Pejabat Kesihatan Pergigian Kota Setar

Pejabat Kesihatan Pergigian Kota Setar Kami adalah peneraju agensi kerajaan dalam hal-hal berkaitan dengan kesihatan pergigian di daerah Kota Setar, Kedah!

Senyum Sihat, Jantung Sihat! ❤️🦷Kesihatan pergigian bukan sekadar tentang senyuman yang cantik, malah turut berkait rapa...
03/09/2026

Senyum Sihat, Jantung Sihat! ❤️🦷

Kesihatan pergigian bukan sekadar tentang senyuman yang cantik, malah turut berkait rapat dengan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Gusi yang sihat membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan, manakala penjagaan kebersihan mulut yang baik dapat membantu mencegah penyakit gusi dan jangkitan dalam rongga mulut.

🩺 Sebelum mendapatkan rawatan pergigian, pastikan anda:
• Membawa buku rekod kesihatan dan senarai ubat-ubatan.
• Memaklumkan sejarah penyakit jantung dan rawatan terdahulu kepada doktor pergigian.
• Mengambil ubat harian seperti biasa dan tidak menghentikan ubat tanpa nasihat doktor.
• Memaklumkan sebarang sejarah pembedahan atau penyakit berkaitan jantung.

✨ JAGALAH KEBERSIHAN GIGI UNTUK MELINDUNGI JANTUNG ANDA.

Amalkan penjagaan kebersihan mulut yang baik dan dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Setar

Semarakkan Semangat Kemerdekaan! Dalam kita mendakap kepelbagaian dan meraikan kemerdekaan, kita berbangga menjadikan Ma...
31/08/2026

Semarakkan Semangat Kemerdekaan! Dalam kita mendakap kepelbagaian dan meraikan kemerdekaan, kita berbangga menjadikan Malaysia tanah air tercinta.

Selamat Hari Merdeka ke-69 dari Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Setar.

21/07/2026

🦷 8 Tips Penjagaan Mulut Yang Senang & Berkesan !

Penjagaan mulut yang baik tidak semestinya rumit. Amalkan langkah-langkah mudah ini setiap hari untuk memastikan gigi dan gusi kekal sihat. 😁✨

Daripada lapan tips do atas, berapa yang anda dah buat? Komen di bawah !




🦷Selamat Menyambut Hari Juruterapi Pergigian🦷1 Julai 2026Setiap senyuman yang sihat bermula dengan dedikasi, kepakaran d...
01/07/2026

🦷Selamat Menyambut Hari Juruterapi Pergigian🦷
1 Julai 2026

Setiap senyuman yang sihat bermula dengan dedikasi, kepakaran dan komitmen seorang Juruterapi Pergigian dalam memelihara kesihatan oral masyarakat.

Sempena Hari Juruterapi Pergigian 2026, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh Juruterapi Pergigian di Malaysia atas khidmat bakti yang tidak ternilai dalam memperkukuh pendidikan kesihatan oral, mencegah penyakit pergigian serta menyediakan penjagaan kesihatan oral yang berkualiti kepada masyarakat.

Teruskan melakar kecemerlangan, memperkasa profesion, dan menjadi inspirasi dalam membentuk generasi yang lebih sihat dengan senyuman yang berkekalan.

“Shaping Dental Therapists for the Future of Oral Health”

19/06/2026

‼️AWAS RAWATAN PERGIGIAN TIDAK SAH‼️

🤩 Nak gigi cantik dan putih berseri? Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran veneer murah yang dibuat di rumah!

Apa yang nampak cantik di luar belum tentu selamat untuk kesihatan gigi anda. Fake veneer boleh menyebabkan:
❌ Gigi berlubang dan rosak
❌ Gusi bengkak, meradang dan mudah berdarah
❌ Nafas berbau akibat sisa makanan terperangkap
❌ Risiko jangkitan penyakit jika prosedur tidak dilakukan dengan selamat

Ingat, kesan veneer palsu bukan setakat sementara — ia boleh menjejaskan kesihatan pergigian anda untuk jangka masa panjang.

