Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah Official

Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah Official Page rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah

Salam Kemerdekaan Malaysia Ke-69Kemerdekaan sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan tetapi juga bebas dalam pemi...
30/08/2026

Salam Kemerdekaan Malaysia Ke-69

Kemerdekaan sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan tetapi juga bebas dalam pemikiran dan tindakan. Semoga kita benar-benar menjadi bangsa yang merdeka!

30/08/2026
๐ŸŒฟ SALAM JUMAAT ๐ŸŒฟPerbanyakkan selawat, membaca al-Quran, berdoa, bersedekah dan hadir menunaikan solat Jumaat. Semoga set...
28/08/2026

๐ŸŒฟ SALAM JUMAAT ๐ŸŒฟ

Perbanyakkan selawat, membaca al-Quran, berdoa, bersedekah dan hadir menunaikan solat Jumaat. Semoga setiap langkah menuju kebaikan menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita.

๐Ÿคฒ Semoga Jumaat ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.


Madani sila jawab!
27/08/2026

Madani sila jawab!

[ ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐ƒ๐๐๐๐Š ]

๐Š๐„๐’ ๐‰๐”๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡: ๐“๐ˆ๐†๐€ ๐๐„๐‘๐’๐Ž๐€๐‹๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) ingin mengajukan tiga persoalan utama kepada Kerajaan Madani dalam pertikaian kes judi di Kedah.

Pertama, apa justifikasi Menteri Kewangan yang masih melangsungkan pemberian lesen judi di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 meskipun selepas Kerajaan Negeri Kedah memohon pertimbangan untuk menghentikan pemberian lesen tersebut berkuatkuasa 1 Januari 2023?

Kedua, apa justifikasi pemimpin DAP yang menganggotai Kerajaan Madani memberi sokongan dan dukungan kepada pihak syarikat loteri dan judi sehingga mereka sanggup untuk mencabar dasar sifar judi di Kedah?

Ketiga, apa pendirian pemimpin Melayu-Islam dalam Kerajaan Madani berikutan ada pihak yang secara terbuka menentang langkah Kerajaan Negeri menghentikan lesen premis perjudian di Kedah sekaligus menyokong aktiviti tersebut berlaku di Kedah?

DPPNK menegaskan bahawa kes judi ini menyedarkan rakyat Kedah untuk menghumbankan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tidak ada lagi pertimbangan kedua. Kedah bukan sahaja aman tanpa DAP, termasuk juga tanpa PKR dan PAN!

Lensa Alam Ria PASTI Kawasan Kuala Kedah 2026.
25/08/2026

Lensa Alam Ria PASTI Kawasan Kuala Kedah 2026.

๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐€๐ฅ๐š๐ฆ ๐‘๐ข๐š ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸŒฟโœจAlhamdulillah dengan izin Allah SWT selesai sudah Alam Ria PA...
25/08/2026

๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐€๐ฅ๐š๐ฆ ๐‘๐ข๐š ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸŒฟโœจ

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT selesai sudah Alam Ria PASTI Kawasan Kuala Kedah 2026 yang menghimpunkan anak-anak PASTI dalam suasana penuh ceria, semangat dan ukhuwah.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Zawawi bin Ahmad, Pengarah Jabatan PASTI Negeri Kedah. Turut bersama memeriahkan majlis ialah YB Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin bin Sheikh Fakhrurazi, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah/Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Rashidi bin Razak, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah/ADUN Anak Bukit dan YB Mardhiyyah binti Johari, ADUN Pengkalan Kundor.

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh guru, barisan urus setia, para waris serta anak-anak PASTI yang telah berusaha dan bertungkus-lumus menjayakan Alam Ria PASTI Kawasan Kuala Kedah tahun 2026 ini.

Buat anak-anak yang berjaya mendapat tempat, tahniah diucapkan!

Dan buat anak-anak yang belum berjaya membawa pulang kemenangan, jangan pernah bersedih. Sesungguhnya keberanian untuk tampil, kesungguhan untuk mencuba dan semangat untuk tidak berputus asa itu sendiri merupakan satu kemenangan.

Semoga penyertaan dalam Alam Ria ini menjadi pengalaman berharga buat anak-anak dalam membentuk diri menjadi insan yang berani, berbakat, yakin dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Hari ini mungkin kita belajar tentang kemenangan dan kekalahan. Esok kita belajar untuk bangkit dan mencuba lagi.

In sha Allah, kita cuba lagi. Jumpa lagi tahun hadapan!

Jazakumullahu khairan jazaโ€™ dan Barakallahu fiikum kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Alam Ria PASTI Kawasan Kuala Kedah 2026.

๐€๐ฅ๐š๐ฆ ๐‘๐ข๐š ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐ฆ๐ž๐๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ฅ ๐›๐š๐ค๐š๐ญ, ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐ค๐ž๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐š๐ง, ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข. ๐Ÿ’š



๐Ÿ”ฅ ALAM RIA PASTI KAWASAN KUALA KEDAH SUDAH BERMULA! ๐Ÿ”ฅAlhamdulillah, suasana Alam Ria PASTI Kawasan Kuala Kedah hari ini ...
25/08/2026

๐Ÿ”ฅ ALAM RIA PASTI KAWASAN KUALA KEDAH SUDAH BERMULA! ๐Ÿ”ฅ

Alhamdulillah, suasana Alam Ria PASTI Kawasan Kuala Kedah hari ini cukup meriah! ๐ŸŒˆโœจ

Pelbagai gerai, aktiviti dan acara sedang berlangsung dengan penuh semangat dan keceriaan. ๐ŸŽ‰๐Ÿ’ช

Senyuman anak-anak, semangat para guru dan sokongan ibu bapa menjadikan hari ini lebih bermakna. โค๏ธ

Jom kita nikmati kemeriahan Alam Ria PASTI Kawasan Kuala Kedah! ๐Ÿ†๐ŸŒŸ

๐Ÿ“ธ Antara suasana dan kemeriahan yang sempat dirakam pagi ini.



โœจ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๏ทบ โœจโ€œKelahiran Agung, Insan Teragung.โ€ ๐ŸŒนุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบSempena Maulidur Rasul ๏ทบ, DP...
24/08/2026

โœจ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๏ทบ โœจ

โ€œKelahiran Agung, Insan Teragung.โ€ ๐ŸŒน

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ

Sempena Maulidur Rasul ๏ทบ, DPPKKK mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama menghayati sirah perjuangan dan meneladani akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.

Baginda ๏ทบ adalah contoh terbaik dalam kasih sayang, amanah, kesabaran, keberanian dan kepedulian terhadap umat.

Kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ hendaklah diterjemahkan bukan sekadar dengan selawat dan pujian, tetapi melalui usaha menghidupkan sunnah serta mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga Maulidur Rasul kali ini menjadi titik untuk kita memperbaharui kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ, memperkukuh ukhuwah dan meningkatkan komitmen untuk meneruskan perjuangan menegakkan kebaikan dalam masyarakat.

๐ŸŒน Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ




Address

Alor Setar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah Official:

Shortcuts

Share