29/07/2026
29 Julai 2026
Program sesi libat urus Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Negeri bersama Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pembantu Perubatan) Alor Setar
Sesi ini telah diadakan di ILKKM (PP) Alor Setar dan dihadiri oleh YBrs. En Abang Ramlan Bin Abang Zulkifli Pengarah ILKKM Alor Setar, Timb.- Timb. Pengarah, para pengajar dan Clinical Instructor manakala Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Negeri JKN Kedah diwakili oleh Tn Hj Mohd Hairulnisham Bin Mohd Senapi, KPPPN, Tn Hj Mahadir Bin Sulaiman, TKPPPN (KA), En Mazlan Bin Md Isa KPH HSB, En Nasiron Bin Yusof KP PKD Kota Setar, Ketua Penyelia Program dan Penyelia JKN.
Pelbagai perkara dibentangkan dan dibincangkan melibatkan Pos basik, On Job Training, Fasiliti praktikal dan lain -lain hal yang berkaitan.
Sesi perbincangan berlangsung dengan amat baik dengan pelbagai penambahbaikan akan dilaksanakan.
Ucapan jutaan terima kasih pada pihak ILKKM (PP) atas kesudian mengadakan sesi ini dan akan diteruskan pada masa akan datang demi memertabatkan profession PPP.