13/05/2026
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PASUKAN RAGBI PENJARA NEGERI KEDAH
📆 13 Mei 2026 (𝗥𝗮𝗯𝘂)
🕘 2.30 petang
🏫 Bilik Mesyuarat Pejabat Parol Negeri Kedah
Majlis penyerahan bendera ini telah dihadiri dan disempurnakan sendiri oleh Penolong Komisioner Mohd Huzaimi bin Hanafi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah.
Dalam majlis ini, bendera negeri Kedah telah diserahkan oleh PKP Mohd Huzaimi bin Hanafi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah, Kepada KIP Suzaimi bin Selaiman@Yaacob selalu ketua kontinjen sebagai simbolik melambangkan penyerahan amanah rasmi untuk membawa nama Penjara Negeri Kedah ke Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri Tahun 2026-Ragbi 10’s- bertempat di Padang Ragbi, Sandakan Sabah pada 14 hingga 17 Mei 2026.
Ucapan Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah yang menekankan aspek disiplin, semangat kesukanan yang tinggi serta menjaga nama baik jabatan sepanjang berada di kejohanan tersebut.
Kontinjen seramai 4 orang pegawai pasukan bersama-sama 15 orang pemain yang akan menggalas nama negeri Kedah. Diharapkan kontinjen Ragbi Penjara Negeri Kedah dapat mempamerkan mutu permainan yang cemerlang dan membawa pulang kejayaan.
turut hadir bersama dalam majlis ini PP Mohd Hafiz bin Abd Latiff, Timbalan Pengarah Penjara Alor Setar.
Doakan kejayaan mereka!