Keadilan Cabang Kuala Kedah

Keadilan Cabang Kuala Kedah Halaman Facebook AKTIVIS Keadilan Cabang Kuala Kedah

Tahniah
05/03/2026

Tahniah

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI

YM TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL AZIZ DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT KANAN POLITIK KEPADA PERDANA MENTERI

Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri bersetuju melantik YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa 4 Mac 2026 (Rabu).

Pelantikan ini adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

YAB Perdana Menteri menzahirkan harapan agar YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.

PEJABAT PERDANA MENTERI
4 Mac 2026

24/02/2026

Dato' Romli Ishak& pasukan AKTIVIS KEADILAN Kuala Kedah sempat menziarahi Otai Keadilan, Saudara Sharif Nawab.

Lawatan ini lebih daripada sekadar kunjungan — ia adalah tanda prihatin dan tanggungjawab sesama anggota l menjaga mereka yang lama berjuang untuk parti dan rakyat. ❤️

Silaturahim terjalin, senyuman dicapai, semangat diteruskan! ✨




Hati kami turut bersedih atas kehilangan rakan perjuangan daripada parti gabungan, Saudara Haji Roshidi, yang meninggal ...
24/02/2026

Hati kami turut bersedih atas kehilangan rakan perjuangan daripada parti gabungan, Saudara Haji Roshidi, yang meninggal dunia akibat kemalangan. Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

Dalam kesempatan ini, Dato’ Romli Ishak, Setiausaha Politik Kanan Presiden Parti Keadilan Rakyat, bersama AJK dan aktivis KEADILAN Cabang Kuala Kedah telah menziarahi keluarga arwah, menyampaikan ucapan takziah dan sokongan moral.

Walaupun sedang sibuk dengan tanggungjawab harian, Tok Rom sempat meluangkan masa untuk hadir, menunjukkan solidariti dan penghormatan kepada rakan perjuangan yang telah pergi.

Semoga keluarga arwah diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini. 🌹

13/02/2026

Program Sumbangan Buah Limau kepada komuniti Taman Bersatu dan Pekan Kuala Kedah telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh muhibah dan kemeriahan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Program ini dianjurkan oleh barisan kepimpinan Cabang Kuala Kedah iaitu Naib Ketua serta Ahli Jawatankuasa Cabang Kuala Kedah sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan terhadap masyarakat setempat.

Semoga sumbangan kecil ini dapat mengeratkan lagi perpaduan, menyemai semangat keharmonian serta memperkukuh silaturahim antara kaum di samping bersama-sama meraikan Tahun Baru Cina dalam suasana penuh kegembiraan dan saling menghormati.

Gong Xi Fa Cai 🏮🍊✨

13/02/2026

AKTIVIS KEADILAN Cabang Kuala Kedah yang komited memperjuangkan agenda reformasi, keadilan sosial dan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Kami bergerak sebagai suara masyarakat setempat dengan memberi tumpuan kepada:
✅ Kebajikan & bantuan komuniti
✅ Program kemasyarakatan & perpaduan
✅ Penerangan dasar parti
✅ Pembangunan anak muda & wanita

Berpegang kepada prinsip Reformasi, Keadilan & Perpaduan, kami percaya kekuatan masyarakat terletak pada kebersamaan dan integriti kepimpinan.

Address

Kuala
Alor Setar
06600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Cabang Kuala Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share