09/05/2026
Pada 7 Mei 2026, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kota Setar/Pendang/Yan telah mengadakan Taklimat Kesihatan dan Kesedaran Talassaemia bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Kota Setar/Pendang/Yan.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noorhafiza binti Noorhamdan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Taman Sinar Harapan Jitra merangkap Presiden Talassaemia Malaysia. Beliau juga merupakan pesakit talassaemia sejak kecil sehingga kini dan telah berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapi sebagai pesakit talassaemia dalam kehidupan seharian.
Program kesedaran ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga JPS mengenai penyakit talassaemia, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan saringan awal serta memupuk sifat prihatin dan empati terhadap pesakit talassaemia. Selain itu, program ini juga diharap dapat memberi manfaat serta membuka minda masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan sokongan berterusan kepada golongan pesakit talassaemia.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penceramah atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna serta kepada semua warga kerja yang hadir menjayakan program ini
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)