15/08/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH KOTA SETAR BIL. 1 TAHUN 2026
Pengurusan bencana yang mantap, sistematik dan terancang amat penting bagi memastikan kesiapsiagaan semua agensi serta mengurangkan risiko kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan impak akibat sesuatu bencana.
Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Setar Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 13 Ogos 2026 (Khamis), bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Setar.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, SDK., AMK., BCK., Pegawai Daerah Kota Setar.
Antara agenda utama mesyuarat adalah pembentangan dan perkongsian daripada agensi-agensi berkaitan, antaranya:
✓ Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Setar
✓ Jabatan Meteorologi Malaysia Negeri Kedah
✓ Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kota Setar/Pendang/Yan
✓ Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar
✓ Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar
Kapt. (PA) Abdul Haliq Rafiq Bin Mokhtar , Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Setar membentangkan
✓ laporan sekretariat , rekod bencana Daerah Kota Setar
✓ Pemantauan kawasan berisiko dan langkah² pencegahan bencana banjir
Mesyuarat turut membincangkan perkara-perkara berkaitan kesiapsiagaan menghadapi bencana, pemantauan risiko, tindakan pencegahan serta pengurusan dan tindakan susulan sekiranya berlaku bencana di daerah Kota Setar.
Selain itu, penglibatan penghulu-penghulu mukim turut diberi perhatian dalam memastikan penyelarasan maklumat dan tindakan di peringkat mukim dapat dilaksanakan dengan berkesan ketika menghadapi sebarang kejadian bencana.
APM Daerah Kota Setar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Daerah Kota Setar, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil agensi serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini. APM Daerah Kota Setar akan terus komited dalam memperkukuhkan kerjasama, koordinasi dan kesiapsiagaan bersama semua jabatan serta agensi bagi memastikan pengurusan bencana di daerah Kota Setar sentiasa berada pada tahap yang terbaik.