🦷 Jangan gadai senyuman demi harga murah atau trend semata-mata.

✅ Dapatkan rawatan hanya daripada doktor gigi bertauliah di klinik pergigian.

📢 Kongsi video ini untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya veneer palsu!


🌟 Selamat Menyambut Hari Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP) 2026! 🌟Hari Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP) disambut pa...
13/06/2026

🌟 Selamat Menyambut Hari Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP) 2026! 🌟

Hari Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP) disambut pada setiap 13 Jun sebagai tanda penghargaan kepada PPP yang memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan pergigian berjalan lancar, selamat dan berkualiti. ❤️

PPP sentiasa komited membantu pegawai pergigian dalam menyediakan peralatan rawatan, membantu semasa prosedur pergigian serta memastikan keselesaan dan keselamatan pesakit. 👥🦷

Terima kasih kepada semua Pembantu Pembedahan Pergigian atas jasa, dedikasi dan komitmen anda. Semoga terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi kesihatan pergigian rakyat Malaysia. 🇲🇾✨

20/05/2026

Gusi Perokok Tak Berdarah Sihat ke?
Merokok bukan je rosakkan paru-paru… gusi pun “silent suffer” 😶‍🌫️
Bila berdarah, bengkak, gigi longgar… dah terlambat tau 😭

Tanpa Rokok Tanpa V**e, SENYUM SIHAT KITA HEBAT!




10/05/2026

🦷 Tahukah anda merokok meningkatkan risiko penyakit gusi yang serius?
Kami bawakan sesi interaktif melalui Kahoot untuk meningkatkan kesedaran kesihatan pergigian. 🎮📊
Jom sertai & uji pengetahuan anda!



“Kekalkan Senyuman Sihat Sepanjang Hayat” 🦷✨Kempen 6020 menekankan matlamat global agar setiap individu mengekalkan seku...
23/04/2026

“Kekalkan Senyuman Sihat Sepanjang Hayat” 🦷✨

Kempen 6020 menekankan matlamat global agar setiap individu mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi berfungsi menjelang usia 60 tahun dan ke atas.

Mengapa 20 gigi itu penting?
Kerana ia cukup untuk mulut berfungsi dengan baik — mengunyah dengan berkesan, bertutur dengan jelas, dan mengekalkan penampilan estetik yang meningkatkan keyakinan diri.

Pesanan untuk semua peringkat umur — kekalkan gigi asli anda:
✔️ Berus gigi 2 kali sehari selama 2 minit
✔️ Amalkan pemakanan sihat dan kurangkan gula
✔️ Periksa gigi sekurang-kurangnya setahun sekali
✔️ Lakukan pemeriksaan mulut kendiri di rumah

Mulakan hari ini, demi senyuman sihat sepanjang hayat.

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA PDK MUTIARA INDAHProgram ini telah diadakan pada 15.4.2026 bagi meningkatkan...
16/04/2026

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA PDK MUTIARA INDAH

Program ini telah diadakan pada 15.4.2026 bagi meningkatkan kesedaran tentang penjagaan gigi dan mulut dalam kalangan komuniti berkeperluan khas.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan pergigian, ceramah kesihatan pergigian, latihan memberus gigi dan pertandingan mewarna.

Melalui program ini, para peserta telah didedahkan dengan:
🪥 Teknik memberus gigi yang betul
🦷 Kepentingan penjagaan kesihatan mulut
🍎 Amalan pemakanan yang baik untuk gigi
👩‍⚕️ Pemeriksaan pergigian asas

Program ini bukan sahaja memberi ilmu, malah membantu membentuk tabiat penjagaan diri yang lebih baik🌟

Address

Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047310824

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Kota Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Pergigian Kota Setar:

Shortcuts

Share