21/05/2026
Sambutan Hari Guru Tahun 2026:
Wakil PUSPANITA MBAS telah mengiringi Y.Bhg Datuk Bandar bagi menzahirkan penghargaan kepada para pendidik sempena sambutan Hari Guru Tahun 2026. Dua buah sekolah yang terletak di dalam pusat Bandar Alor Setar telah terpilih bagi lawatan tersebut iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa S dan Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq. Dalam lawatan tersebut Y.Bhg Datuk Bandar telah menyampaikan kek dan memberi ucapan penghargaan kepada para pendidik yang telah banyak berjasa dan berkhidmat dengan penuh dedikasi. Turut hadir bersama adalah Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga dan Pengerusi Biro Kebudayaan PUSPANITA MBAS.