merupakan salah satu usaha SPA Kedah dalam memperkasa dan menambah baik urusan pengambilan serta pelantikan penjawat awam Negeri Kedah menerusi pendekatan yang lebih strategik, inovatif dan berkesan.

20/07/2026
Alhamdulillah.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (SPA Kedah) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penganu...
07/07/2026

Alhamdulillah.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (SPA Kedah) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penganugerahan Sijil Penghargaan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Pengiktirafan ini merupakan hasil komitmen dan kerjasama seluruh warga SPA Kedah dalam menjayakan inisiatif mempercepatkan proses pengambilan penjawat awam Negeri Kedah daripada 15 bulan kepada hanya 4 bulan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk kami terus memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, pantas, telus dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat Negeri Kedah.

PROFESIONAL * ADIL * DEDIKASI * INOVATIF - (PADI)

Address

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (SPA), Blok E, Tingkat 1, Wisma Darul Aman
Alor Setar
05503

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Sunday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman - SPA Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman - SPA Kedah:

Shortcuts

Share